FB RASMI FISIO HSNZ
Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Nur Zahirah
Day 2 -SOP in Neurology
13 Julai 2026
13/07/2026
Kursus Pengukuhan Standard Operating Procedure (SOP) Fisioterapi dalam Neurologi
Latar Belakang
Unit Fisioterapi HSNZ telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Standard Operating Procedure (SOP) Fisioterapi dalam Neurologi pada 12 hingga 13 Julai 2026. Kursus ini telah dilaksanakan selama dua hari, dengan hari pertama berlangsung di Bilik Seminar PSY dan hari kedua di Neuro Gym. Program ini melibatkan penyertaan pegawai fisioterapi serta jurupulih perubatan fisioterapi.
Objektif
* Mengukuhkan pemahaman peserta terhadap SOP dalam pengurusan pesakit neurologi.
* Menyeragamkan pelaksanaan SOP dalam amalan klinikal.
Aktiviti Sepanjang Kursus
* Penyampaian ceramah berkaitan SOP fisioterapi neurologi.
* Perbincangan kes klinikal serta perkongsian pengalaman dalam kalangan peserta.
* Pelaksanaan aktiviti interaktif yang menekankan aplikasi SOP dalam pengurusan pesakit.
Impak Program
* Meningkatkan tahap kefahaman peserta terhadap SOP yang ditetapkan.
* Menambah baik amalan klinikal dalam pengurusan pesakit neurologi.
* Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan fisioterapi.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, urus setia serta peserta yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
11/07/2026
REINFORCEMENT SOP OF PHYSIOTHERAPY IN NEUROLOGY
π
Tarikh: 12 & 13 Julai 2026
π Tempat: Kompleks Psikiatri, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
π₯ Anjuran: Unit Fisioterapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Kursus "Reinforcement SOP of Physiotherapy in Neurology" dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi anggota dalam memberikan perawatan pemulihan neurologi yang berkualiti kepada pesakit.
Kursus ini menampilkan penceramah jemputan khas dari Hospital Kuala Lumpur, Encik Kuit Kheng Hiong, Senior Fisioterapis, yang akan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang rehabilitasi neurologi.
Turut berkongsi ilmu dan kemahiran ialah penceramah dari HSNZ, Puan Noor Fazleen Ahmad Fuad dan Encik Mohd Isamuddin Ahmad, yang berpengalaman luas dalam perawatan pemulihan neurologi.
Semoga kursus ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuh amalan klinikal serta meningkatkan kualiti perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit.
SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA PESERTA!
05/07/2026
π WORLD LUPUS DAY 2026 | SLE FUN DAY & EXPLORACE 2.0
π
4 Julai 2026 (Sabtu)
π’ 7.30 pagi β 1.00 petang
π Terengganu Equestrian Resort (TER)
Sempena sambutan World Lupus Day 2026, Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Nur Zahirah telah mengambil bahagian dalam SLE Fun Day & Explorace 2.0 yang dianjurkan di Terengganu Equestrian Resort.
Sepanjang program berlangsung, Unit Fisioterapi mengendalikan Booth Fisioterapi sebagai platform untuk berkongsi maklumat mengenai peranan fisioterapi serta kepentingan aktiviti fizikal dalam penjagaan kesihatan. Selain itu, Team Chairobik Unit Fisioterapi turut mengendalikan sesi senaman ringan yang mendapat sambutan daripada para peserta.
Buat pertama kalinya juga, Unit Fisioterapi menghantar dua pasukan untuk menyertai Explorace. Walaupun ini merupakan penyertaan julung kali, pengalaman yang diperoleh sangat bermakna dan menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama peserta, membina semangat berpasukan serta mencuba cabaran baharu.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Tahniah kepada semua warga Unit Fisioterapi HSNZ yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. π
16/06/2026
14/06/2026
Sambutan World Kidney Day 2026 peringkat HSNZ... Fisioterapi
Sekitar majlis makan akhir 2025... Video sharing je niπ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala
20400
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:00 |
| Tuesday | 07:30 - 17:00 |
| Wednesday | 07:30 - 17:00 |
| Thursday | 07:30 - 15:30 |
| Sunday | 07:30 - 17:00 |