RISDA Negeri Perlis

RISDA Negeri Perlis

Share

Government Agency

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 12/06/2026
Photos from RISDA Negeri Perlis's post 12/06/2026

KANGAR, 4 Jun – Dalam usaha memperkasakan sektor pertanian lestari dan meningkatkan kemahiran modal insan dalam penghasilan teknologi hijau, Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini telah menganjurkan Program Taklimat dan Hands-On Organik Plant Booster pada Tanaman.

Program yang berlangsung di pekarangan Jabatan Pertanian Negeri Perlis ini memfokuskan kepada pemindahan teknologi pembuatan penggalak tanaman organik yang kos efektif, di samping mengurangkan kebergantungan kepada input kimia komersial.

Inovasi Bahan Dapur: Dari Sisa Menjadi 'Emas Hijau'
Sesi taklimat dan amali ini dikendalikan secara komprehensif oleh Encik Nasyriq Naquiddin bin Ahmad, pegawai dari Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Perlis.

Menariknya, tumpuan utama kursus hands-on ini memperlihatkan bagaimana bahan-bahan harian dan domestik mampu diolah menjadi formula penggalak tanaman bermutu tinggi. Antara kombinasi bahan yang digunakan termasuklah:

Sumber Nutrisi & Tenaga: Gula merah, dedak halus, dan air.

Agen Penapaian & Mikrob: Susu segar dan ragi.

Enzim & Vitamin Organik: Nanas, pisang, labu, betik, serta kangkung.

Penggalak Protein & Pengikat Aroma: Telur dan belacan.

Ulasan Pengarang:
Inovasi formasi 'Plant Booster' ini bukan sekadar trend kosmetik pertanian, sebaliknya ia merupakan satu solusi serampang dua mata. Di saat kos baja kimia dunia tidak menentu, pengenalan formula berasaskan bahan organik seperti buah-buahan, belacan, dan susu segar ini membuktikan bahawa sisa domestik mampu dikitar semula menjadi ejen penyubur tanah yang berimpak tinggi. Ini adalah langkah proaktif dalam memelihara ekosistem tanah Perlis untuk jangka masa panjang.

Sinergi Agensi Demi Pekebun Kecil
Program berimpak tinggi ini turut mendapat perhatian pengurusan tertinggi RISDA Negeri Perlis. Kehadiran Puan Norsyahrina binti Salahuddin@Salehuddin, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Perlis, bersama barisan Pegawai Kanan dan kakitangan RISDA membuktikan komitmen jitu agensi tersebut dalam menyerap ilmu pertanian pintar demi manfaat komuniti pekebun kecil di negeri ini.

Melalui perkongsian ini, para pegawai yang hadir dijangka bakal bertindak sebagai 'ejen perubahan' bagi menyebarluaskan kaedah pembuatan organik plant booster ini kepada kump**an sasar di bawah seliaan mereka.

Langkah kolaboratif antara Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan RISDA ini diharap dapat memacu transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih hijau, dinamik, dan mampan, sekali gus menyokong dasar keterjaminan makanan negara.

Photos from RISDA Negeri Perlis's post 25/05/2026

Program PWPK Kg Chelong Perkukuh Peranan Wanita Pekebun Kecil

20 Mei 2026 | 9.30 pagi
Kedai Makan Kak Mah, Kampung Chelong, Perlis

Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Chelong telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh mesra dan harmoni di perkarangan Kedai Makan Kak Mah, Kampung Chelong, Perlis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ismail bin Jaafar selaku Pengarah RISDA Negeri Perlis, Norsyahrina binti Salahuddin @ Salehuddin, Shairul Ambri bin Salim, ketua stesen Kangar, pegawai kawasan serta kakitangan yang terlibat.

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga RISDA dan komuniti pekebun kecil, di samping memperkukuhkan peranan wanita dalam membantu pembangunan sosioekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut diberi pendedahan berkaitan aktiviti komuniti, semangat kerjasama serta kepentingan penglibatan aktif wanita dalam pelbagai program pembangunan luar bandar.

Diharapkan program seperti ini dapat terus menyemarakkan semangat ahli PWPK untuk lebih aktif, berdaya saing dan terus memainkan peranan penting dalam memajukan komuniti pekebun kecil di negeri Perlis.

