DOSM Perlis

DOSM Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSM Perlis, Government Organization, 26B, ARAS 2, KPARC, KAMPUNG PADANG BAKAU, Kangar.

24/08/2026

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 hingga 40 tahun untuk mengisi jawatan Personel MySTEP Gred E1 (Multimedia) mengikut ketetapan seperti berikut:

Syarat Lantikan :
✅Warganegara Malaysia
✅Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan tidak melebihi 40 tahun

Kelayakan Akademik:

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya bagi Gred 1;

atau

Kelayakan Diploma/STPM dalam bidang Multimedia, Komunikasi, Media Kreatif dan setaraf;

Keutamaan kepada calon yang mempunyai:

(i) Mahir menggunakan perisian reka bentuk, sunting video, animasi, poster dan grafik.
(ii) Mempunyai kemahiran fotografi, videografi dan pengurusan sosial media.
(iii) Berdisiplin dan bertanggungjawab menjalankan tugas.
(iv) Boleh bekerja lebih masa.

Kepada yang berminat bagi menyertai DOSM Perlis, permohonan harus dibuat melalui dua (2) capaian iaitu di platform Google Form dan Portal MYFutureJob. Berikut disertakan pautan permohonan :

1. Google Form - https://forms.gle/ueRHmRnwLhSwJcvG7
2. Portal MYFutureJobs - https://shorturl.at/TPHuQ

Kod QR borang permohonan boleh diimbas seperti yang tertera pada poster Iklan Jawatan Kosong.

Sila sertakan bersama-sama dokumen berikut di dalam permohonan:
✅Resume lengkap
✅Salinan kad pengenalan
✅Salinan transkrip akademik

Ayuh, sertai DOSM Perlis! Hantarkan permohonan anda sebelum atau pada 27 Ogos 2026. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

No. Tel: 04 – 9771221
Email : [email protected]








Facebook DOSM Perlis:
https://www.facebook.com/profile.php?d=100064836004913

X DOSM Perlis:
https://twitter.com/dosm_perlis

Instagram DOSM Perlis:
https://www.instagram.com/dosm.perlis

TikTok DOSM Perlis:
https://www.tiktok.com/

24/08/2026

🌙SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M🌙

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam membentuk kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyemarakkan nilai kasih sayang, amanah, ihsan dan perpaduan dalam diri, seterusnya melahirkan ummah yang diberkati.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M daripada Pengarah dan Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis.








Facebook DOSM Perlis:
https://www.facebook.com/profile.php?d=100064836004913

X DOSM Perlis:
https://twitter.com/dosm_perlis

Instagram DOSM Perlis:
https://www.instagram.com/dosm.perlis

TikTok DOSM Perlis:
https://www.tiktok.com/

Photos from DOSM Perlis's post 20/08/2026

PROGRAM "INSPIRE" DOSM PERLIS

Kangar, 19 Ogos 2026 | Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis terus komited dalam memperkukuh pembangunan warga kerja melalui pelaksanaan program Pembangunan Kapasiti Modal Insan.

Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada pembangunan potensi dan kompetensi warga kerja, malah turut menyemarakkan semangat kerja berpasukan, membentuk bakat kepimpinan serta membudayakan kesejahteraan kerja dan keseimbangan hidup.

Antara fokus utama program ini adalah:

🔹 Pembangunan kapasiti modal insan;
🔹 Mengurus bakat secara holistik dan membangun kompetensi;
🔹 Membudayakan kesejahteraan kerja dan keseimbangan hidup;
🔹 Memperkasakan semangat kerja berpasukan;
🔹 Memupuk bakat kepimpinan; dan
🔹 Membudayakan gaya hidup sihat

Kerana kecemerlangan sesebuah organisasi bermula dengan insan yang hebat. Bersama-sama kita membina potensi, memperkukuh kebersamaan dan melangkah ke hadapan sebagai satu pasukan yang lebih sihat, kompeten dan berdaya saing.

"INSPIRE DOSM PERLIS"💪🏻






# _EconomicCensus2026_
# _InspiringTeamworkDrivingExcellence_

Facebook DOSM Perlis:
https://www.facebook.com/profile.php?d=100064836004913

X DOSM Perlis:
https://twitter.com/dosm_perlis

Instagram DOSM Perlis:
https://www.instagram.com/dosm.perlis

TikTok DOSM Perlis:
https://www.tiktok.com/

Photos from DOSM Perlis's post 19/08/2026

PERJUMPAAN STATUS PELAKSANAAN PENGOPERASIAN BANCI EKONOMI 2026 DOSM PERLIS

Kangar, 19 Ogos 2026 | Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis telah mengadakan Perjumpaan Status Pelaksanaan Pengoperasian Banci Ekonomi Fasa 2, 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 1, DOSM Perlis.

Perjumpaan diteruskan dengan perkongsian oleh Pengarah DOSM Perlis, Encik Hamka bin Ismail, berkaitan perkembangan dan pelaksanaan Banci Ekonomi Fasa 2. Beliau turut mendapatkan maklum balas daripada ketua seksyen dan ketua unit mengenai status pengoperasian Banci Ekonomi 2026.

Seterusnya, Timbalan Pengarah DOSM Perlis, Cik Maryam Abidah Hanim binti Mohd Hazni turut membentangkan status kes Banci Ekonomi 2026 yang telah selesai, termasuk status respons Banci Ekonomi Fasa 1 serta laporan ringkas operasi Banci Ekonomi 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga DOSM Perlis di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan Banci Ekonomi Fasa 2. Semoga usaha berterusan ini dapat menyokong penghasilan data yang berkualiti, tepat dan berintegriti demi pembangunan ekonomi negara.

📝 Data Nadi Ekonomi Rakyat!








Facebook DOSM Perlis:
https://www.facebook.com/profile.php?d=100064836004913

X DOSM Perlis:
https://twitter.com/dosm_perlis

Instagram DOSM Perlis:
https://www.instagram.com/dosm.perlis

TikTok DOSM Perlis:
https://www.tiktok.com/

Photos from DOSM Perlis's post 14/08/2026

FITDOSM SENAMROBIK & ZUMBA DOSM PERLIS💪🏻

Kangar, 14 Ogos 2026 | Program FitDOSM bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Statistik Perlis (KSKSPs) hari ini berlangsung dengan aktiviti senamrobik dan Zumba yang meriah dan penuh bertenaga!

Aktiviti sebegini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah mengeratkan silaturahim dan menceriakan warga DOSM Perlis.

‘HIDUP SIHAT’








Facebook DOSM Perlis:
https://www.facebook.com/profile.php?d=100064836004913

X DOSM Perlis:
https://twitter.com/dosm_perlis

Instagram DOSM Perlis:
https://www.instagram.com/dosm.perlis

TikTok DOSM Perlis:
https://www.tiktok.com/

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


26B, ARAS 2, KPARC, KAMPUNG PADANG BAKAU
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00