BONDA NOR

BONDA NOR

Share

Khalifah Allah. Penulis buku, novel dan skrip drama tarbiah. Pengasas Kaedah Belajar Membaca Ekspres-i. Usahawan dalam bidang pendidikan kanak-kanak.

23/05/2026

Saya ni memang jenis s**a join daurah. Seronok duduk dalam majlis ilmu, talaqqi direct dengan guru. Kalau daurah bersemuka macam ni, lagilah ... memang lain auranya! Rasa tenang je.

Kalau sebut daurah, memang talaqqi berkitab. Dan ini, kita buat daurah moden guna buku SEMBUH.

Buku ni menyentuh persoalan Tasauf dengan fokus pada penyakit-penyakit hati.

Topik ni paling penting dalam hidup tau! Ini yang menentukan syurga neraka kita. Amal banyak mana pun, kalau bab tasauf tak dapat master, memang bahaya ya!

Sebab tu, saya bersyukur dapat anjurkan program ini. Memang niat untuk bantu seramai mungkin orang faham berkenaan penyakit hati dan cara menyembuhkannya.

Alhamdulillah, bahagianya sebab Prof. Dr. Siti Rugayah Hj Tibek dan Ustaz Hamka Idris sudi menjayakan Daurah Sembuh.

Kedua-duanya tak asing lagi dalam bidang ini.

Bonda Prof. Siti memang tokoh dalam Majlis Dakwah Negara. Insya-Allah Bonda Siti akan kupas topik penyakit berkaitan hati.

Manakala Ustaz Hamka p**a tokoh ilmuan yang sering dijemput sebagaj panel di TV Al-Hijrah. Kepakarannya dalam faraid dan beliau akan kupas topik penyakit hati yang berkaitan harta.

Saya sendiri akan buat sedikit perkongsian dala. Daurah kali ini memfokus pada bagaimana saya beroleh kekuatan dalam proses penghijrahan dengan memahami ilmu tasauf untuk menyembuhkan penyakit-penyakit hati.

Istimewa PBAKL kali ini, tuan puan. Jom kita sambil cari buku, sambil tambah ilmu.

DAURAH SEMBUH ni, kita buat masa cuti umum. So, bolehlah join!

Bermanfaat, insya-Allah!

https://bondanor.onpay.my/order/form/daurahsembuh

Tekan link untuk daftar, ya!

17/05/2026

Kita tak masuk syurga sebab amalan kita tau, tapi sebab hati.

Hati yang bersungguh nak kejar reda Allah, yang ikhlas kerana Allah, insya-Allah selamat.

Penting sangat hati ni sebab Nabi kata kalau hati rosak, memang rosaklah seluruh hidup kita ni!

Masalahnya, kita tahu tak hati kita okey ke tidak?

Haa, kena baca buku SEMBUH!

Buku ni bukan saja akan bantu kita kesan penyakit dalam hati kita, bahkan beri inspirasi dan panduan tentang cara nak sembuhkan.

Malah, SEMBUH juga bagi banyak panduan cara nak berdepan dengan orang yang ada penyakit hati macam dengki, tamak, riyak, s**a mengumpat dan sebagainya.

Bila baca buku ni nanti, baru kita tahu rupa-rupanya banyak lagi jenis penyakit hati yang mungkin selama ni kita tak faham bahawa itu ialah penyakit. Contohnya macam ghaflah, sum'ah, al-wahan, ghibah dan macam-macam lagi.

Serius memang kena belajar tentang ni!

Tuan puan,

Dapatkan buku SEMBUH ya. Buku ni banyak bantu kita faham tentang ilmu tasauf secara santai-santai saja, ada cerita, ada contoh. Ayatnya pun mudah difahami.

Berita baiknya, insya-Allah Bonda Nor Sdn. Bhd. akan adakan DAURAH SEMBUH sempena PBAKL nanti.

So, selain buku, boleh datang dengar sendiri daripada asatizah yang dijemput untuk bantu kita faham tentang penyakit hati.

Bila tu?

1 Jun 2026 - Isnin Cuti Umum
Jam 2 - 6 petang
Dewan Seminar Kuala Lumpur

Ya, tuan puan, lokasinya dalam bangunan PBAKL tu juga.

Jadi, senanglah, kan! Alang-alang datang pesta buku, kita masuk sekejap majlis ilmu.

Klik link di komen untuk join okey! Siapa cepat, dapat percuma buku SEMBUH yang berharga RM60!

Haa, jangan tangguh. Nanti terlepas!

Untuk yang nak beli buku, boleh dapatkan daripada team Akademi Bonda Nor atau Dropshipper Bonda Nor ya. Tengok kat komen juga.

Jom kita sama-sama repair hati kita!

