SPRM Negeri Perlis
sprm.gov.my Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Perlis mula beroperasi pada tahun 1982. Ibu kota negeri Perlis ialah Kangar.
Pada peringkat awal ia di bawah pengawasan En Yeap Kum dan ditempatkan di rumah kedai Jalan Jubli Perak Kangar Perlis. Kemudian pada tahun 1991 SPRM Perlis telah berpindah ke Bangunan KWSP dan pada tahun 1996 SPRM berpindah sekali lagi ke Bangunan Persekutuan Kangar. Perlis merupakan Negeri yang terkecil di Semenanjung Malaysia dengan keluasan kira-kira 821 km persegi. Perlis mempunyai 3 buah daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar. Ketua Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di terajui Menteri Besar. Bilangan penduduk di Negeri Perlis adalah dianggarkan berjumlah 231,541 orang dengan pertumbuhan 1.2% setahun (2010). Dari segi komposisi kaum, 79.74% daripada penduduk adalah Melayu diikuti kaum Cina 9.6% manakala kaum India 1.21% dan selebihnya kaum lain.Perlis juga adalah negeri yang bersempadan dengan Thailand dan mempunyai dua pintu sempadan iaitu melalui Padang Besar dan juga Wang Kelian.
02/10/2026
BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN SPRM KE-59
SPRM Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin sempena sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-59 sebagai simbolik kesyukuran atas perjalanan dan amanah yang dipikul SPRM sejak penubuhannya, di samping memohon keberkatan, kekuatan serta perlindungan agar seluruh warga SPRM terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab memerangi rasuah.
Bacaan Yasin telah dipimpin oleh Encik Hasbullah bin Yatim. Majlis diteruskan dengan tazkirah bertajuk “Takwa dan Kelebihannya” yang disampaikan oleh PPj Hairul Haif bin Bohari, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Perlis.
Tazkirah tersebut menekankan bahawa nilai takwa menjadi asas penting dalam membentuk peribadi yang amanah, berintegriti dan sentiasa sedar bahawa setiap tanggungjawab yang dilaksanakan merupakan satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan, selaras dengan tagline sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-59 “Memperkasa Integriti, Menegakkan Keadilan Dan Memerangi Rasuah”
01/10/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun SPRM Ke-59. Semoga SPRM terus teguh memikul amanah, memperkukuh tadbir urus dan membudayakan nilai antirasuah demi Malaysia yang bersih dan bermaruah.
23/09/2026
Frasa tular 'guru.. hentikan guru' lebih bermakna bagi henti rasuah
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/09/1414539/frasa-tular-guru-hentikan-guru-lebih-bermakna-bagi-henti-rasuah
Frasa tular 'guru.. hentikan guru' lebih bermakna bagi henti rasuah | Harian Metro Kangar: Bakal guru bukan sekadar perlu petah berhujah, malah mesti berani berkata tidak kepada rasuah.
22/09/2026
INTEGRITI PENJAWAT AWAM TERUS DIIKTIRAF
MACCNews - Berita Menarik SPRM Hari Ini
22/09/2026
SOROTAN: PERTANDINGAN DEBAT ANTI RASUAH PERINGKAT KAMPUS IPG PERLIS “KEEP MALAYSIA CLEAN (KMC) 2026
22/09/2026
PROGRAM DEBAT ANTIRASUAH PERINGKAT IPG PERLIS: SEMARAKKAN MESEJ AMAR IPG PERLIS PERANGI RASUAH
KANGAR, 22 September 2026 – Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis telah berjaya menganjurkan Program Debat Antirasuah: Keep Malaysia Clean (KMC) dengan kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.
Program yang berlangsung selama dua hari pada 27 Ogos dan 1 September 2026 ini bertujuan menyemai jati diri dan nilai integriti yang tinggi dalam kalangan mahasiswa melalui wacana perdebatan. Pendekatan debat dipilih sebagai medium yang berimpak tinggi dalam membentuk sahsiah, disiplin, serta semangat berpasukan, di samping menerapkan nilai-nilai murni secara interaktif dan praktikal. Selain itu, usaha ini sejajar dengan aspirasi Keep Malaysia Clean (KMC) yang memberi penekanan terhadap kebersihan nilai, pemikiran, dan akhlak daripada sebarang gejala negatif.
Kemuncak program pada hari ini menyaksikan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh PPs Muhd Naim bin Zakaria, di samping majlis perasmian penutup sebagai acara utama, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para peserta. Taklimat yang telah disampaikan oleh pegawia SPRM Perlis menyentuh berkenaan konsep Keep Malaysia Clean (KMC) sebagai kerangka nilai dan amalan holistik yang menekankan keberanian menolak rasuah, ketelusan dalam membuat keputusan serta tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Selain itu, penceramah turut memberi penekanan terhadap isu penerimaan hadiah dan pengurusan tatakelola perolehan yang baik sebagai panduan kepada para pelajar yang hadir.
Majlis penutup program ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh Pengarah SPRM Perlis, PKPj Mohd Nor Adha bin Ab Gani. Beliau dalam ucapannya menegaskan debat bukan sekadar berlawan siapa yang lebih petah bercakap, sebaliknya ianya adalah medium latihan yang melatih peserta mempertahankan prinsip serta berani untuk menyanggah terhadap perkara yang tidak benar. Tambahnya lagi, frasa yang tular di media sosial “Guru, hentikan guru” membawa makna yang lebih serius terhadap bakal guru dalam menghentikan kitaran rasuah di alam pekerjaan kelak.
Hadir sama dalam majlis penutup ialah Yang Berusaha Dr. Hajah Azizah binti Sarkowi, Timbalan Pengarah IPG Perlis, En. Mohd Fahmi bin Hijazi (Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Perlis), En. Roosfauzi bin Ramley (penyelaras AMAR IPG Perlis) dan PsK Mohamad Razif bin Ab Rased, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perlis.
Kolumnis@SPRM- Realiti Perundangan: Pemberi Rasuah Tidak Kebal, Pendakwaan Perlu Berasaskan Bukti
Oleh: Dato’ Ahmad Akram Gharib
16/09/2026
DIRGAHAYU TUANKU !
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, sempena Pemasyhuran sebagai Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) pada 14 September 2026 di Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia.
“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,
NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU.”
15/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
Semarakkan semangat Hari Malaysia 2026!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Bangunan Persekutuan
Kangar
01000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SPRM Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.