IKRAM Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKRAM Perlis, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Padang Nyu, Kangar.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Perlis adalah sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.
23/08/2026
Politik merupakan satu medium penting dalam sesebuah negara demokrasi untuk menentukan hala tuju pentadbiran, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan masa depan sesebuah negara.
Namun begitu, apabila politik mula didominasi oleh sentimen seperti perkauman, agama, wilayah atau kebencian terhadap kelompok tertentu, ia akan menghakis perpaduan masyarakat dan menjejaskan kemajuan negara.
Politik sentimen merujuk kepada pendekatan politik bagi meraih sokongan dengan mengeksploitasi emosi yang mewujudkan prasangka negatif dan akhirnya melahirkan identiti masyarakat.
Politik sentimen tidak menawarkan dasar, solusi, idea dan data yang membina dan mengukuh. Fenomena ini semakin ketara dalam era media sosial apabila maklumat dapat disebarkan dengan pantas tanpa tapisan dan kajian yang mencukupi.
Baca artikel penuh di ruangan komen๐ฒ
23/08/2026
Jom!!
๐ข JOM SERTAI! TAMRIN NEXT GEN UMMAH 2026
Program khas membina generasi muda berteraskan kepimpinan Islam, ilmu, ukhuwah dan pembentukan jati diri.
๐
Tarikh: 1 โ 2 September 2026 (Isnin โ Selasa)
๐ Tempat: Masjid Al-Kauthar, Kampung Paya, Perlis
Terbuka kepada:
โ
Tingkatan Enam
โ
Lepasan STPM/STAM
โ
Lepasan Asasi/Matrik
Antara pengisian:
๐น Kepimpinan berteraskan Islam
๐น LDK & aktiviti interaktif
๐น Pembentukan jati diri & akhlak
๐น Ilmu, inspirasi & motivasi
๐น Rangkaian persahabatan & ukhuwah
๐น Pengalaman yang berharga
๐ฒ DAFTAR SEKARANG!
Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran.
โMembina Belia Rabbani, Memimpin Ummah Bestariโ
23/08/2026
Yayasan Ikram Malaysia Negeri Perlis Ziarah Mangsa Kebakaran RPA Mata Ayer
Yayasan Ikram Malaysia Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan ziarah kepada mangsa kebakaran di RPA Mata Ayer bagi menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada keluarga yang ditimpa musibah.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan kediaman mangsa musnah 100%. Alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Dalam kunjungan ini, Ustaz Amirul Ehsan turut menyampaikan tazkirah dan memberikan nasihat serta penguatan rohani kepada mangsa dan para hadirin. Beliau turut mengajarkan doa yang diajarkan oleh Rasulullah ๏ทบ kepada Ummu Salamah ุฑุถู ุงููู ุนููุง ketika ditimpa musibah:
ุงููููููู
ูู ุฃูุฌูุฑูููู ููู ู
ูุตููุจูุชููุ ููุฃูุฎููููู ููู ุฎูููุฑูุง ู
ูููููุง
โYa Allah, berilah pahala kepadaku atas musibah yang menimpaku, dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.โ
Doa ini mengingatkan kita bahawa setiap musibah yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT. Kita dianjurkan untuk bersabar, mengharapkan pahala daripada Allah dan meyakini bahawa Allah SWT mampu menggantikan sesuatu yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.
Semoga Allah SWT meringankan beban keluarga mangsa, memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka serta menggantikan segala kehilangan dengan kebaikan yang lebih besar. Semoga segala urusan mereka untuk membina kehidupan semula dipermudahkan.
Yayasan Ikram Malaysia Negeri Perlis
- Prihatin, membantu dan bersama masyarakat. -
22/08/2026
IKRAM KANGAR CAKNA PENDIDIKAN, PERKASA KECEMERLANGAN PELAJAR
Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Kangar telah melaksanakan Ceramah dan Bimbingan Matematik Tambahan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Lailatul Shareen pada 22 Ogos 2026.
Program ini disampaikan oleh Dr. Aishanuddin yang berkongsi ilmu, panduan dan teknik pembelajaran bagi membantu para pelajar meningkatkan kefahaman serta penguasaan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IKRAM Kangar yang cakna terhadap bidang pendidikan, di samping memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan potensi pelajar.