Photos from BONDA NOR's post 17/05/2026

Pernah rasa hati kosong walaupun hidup nampak lengkap?

Solat cukup … tapi jiwa tetap gelisah.
Banyak perkara dimiliki … tapi rasa tak pernah cukup.

Mudah terasa, mudah marah, s**ar memaafkan.

Dan paling menyakitkan … kita sendiri tak pasti apa yang sedang rosak di dalam hati.

Hakikatnya, penyakit hati itu senyap.
Ia tidak berdarah, tapi ia melumpuhkan.
Ia tidak kelihatan, tapi ia merosakkan hubungan dengan Allah … dan manusia.

Jika dibiarkan …
Sedikit demi sedikit ia menggelapkan jiwa, menghilangkan ketenangan, dan menjauhkan kita dari rasa bahagia yang sebenar.

✨ Inilah masanya untuk sembuh.
DAURAH SEMBUH dibawakan khas untuk membantu anda:

1. Mengenal pasti penyakit hati yang mungkin kita tak sedar

2. Memahami punca dalaman yang mengganggu jiwa

3. Membimbing langkah-langkah praktikal untuk kembali tenang

4 Membina hubungan hati yang lebih dekat dengan Allah

Bukan sekadar teori, tetapi perjalanan untuk pulih, perlahan-lahan … dengan panduan.

🎁 BONUS ISTIMEWA EARLY BIRD!
20 peserta terawal akan menerima Buku “Sembuh” bernilai RM60 secara PERCUMA.

Tempat terhad.

Jika hati anda sedang “memanggil” untuk berubah… ini mungkin jawapannya.

📩 Daftar sekarang sebelum terlepas peluang.

https://wa.link/8tlmlh

Photos from BONDA NOR's post 28/04/2026

Alhamdulillah, cover dah final! Lawanya Masya-Allah! 😍

Seorang cerita pasal kucing, seorang lagi cerita pasal anak buah pertama.

Dua-dua tengah tak sabar nak pegang buku masing-masing. Ah, mama pun tak sabar!

Lawa tak cover buku Nona dan Hadif, acik-acik semua?

27/04/2026

Kesian anak kakak ni. Result SPM 6A 3B, cemerlang dah tapi apply matriks pun tak dapat. Menangis anak dia!

Isu rezeki memang satu hal, isu strategi pun satu hal juga.

Parents dan anak kena peka pada kekuatan result dan persaingan yang ada.

Sebab tu saya cuba bantu bawakan Edufluencer KPM, Cikgu Abdul Muiez untuk beri pencerahan.

Mak ayah kalau yuran RM25 pun berkira, tak tahulah nak cakap apa. RM25 tu sekadar nak bayar sewa dewan je sebenarnya.

Mak ayah yang ada anak sekolah menengah, marilah tambah ilmu. Bawa anak join sekali.

Bila tu?

1 Mei di Dewan Seminar Masjid Hasanah, Bangi. Cuti umum Hari Buruh.

Link daftar saya letak kat komen, ya!

Info program boleh tekan link ini
https://wa.link/jbxy82

27/04/2026

Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah SWT. 🤲

27/04/2026

Kat sekolah, anak-anak menghafal. Nak jawab exam, kan ... kenalah lancar ingat.

Rukan Iman ada 6. Percaya pada Allah, pada Rasul, malaikat, ... .

Sambil sebut, sambil buka tutup jari. Yelah, namanya pun hafal.

Tapi buku cerita ni lain. Bukan setakat hafal, tapi betul-betul faham!

Baca buku PERCAYA ni, anak-anak menelusuri maksud Rukun Iman yang sebenar.

Apa yang dimaksudkan dengan percaya pada Allah?

Percaya qadak dan qadar tu maknanya apa?

Macam mana nak kaitkan prinsip percaya pada malaikat dalam kehidupan seharian kita?

Aha, PERCAYA buat anak-anak lebih mudah faham tau!

Ya, anak faham 6 prinsip Rukun Iman dalam bentuk cerita yang best!

Ini novel kanak-kanak yang sangat mudah difahami dan menyentuh hati.

Ini projek guru-guru Sahabat Ekspres-i untuk bantu anak-anak kita faham tentang Rukun Iman dan bawa masuk prinsip ini dalam kehidupan mereka setiap hari.

Mak ayah jangan lupa dapatkan untuk anak-anak, ya!

Cikgu-cikgu pun kena ada tau, sebagai salah satu bahan mengajar yang menarik dan buat anak-anak murid s**a!

PERCAYA
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Anjung Bonda Nor
Tingkat 4 Dewan Tun Razak

23/04/2026

Kawan, ayuh kita hidup dengan penuh ketakutan.

Takutlah kalau kita terlupa menjejaki ketabahan Ayub saat teruji dengan musibah, pandangannya masih melangit mencari keredhaan Allah.

