LKIM Perlis
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis
07/10/2026
ππΌπππΌπ ππππππ, ππΌππ πΏπΌππΌπ ππππΌππΌ πππΏπΌππ π½ππππππΌππ
Kadangkala, rakan sekerja yang paling rajin dan nampak sentiasa 'okay' itulah yang paling memerlukan sokongan dan perhatian kita.
Statistik saringan MyPsyD mencatatkan 55,169 penjawat awam berisiko tinggi dan 421,000 berisiko sederhana dalam isu kesihatan mental. Ini bukan sekadar angka, tetapi peringatan bahawa kebajikan emosi warga kerja perlu diberi keutamaan.
Ingat, integriti juga merangkumi keperihatinan dan empati terhadap rakan sepasukan. Jangan tunggu sehingga terlambat, luangkan masa bertanya khabar hari ini!
05/10/2026
ππππππ ππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππππ | ππππ πππ β πππ
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program Jualan Agro MADANI LKIM Negeri Perlis yang menawarkan pelbagai hasil laut segar, berkualiti dan pada harga yang berpatutan.
π ππππ πππ
ποΈ 7 Oktober 2026 (Rabu)
π Kedai Idayu Shukor, Blok 11 FELDA Chuping, Perlis
π’ 7.30 pagi β 12.00 tengah hari
π ππππ πππ
ποΈ 7 Oktober 2026 (Rabu)
π Adam Lim Fishery, Bukit Keteri, Perlis
π 10.00 pagi β 12.30 tengah hari
π ππππ πππ
ποΈ 8 Oktober 2026 (Khamis)
π Fauzi Ikan Segar Murah, Perkarangan PPK Outlet, Padang Siding, Perlis
π£ 8.30 pagi β 11.30 tengah hari
π ππππ πππ
ποΈ 10 Oktober 2026 (Sabtu)
π Kuala Sungai Baru, Perlis
π 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Kupon disediakan untuk pengunjung terawal pada hari Khamis dan Sabtu (tertakluk kepada syarat serta selagi stok masih ada).
05/10/2026
ππΌππΏπΌ ππΌππΌ π½πππΌπ ππππΌπΏπΌπ πΏπππΌππΌπ ππππΌππΌ πππππΏπππΌ ππππΌπππΌπ ππΌππππΌπ
Pernah tak kita terfikir, sekeping tanda nama di dada sebenarnya membawa nilai integriti yang cukup besar?
Ia bukan sekadar formaliti majlis rasmi, tetapi lambang profesionalisme, akauntabiliti, dan disiplin kita sebagai penjawat awam dalam melayani pelanggan mahupun rakan sejawat.
Sama ada di pejabat, mesyuarat, mahupun urusan luarβpakailah tanda nama anda dengan bangga!
Sama-sama kita jadikan pemakaian tanda nama sebagai budaya kerja harian.
Sumber : Unit Integriti LKIM
05/10/2026
ππΌππΏπΌ ππΌππΌ π½πππΌπ ππππΌπΏπΌπ πΏπππΌππΌπ ππππΌππΌ πππππΏπππΌ ππππΌπππΌπ ππΌππππΌπ
Pernah tak kita terfikir, sekeping tanda nama di dada sebenarnya membawa nilai integriti yang cukup besar?
Ia bukan sekadar formaliti majlis rasmi, tetapi lambang profesionalisme, akauntabiliti, dan disiplin kita sebagai penjawat awam dalam melayani pelanggan mahupun rakan sejawat.
Sama ada di pejabat, mesyuarat, mahupun urusan luar, pakailah tanda nama anda dengan bangga!
Sama-sama kita jadikan pemakaian tanda nama sebagai budaya kerja harian.
03/10/2026
ππππππ ππππ ππππππ ππππ πππ π
Program Jualan Agro MADANI Siri 112 telah diadakan pada pagi ini, 3 Oktober 2026 (Sabtu) di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Program ini memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai hasil laut segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup serta menyokong pemasaran hasil perikanan tempatan.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memanfaatkan peluang membeli hasil laut segar sepanjang program berlangsung.
