Klinik Ar Raudah Simpang Renggam
CERIA DAN BAHAGIA
077559808
www.wassap.my/60125240165/klinikarraudahSR
28/01/2026
โ SAKIT LUTUT BUKAN TANDA TUA โ
Ramai orang percaya bahawa sakit lutut adalah perkara biasa bila umur meningkat.
Sebenarnya, sakit lutut bukan disebabkan usia semata-mata, tetapi sering berpunca daripada perubahan pada struktur sendi lutut yang berlaku secara perlahan tanpa disedari.
๐ APA YANG SEBENARNYA BERLAKU PADA LUTUT?
Sendi lutut dilapisi oleh rawan yang berfungsi sebagai kusyen dan pelindung tulang.
Apabila rawan ini:
โข mula haus
โข menjadi nipis
โข atau mengalami radang
ia akan menyebabkan geseran antara tulang, lalu menimbulkan rasa sakit, ketat dan tidak selesa.
โ ๏ธ PUNCA BIASA SAKIT LUTUT
Antara punca yang kerap ditemui di klinik:
โข Berat badan berlebihan (tekanan berlebihan pada sendi)
โข Pergerakan berulang seperti naik tangga atau mencangkung
โข Kecederaan lama yang tidak dirawat dengan betul
โข Otot sekeliling lutut yang lemah
โข Radang sendi (arthritis)
๐ง KENAPA RAMAI LEWAT DAPATKAN RAWATAN?
Ramai pesakit menangguhkan rawatan kerana:
โMasih boleh tahanโ
โBiasalah, umur dah meningkatโ
โTelan ubat tahan sakit pun legaโ
Sedangkan ubat tahan sakit hanya melegakan sementara, bukan merawat punca sebenar.
๐จ APA JADI JIKA DIBIARKAN?
Jika sakit lutut dibiarkan tanpa rawatan:
โ Sakit akan jadi lebih kerap
โ Pergerakan harian seperti berjalan & solat terganggu
โ Otot sekitar lutut semakin lemah
โ Risiko sakit lutut kronik meningkat
๐ Rawatan awal jauh lebih mudah dan berkesan.
๐ฉบ BILA PERLU BUAT PEMERIKSAAN?
Disarankan buat pemeriksaan jika:
โ๏ธ Sakit lutut berulang
โ๏ธ Lutut berbunyi bila bergerak
โ๏ธ Rasa ketat waktu pagi
โ๏ธ Sukar naik tangga atau bangun dari duduk
www.wassap.my/60125240165/klinikarraudahSR
25/01/2026
๐ฆต SAKIT LUTUT: PUNCA, SIMPTOM & CARA ATASI
Sakit lutut adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada semua peringkat umur โ dari orang muda hingga warga emas. Ia boleh menjejaskan pergerakan harian seperti berjalan, naik tangga atau solat.
๐ PUNCA BIASA SAKIT LUTUT
Osteoarthritis (Haus Sendi)
โ Lazim pada usia 40 tahun ke atas
โ Sendi lutut menjadi haus dan kering
Kecederaan
โ Terseliuh, koyakan ligamen, atau jatuh
โ Biasa berlaku pada sukan atau kerja berat
Berat Badan Berlebihan
โ Tekanan berlebihan pada sendi lutut
Radang Sendi (Inflammation)
โ Contoh: gout, rheumatoid arthritis
Postur & Pergerakan Salah
โ Duduk mencangkung lama, naik tangga kerap
โ ๏ธ SIMPTOM YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
โ
Sakit bila berjalan atau berdiri lama
โ
Lutut berbunyi โklikโ
โ
Bengkak atau rasa panas
โ
Lutut rasa ketat waktu pagi
โ
Sukar meluruskan atau membengkokkan lutut
๐ผ๏ธ GAMBAR RAJAH RINGKAS SENDI LUTUT
Tulang Peha (Femur)
โ
โโโโโโโดโโโโโโ
โ RAWAN โ โ Rawan haus = sakit
โโโโโโโฌโโโโโโ
โ
Tulang Kering (Tibia)
Ligamen โ menyokong kestabilan lutut
๐ก CARA KURANGKAN SAKIT LUTUT
โ๏ธ Kawal berat badan
โ๏ธ Senaman ringan (quadriceps & hamstring)
โ๏ธ Kompres ais / air suam
โ๏ธ Elakkan mencangkung lama
โ๏ธ Gunakan knee support jika perlu
๐ Jumpa doktor jika sakit berlarutan, bengkak teruk atau pergerakan semakin terhad.
04/09/2024
Anak anda selalu batuk berkahak?
Pernah dengar tak tentang Nebuliser?
โ
Nebuliser ialah mesin yang dapat menukarkan ubat dalam bentuk cecair kepada gas yang disedut masuk ke dalam saluran paru-paru. Ia kemudian di sedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.
