PAMPS

PAMPS

Share

Persatuan Anak Muda Proaktif Sabah

15/02/2026

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Tahun Kuda, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua yang meraikannya.

Tahun Kuda dalam kalendar zodiak Cina melambangkan kekuatan, ketabahan dan kemajuan, selain menggambarkan semangat yang tidak mudah mengalah. Kuda juga sinonim dengan tenaga, keberanian serta keazaman untuk terus mara ke hadapan. Semoga tahun ini membawa rezeki yang melimpah, kejayaan yang berpanjangan, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan buat kita semua.

Dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan bersama, semoga sambutan yang penuh makna ini terus memperkukuh perpaduan, menyuburkan keharmonian dan memperteguh semangat saling menghormati dalam masyarakat majmuk — khususnya di negeri Sabah yang kita cintai, serta di Malaysia tercinta.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot 50/51 Block I Kk Times Square Coastal Highway
Kota Kinabalu
88000