Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Laman Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mulai tahun 2024
12/06/2026
MAJLIS SERAHAN SST DAN AKU JANJI PROJEK QUICK WIN BILIK DARJAH (BD) TAMBAHAN UNTUK TAHUN 1 BAGI TAHUN 2027 BAGI 5 BUAH SEKOLAH DI BAWAH JPN NEGERI PERLIS
25 Mei 2026 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Aku Janji oleh pihak kontraktor yang terpilih bagi projek-projek di bawah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman dan diiringi oleh Wakil daripada JPN.
Senarai projek adalah seperti berikut:
1. PEMBINAAN 2 BD ALIRAN PERDANA SEKOLAH INSTITUT PENGURUAN MALAYSIA (IPGM)
2. PEMBINAAN 2 BD ALIRAN PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG
3. PEMBINAAN 2 BD ALIRAN PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN
4. PEMBINAAN 2 BD ALIRAN PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR UTARA
5. PEMBINAAN 2 BD ALIRAN PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA LUBUK SIREH
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
12/06/2026
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN AKU JANJI
📍 Bilik Mesyuarat Utama, JKR Perlis
đź“… 12 Jun 2026
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Aku Janji bagi Projek Quick Win Pembinaan 4 Bilik Darjah Tambahan (Aliran Perdana) Tahun 1 Sesi 2027 di Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis.
Surat Setuju Terima telah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik, MSSH Utama Corporation Sdn. Bhd., bagi melaksanakan projek mengikut skop, spesifikasi dan tempoh yang telah ditetapkan.
Diharapkan pelaksanaan projek ini dapat berjalan lancar serta menyumbang kepada peningkatan kapasiti dan kemudahan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sena, selaras dengan aspirasi memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua.
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia
11/06/2026
SELAMAT MAJU JAYA
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada
Ir. Nazrul Izham bin Bisnan
Jurutera Awam Kanan J10
Atas segala jasa, komitmen, dedikasi serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang di tempat baharu.
"Jasa Dikenang, Budi Disanjung, Kenangan Terpahat Selamanya."
8 Jun 2026
Ucapan Tulus Ikhlas Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
11/06/2026
SELAMAT DATANG
Ke Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
Ir. Mohd Hafizi bin Mat Akhir
Jurutera Awam Kanan J12
Selamat datang dan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan serta penempatan di Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Semoga kehadiran Tuan akan terus memperkukuhkan kecemerlangan organisasi melalui pengalaman, kepakaran dan kepimpinan yang dimiliki, seterusnya menyumbang ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berintegriti.
"Bebakti Dengan Amanah, Berkhidmat Dengan Dedikasi"
3 Jun 2026
Ucapan Tulus Ikhlas Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
11/06/2026
SELAMAT MAJU JAYA
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada
Ir. Tan Boon Seng
Jurutera Awam Kanan J12
Atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Semoga terus mencapai kejayaan, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam setiap langkah serta amanah baharu yang bakal ditempuhi.
"Jasa Dikenang, Budi Disanjung, Kenangan Terpahat Selamanya."
14 Mei 2026
Ucapan Tulus Ikhlas Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
10/06/2026
📢NOTIS SEBUT HARGA
▶️No. Sebutharga: JKR.PS.Q.SH(BGN) F121/2026(K)
📲Pendaftaran sebutharga bagi kontraktor dijadualkan
pada 10 hingga 12 Jun 2026 melalui pautan: https://s3pk.jkr.gov.my/pc2/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260610083524304
➡️Rujuk gambar untuk maklumat selanjutnya
10/06/2026
📢NOTIS SEBUT HARGA
▶️No. Sebutharga:
JKR.PS.Q.SH(MEK) S120/2026(K)
📲Pendaftaran sebutharga bagi kontraktor dijadualkan
pada 10 hingga 12 Jun 2026 melalui pautan: https://s3pk.jkr.gov.my/pc2/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260609171124971
➡️Rujuk gambar untuk maklumat selanjutnya
08/06/2026
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia.
Semoga YBhg. Dato’ dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan kecemerlangan JKR serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara.
PUTRAJAYA, 8 JUN 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui penyerahan watikah pelantikan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 8 Jun 2026.
YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa memiliki ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasilti awam selama 32 tahun. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) sejak tahun 2024 dan berperanan penting dalam memperkukuh pembangunan projek kerajaan, tadbir urus teknikal dan kemudahan awam.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan ini. Seluruh warga JKR Malaysia akan memberikan komitmen penuh kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa sebagai KPKR JKR Malaysia dalam menerajui JKR ke arah kecemerlangan serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia
06/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2026 bersamaan 20 Zulhijjah 1447H.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta limpahan rahmat, dan terus bersemayam memayungi Negeri Perlis dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada rakyat jelata.
Sembah takzim daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
05/06/2026
📢 NOTIS KERJA UNDI MARRIS NEGERI PERLIS TAHUN 2026
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Kerja Undi Perdana MARRIS Negeri Perlis Tahun 2026.
âś… Kelayakan Permohonan:
• Berdaftar dengan CIDB di Negeri Perlis
• Memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB)
• Memiliki Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah
• Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE21
• Tempoh sah sijil tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup iklan
đź“‹ Maklumat Kerja Undi
• Bilangan Projek: 44 Projek
(JKR: 13 | JPS: 16 | BPD: 15)
đź—“ Tempoh Pendaftaran Dalam Talian
05 Jun 2026 hingga 11 Jun 2026
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang
đź”— Pautan Pendaftaran
https://s3pk.jkr.gov.my/pc2/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260526144821337
📍 Cabutan Kerja Undi
đź—“ 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 3.00 petang
📡 Disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
⚠️ Perhatian
Kontraktor yang berminat hendaklah memastikan profil syarikat telah didaftarkan dan disahkan dalam Sistem Pengurusan Projek dan Pemantauan Kerja (S3PK) Negeri Perlis sebelum tarikh tutup pendaftaran. Hanya kontraktor yang memenuhi syarat dan tidak dikenakan penggantungan atau tindakan tatatertib oleh CIDB/PKK layak menyertai kerja undi ini.
📞 Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Berkaitan, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
K. M, 3, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:15 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |