AADK Perlis Selatan Rasmi
Laman Facebook Rasmi AADK Daerah Perlis Selatan (Bermula Julai 2025)
07/10/2026
05/10/2026
04/10/2026
Tarik nafas dalam-dalam, minum air secukupnya, dan hargai setiap detik bermakna. Dengar macam senang kan? Tapi, dalam kesibukan kita mengejar cita-cita, kadangkala kita terperangkap dalam kepenatan yang luar biasa. Kita rasa stres, kita rasa tersekat, dan mula mencari pelbagai cara untuk melarikan diri daripada realiti.
Tapi sedarlah, melarikan diri ke arah 'jalan pintas' yang merosakkan bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah, malah ia akan menghancurkan sistem navigasi hidup kita untuk jangka masa panjang. Kita mempunyai kuasa untuk klik pada pilihan yang lebih sihat. Jadilah barista yang bijak menguruskan menu hidup sendiri. Kekal segar, kekal sedar, dan teruskan memacu ke arah destinasi kejayaan yang sedang menanti di depan.
Berapa murahkah harga masa depan kita sehingga kita sanggup menukarnya dengan khayalan singkat, sedangkan air yang jernih sudah cukup untuk membilas stres yang sementara?
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
04/10/2026
MELAKA TENGAH CATAT JUMLAH TERTINGGI — PERKUKUH USAHA ANTIDADAH SETEMPAT
Melaka Tengah merekodkan 2,705 orang penagih dan penyalah guna dadah, jumlah tertinggi antara daerah di Melaka berdasarkan data sehingga Jun 2026. Daripada keseluruhan 4,906 orang, Alor Gajah mencatatkan 1,483 orang, manakala Jasin 718 orang.
“Ekosistem pencegahan, rawatan dan pemulihan yang kukuh perlu diperkasakan bersama.”
— YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menekankan kepentingan usaha antidadah yang bersesuaian dengan keperluan setempat. Pencegahan, rawatan dan pemulihan perlu diperkukuh secara bersama bagi menangani cabaran penyalahgunaan dadah serta melindungi kesejahteraan keluarga dan komuniti.
Penglibatan semua pihak penting untuk menyokong pemulihan dan membina persekitaran yang selamat. Bersama, perkukuh usaha antidadah demi kesejahteraan rakyat.
Sumber: Ucapan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka dan PEMADAM Negeri Melaka, 3 Oktober 2026.
02/10/2026
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk.”
— Surah Hud, 11:114
Jangan biarkan kesilapan masa lalu menjadi penghalang untuk melangkah ke hadapan. Setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal kebaikan dan kembali kepada jalan yang diredai Allah SWT.
✨ Teruskan melakukan kebaikan, walaupun kecil.
Kerana setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas mempunyai nilai di sisi-Nya.
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk meninggalkan keburukan, memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih bermakna.
Ikhlas daripada
DATO’ RUSLIN JUSOH
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bangunan Persekutuan Lama Kangar
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when AADK Perlis Selatan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.