Takutlah kalau kita terlupa menjejaki ketundukan hati Sulaiman yang ketika teruji dengan kuasa dan hidup mewah, pandangannya masih mampu tunduk menghormati semut di tanah.

Takutlah kalau kita terlupa menjejaki Yunus yang saatnya melakukan kesilapan dan teruji dengan hukuman, terus tunduk mengaku salah dan tabah merayu pengampunan.

Takutlah kalau kita terlupa untuk mencontohi Ibrahim yang saat teruji dengan kasih sayang manusia, masih terus teguh memilih Allah sebagai Pemilik hatinya yang utama.

Takutlah kalau kita terlupa menjejaki pengorbanan Muhammad SAW yang saat teruji dengan ketidakadilan, bahkan saat teruji dengan kezaliman, tetap juga yang difikirkan hanyalah soal amanah dan pengertian.

Hiduplah penuh ketakutan, wahai kawan!

Namun, dalam menghimpun ketakutan di jiwa kita, hiduplah juga dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.

Hingga dengan ketakutan itulah kita mampu mengubah segala buruk tingkah kita menjadi indah hingga layak menembusi syurga.

Kerana hanya dengan ketakutan terhadap murka-Nya, kita mampu sentiasa berjaga-jaga. Takut jauh daripada Dia.

22/04/2026

Akhir-akhir ini aku kerap menangis. Sampai bengkak-bengkak mata, sampai sakit kepala.

Syukurnya, aku menangis bukan kerana sakit, bukan p**a kerana hati terluka dengan sesiapa.

Bukan kerana mana-mana manusia. Tapi, benar-benar kerana Allah dan Rasul-Nya.

Kadang kerana terlalu cinta dan percaya pada hebatnya Allah, kadang kerana rasa berdosa dan rasa lemah seorang hamba.

Kadang menangis kerana terlalu mahu bertemu Rasulullah. Selalu aku berdoa Allah hadirkan Baginda dalam mimpiku.

Bila nak tidur, aku berdoa, bahkan sampai yakin akan bertemu. Tapi bila bangun, aku menangis kerana kecewa apabila apa yang aku impikan tak berlaku.

Betul, memang akhir-akhir ini terlalu banyak ujian yang tiba, banyak yang buat aku hampa dan terluka.

Tapi aneh, aku tidak p**a menitiskan setitik air mata pun kerana itu semua.

Yang berulang kali buat pipiku basah hanyalah setiap kali mengenang soal perancangan aku untuk bertemu janji Allah.

Aku tak sabar nak bertemu Allah tapi aku menangis merayu agar Allah cukupkan dulu segala keperluanku.

Aku tahu aku kena settle bayar hutang aku pada Dia ... pada manusia.

Aku kena lengkapkan Rukun Islam dulu, jadi aku menangis minta Allah cukupkan rezeki dan jemput aku menunaikan umrah dan haji.

Aku menangis minta Allah bantu aku selesaikan kerja-kerja yang tertangguh termasuk amanah para penulis yang aku dah setuju nak sunting karya mereka.

Insya-Allah, aku redha kalau Allah uji, tapi biarlah aku selesaikan dulu amanah ini. Aku tak sampai hati nak hampakan sesiapa!

Bila tengok anak-anak, aku menangis lagi. Selalu rasa bersalah, sebab aku takut kalau aku gagal galas tugas sebagai ibu dengan baik.

Aku tak tahu nak jawab apa depan Allah nanti, jadi begitulah ... aku menangis lagi.

Betapa dekatnya aku dengan kematian dan betapa hampirnya aku dengan segala kemungkinan!

Justeru aku asyik menangis. Tangisan demi tangisan yang sebenarnya sangat membahagiakan. Kerana ketika ini, hatiku terasa manisnya iman.

Dan aku berdoa, semoga tangisan seperti ini kekal menemani diri ini hinggalah saat nyawa dicabut daripada jasad ini!

22/04/2026

Alhamdulillah, saya finalkan cover dengan mengambil kira pendapat semua. 🥰

Dari beberapa posting tentang cover buku terbaharu ini, akhirnya inilah yang jadi pilihan ramai.

Ada 2 jenis komen yang berulang-ulang dinyatakan oleh ramai sahabat dan saya ambil kira komen tersebut.

1. Cover cahaya dari langit itu terlalu awam, dah banyak buku yang guna style macam tu.

2. Cover ini p**a terus membawakan situasi berserta emosi, sesuai tajuknya.

Jadi, inilah dia, watak 'dia' yang mewakili kita, yang kadang sangat terdesak pada pujukan Allah.

Semoga rasa itu 'sampai'.

Doakan, ya! 🥰

PUJUK AKU, YA ALLAH
PBAKL2026
Insya-Allah.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00