02/10/2026
πππππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππ πππ/ππππ
2 Oktober 2026 | Jumaat | Nat Pokok Getah, Pauh, Perlis
Program Jualan Agro MADANI LKIM Negeri Perlis Siri 111/2026 telah diadakan pada pagi ini di Nat Pokok Getah, Pauh sebagai salah satu inisiatif LKIM dalam menyediakan hasil laut segar dan berkualiti secara terus daripada nelayan kepada pengguna pada harga yang berpatutan.
Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan LKIM untuk memperkukuh rantaian pemasaran hasil perikanan tempatan, meningkatkan pendapatan nelayan serta memastikan bekalan hasil laut segar sentiasa mudah diperoleh oleh masyarakat.
02/10/2026
π½πππππΏ πππ ππΎππππ: πππππΌππ ππππ½πΌπππ ππΌπΏπ½ππ
"Kerja nampak biasa, tapi impaknya luar biasa."
Di sebalik kelancaran sesebuah organisasi, berdiri teguh insan-insan yang menjalankan tugas harian dengan ikhlas, cekap, dan penuh tanggungjawab.
Setiap dokumen yang disemak, panggilan yang dijawab, serta rekod yang disusun rapi menjadi penggerak utama kepada penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
Integriti bukan hanya pada tugasan besar, tetapi bermula daripada ketelitian dan kebertanggungjawaban dalam urusan seharian.
Pembantu Tadbir yang cekap, organisasi yang mantap!
Terima kasih atas komitmen, dedikasi, dan kecekapan warga Pembantu Tadbir LKIM.
Sumber : Unit Integriti LKIM
01/10/2026
BELI IKAN MENGIKUT
KEPERLUAN
Pembelian ikan secara terancang bukan
sahaja membantu mengawal perbelanjaan,
malah dapat mengurangkan pembaziran
makanan.
Sebelum membeli, periksa baki ikan di
rumah, rancang menu terlebih dahulu,
tentukan kuantiti mengikut bilangan isi
rumah dan beli mengikut bajet .
Amalkan pembelian secara bijak supaya
ikan yang dibeli mencukupi, tidak berlebihan
dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Sumber : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Lkim Ibu Pejabat
01/10/2026
πππππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππ πππ & ππππ πππ
π ππ€ππ¨πππ« ππππ | ππ‘ππ¦π’π¬
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis telah melaksanakan Program Jualan Agro MADANI bagi Siri 109 di Kedai Idayu Shukor, Blok 11 FELDA Chuping dan Siri 110 di Adam Lim Fishery, Bukit Keteri, pada pagi ini.
Program ini diadakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan hasil laut segar, berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan. Selain membantu meringankan kos sara hidup pengguna, program ini turut menjadi platform mempromosikan hasil perikanan tempatan serta menyokong kelangsungan industri perikanan negara.
30/09/2026
PENYERAHAN BANTUAN / PERALATAN PROGRAM AGRIMATCH 2026
Kangar, Perlis | 30 September 2026 β Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis meneruskan komitmen dalam membantu memperkukuh serta mengembangkan rangkaian pemasaran hasil pertanian melalui Program Pengembangan Rangkaian Pemasaran Hasil Pertanian (AGRIMATCH) 2026.
Sehubungan itu, satu sesi penyerahan bantuan/peralatan telah disempurnakan kepada En. Khairul Faizal bin Kamaruzaman (IZZ Aquatics) sebagai penerima manfaat program.
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengarah LKIM Negeri Perlis, Encik Fairuz bin Ariffin, kepada penerima sebagai salah satu usaha membantu meningkatkan keupayaan operasi serta memperluaskan jaringan pemasaran hasil yang diusahakan.
Program AGRIMATCH 2026 diharap dapat memberi manfaat kepada penerima dalam memperkukuh perniagaan, meningkatkan kecekapan pemasaran serta membuka lebih banyak peluang pasaran kepada produk tempatan.
LKIM Negeri Perlis β Bersama Memperkasa Usahawan dan Memajukan Sektor Perikanan!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuala
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when LKIM Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.