Photos from RISDA Negeri Perlis's post 25/05/2026

Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kg Semadong Meriahkan Bukit Kedak

17 Mei 2026 | Bukit Kedak, Berseri, Perlis

Program RISDA bersama Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Semadong telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat di Bukit Kedak, Berseri, Perlis pada 17 Mei 2026.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi mengeratkan hubungan komuniti serta memelihara warisan tradisional masyarakat setempat. Antara acara yang mendapat perhatian ialah pertandingan membuat tapai pulut menggunakan daun getah, yang menampilkan kreativiti serta kemahiran peserta dalam menyediakan makanan tradisional warisan turun-temurun.

Pada sebelah petang p**a, program diteruskan dengan aktiviti briskwalk sejauh 5 kilometer yang disertai oleh ahli PWPK serta penduduk sekitar. Aktiviti tersebut bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkasakan peranan wanita pekebun kecil dalam komuniti selain memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Photos from RISDA Negeri Perlis's post 18/05/2026

Kepada pekebun pekebun kecil khususnya, anda semua boleh dapatkan info yang sangat berguna untuk tanaman dan pengiraan kos kebun getah anda.. infografik dan kajian ini telah dibuat sendiri oleh pegawai tertinggi RISDA Negeri Perlis yang turun sendiri ke kebun getah beliau untuk mengusahakan sendiri kebun getah tersebut..
tahniah dan terima kasih kepada Encik Shairul Ambri bin Salim, Pegawai Pertanian di RISDA Negeri Perlis.. Semoga bermanfaat kepada seluruh pekebun kecil..
cc RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah , fans Shazz Shairul

18/05/2026

𝑺𝑰𝑴𝑼𝑳𝑨𝑺𝑰 𝑷𝑬𝑡𝑫𝑨𝑷𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑴𝑬𝑡𝑢𝑹𝑬𝑯

Perkiraan di bawah ini admin dapat dari seorang sahabat yang jauh di sebelah utara sana. Sahabat admin ni orang Perlis.

Pokok sahabat ni berjumlah 228 batang. Dia toreh 3 kali, dapatlah lebih kurang 77Kg yang berjaya dijual dengan harga RM4.52/Kg.

Maka hasil 3 kali torehannya, beliau peroleh pendapatan sekitar RM384.04 bagi 228 batang pokok getah matang miliknya. Resit jualan dia pon ada disertakan sekali.

Alhamdulillah, dengan harga sekarang yang semakin "Bermaruah", admin rasa pendapatan ini agak membantu beliau yang merupakan seorang pekebun kecil getah.

Jika disimulasikan kepada pendapatan sebulan, mengambil kira sahabat ini menoreh sebanyak 13 kali (Tolak hari hujan, giliran hari menoreh), boleh dapat sekitar RM1,508.13 bagi 228 batang pokok getah.

Pada sesetengah orang jumlah ini mungkin kecil, tetapi bagi sesetengah yang lain, inilah penerus kehidupan.

Admin petik kembali sedikit kata-kata sahabat ini;

"Ayuh anak muda yang mana mempunyai kebun jangan biar kosong dan pergilah usaha. Cara saya yang masih bekerja serta masih belajar ni boleh lagi usahakan kebun. Yang penting hidup kena rajin, tu ja nak habaq."

Usaha Tangga Kejayaan.

04/05/2026

YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib , Pengerusi RISDA merakamkan ucapan Sekalung Tahniah kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPPRSM) di atas penganugerahan Kesatuan Pekerja Terbaik Negara (Kategori Badan Berkanun) sempena Sambutan Hari Pekerja yang berlangsung pagi ini di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Teruskan kecemerlangan berkesatuan serta tanamkan semangat seronok bekerja demi Pekebun Kecil Getah seluruh negara. β™₯️

04/05/2026
04/05/2026

πŸ“’ INFO HARGA GETAH DAERAH S*K

πŸ“… Tarikh: 4 MEI 2026 (ISNIN)
πŸ“ Depo: TSK Changhai

πŸ’§ Lateks: RM12.56/kg (termasuk insentif RISDA)
πŸͺ΅ Skrap: RM4.00/kg

⚠️ Harga skrap adalah bergantung kepada tahap kualiti.

πŸ‘‰ Pastikan skrap bersih dan berkualiti untuk harga yang lebih baik!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin atau RPSB:
En. Fadzli – 017-8612900
En. Fahmizi – 012-9664506
En. Tarmizi – 012-3483938

fans Following

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO. 64-G, Jalan RAJA SYED ALWI
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00