Anak anda perlukan Nebuliser apabila:
โ
Nafas laju
โ
Sukar bernafas
โ
Nafas berbunyi
โ
Berkahak
Bukan itu sahaja, rawatan ini membantu anak anda membuka saluran pernafasan!
Jika anak anda mengalami masalah di atas, segera dapatkan rawatan Nebuliser untuk redakan kesakitan anak anda!
18/08/2024
๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ด๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ธโ ๐ฅ๐ฅ
Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.
Fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, sama ada ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Oleh itu, ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.
08/08/2024
DR saya nak UBAT TIDUR???
_______________________________________________________________
Waspada!
Jangan ambil ubat tidur secara sewenang-wenangnya. Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan ubat apabila diambil untuk jangka masa panjang.
Ubat tidur juga boleh menyebabkan anda rasa mengantuk dan pening serta hilang tumpuan untuk melakukan kerja.
Berjumpalah dengan profesional kesihatan sekiranya anda mengalami masalah tidur.
cc kkm
__________________________________________________________________
AWAS pengunaan ubat tidur secara tidak terkawal boleh menyebabkan terganggu sistem tubuh badan kita untuk aktif secara biasa, pengawasan daripada amatlah penting .
dapat nasihat profesional bagi penggunaan/ alternatif terapi bagi rawatan-rawatan gejala susah tidur/insomnia .
07/08/2024
Berita gembira buat warga Simpang Renggam dan yang berdekatan ,
kini Klinik Arraudah Simpang Renggam menyediakan panel PMCare sebagai pemudah cara untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kami.
terima kasih atas dokongan, kepercayaan dan sokongan warga Simpang Renggam .:)
15/07/2024
Malaysia memasuki fasa โ๐๐ถ๐ฑ๐๐ฝ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ข๐ฉ๐๐-๐ญ๐ตโ kerana situasi COVID-19 dalam negara terus terkawal. Kebanyakan kes yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Pengurusan COVID-19 adalah sepertimana pengurusan penyakit berjangkit saluran pernafasan yang lain.
CC : KKM
14/07/2024
JANGKITAN TELINGA๐๐ปadalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak ๐ง๐ป. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
โผ๏ธHentikan penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga apabila terasa gatal atau kurang selesa kerana ia akan memudaratkan lagi telinga. Begitu juga bila anak-anak kita sakit telinga, jangan sesekali
mengorek guna putik kapas atau menghembus kuat dalamtelinga.
CC : KKM FB page
30/05/2024
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
- Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik โ bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan darah diastolik โ bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
- Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
- Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala??????
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-hipertensi/
_____________________________________________________________________
Segera berjumpa dengan Dr anda untuk mendapatkan saringan awal dan rawatan secara berkala .
mencegah lebih baik daripada merawat :)
22/05/2024
PROMOSI LAGII ๐ฅ๐ฅ
PROMOSI LAGII๐ฅ๐ฅ
PROMOSI LAGII๐ฅ๐ฅ
Haa kalini mien nak share sikit Promosi yang tengah on sekarang tapi hanya di Klinik Ar Raudah Simpang Renggam saja tauu ..untung betul Orang simpang Renggam erk..๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ
-
Promosi Kalini khas untuk sesiapa yang sakit-sakit sendi , Yang mudah cramp akibat aktif bersukan, dan mien nak ingatkan Promosi ini hanya โจRM50โจ saja tau setiap kali rawatan๐๐๐
-
Haa. Tunggu apa Lagi,Jom dapatkan rawatan Khas ini di Klinik AR Raudah Damai Caw. Simpang Renggam .๐ฅฐ๐ฅฐ๐
07/05/2024
KHAS BUAT WARGA PENDIDIK
SPOT MEDICAL CHECK UP
Package A
~Rm68~ Rm50
Discount 26% KHAS buat warga pendidik
GM (Glucose monitoring
Check gula) + Cholesterol
Bp + BMI check up
https://wasap.my/60182662676/PROMOA
Package B
~Rm120~ Rm100
Discount 16% KHAS buat warga pendidik
Gula, buah pinggang, hati(liver) cholesterol, jenis darah (ABO) , fbc (Full blood count)
(Check hb, darah putih & platelet), uric acid (GOUT)
+ bp + bmi check up
https://wasap.my/60182662676/PROMOB
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 16, Tingkat Bawah, Jalan Muafakat 1, Pusat Perdagangan, Simpang Renggam
Kluang
86200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 22:00 |
| Tuesday | 09:00 - 22:00 |
| Wednesday | 09:00 - 22:00 |
| Thursday | 09:00 - 22:00 |
| Friday | 09:00 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 22:00 |
| Sunday | 09:00 - 22:00 |