IKRAM Kangar percaya bahawa pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam membina generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Semoga usaha dan perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada para pelajar serta menjadi pemangkin untuk mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Terima kasih kepada Dr. Aishanuddin, pihak Sekolah Lailatul Shareen serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
IKRAM Kangar โ Cakna Pendidikan, Membina Generasi Berkualiti.
22/08/2026
๐ฒ๐พ PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN 2026 ๐ฒ๐พ
22 Ogos 2026 | Masjid Al-Amin Sempering, Kangar, Perlis
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Semarak Kemerdekaan 2026 di Masjid Al-Amin Sempering, Kangar, Perlis.
Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Al-Amin Sempering, IKRAM Kawasan Kangar dan KRT Sempering, dengan kerjasama MPKK Sempering, JPKKP Sempering, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, ProtectHealth, Zaharah Eyecare dan Petronas Dagangan Berhad.
Pelbagai aktiviti telah disusun bagi mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat kemerdekaan, melibatkan peserta i-Senior dan i-Junior. Antaranya senamrobik dan chairrobics, saringan kesihatan asas kanak-kanak, ceramah kesihatan, perkongsian pemakanan sihat, cabaran memasak, pertandingan gubahan, aktiviti kreativiti serta Jom Buat Wrap Merdeka.
Program turut diserikan dengan perkongsian kemerdekaan serta penyampaian hadiah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.
IKRAM Kawasan Kangar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
๐ท Khususnya, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Wanita IKRAM Kangar yang telah terlibat secara langsung dalam persiapan, pengurusan dan pelaksanaan program ini. Komitmen, tenaga dan kesungguhan yang dicurahkan amat kami hargai dan menjadi antara kekuatan utama dalam memastikan program berjalan lancar.
Semoga usaha kecil ini terus menjadi medan untuk membina ukhuwah, memperkukuh hubungan masyarakat, menyemarakkan semangat patriotisme serta membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kerjasama dan ukhuwah ini terus diperkasakan pada masa akan datang.
๐ฒ๐พ Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2026!
Kita Merdeka, Kita Bersama.
21/08/2026
Khalid al-Walid: Legasi Sebenar Bukan Pada Jawatan
"Sesiapa pun sering mengukur kejayaan seorang pemimpin melalui kemenangan yang dicapainya. Selagi menang, dirinya dianggap wajar terus memimpin. Selagi membawa kejayaan, sebarang keputusan yang dibuatnya dianggap benar. Namun, sejarah Islam merakamkan satu peristiwa agung yang meruntuhkan cara berfikir seperti ini."
"...Peristiwa ini bukan tentang pertukaran jawatan, tetapi satu manifestasi bagaimana Islam membina kepimpinan yang berasaskan prinsip, bukannya pemujaan terhadap individu."
Baca artikel penuh di ruangan komen๐ฒ
21/08/2026
Malaysia sedang memasuki era baharu dalam perkembangan demokrasinya. Selepas lebih enam dekad merdeka, rakyat semakin matang membuat penilaian terhadap kerajaan dan pemimpin yang dipilih.
Persoalan yang semakin relevan ialah: adakah pilihan politik kita masih didorong oleh sentimen identiti atau sudah beralih kepada prestasi dan keupayaan mentadbir?
Politik identiti bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah negara. Sejak sebelum merdeka, isu agama, bangsa, bahasa dan wilayah menjadi sebahagian daripada pembentukan landskap politik Malaysia.
Baca artikel penuh di ruangan komen๐ฒ
21/08/2026
Terima kasih Yayasan Ikram Malaysia
20/08/2026
Semua langkah untuk memperkukuh keterjaminan makanan, rantaian bekalan dan daya tahan ekonomi memerlukan pembiayaan yang berterusan.
Ironinya, ketika kenaikan harga minyak meningkatkan tekanan terhadap rakyat dan sektor perniagaan, keadaan yang sama juga boleh meningkatkan hasil negara daripada sektor petroleum. Persoalannya ialah, bagaimana hasil tambahan tersebut dimanfaatkan?
Kenaikan harga minyak memberi ruang kepada kerajaan memperoleh pendapatan tambahan daripada sektor minyak dan gas. Namun, hasil ini tidak wajar dilihat sebagai ruang untuk meningkatkan perbelanjaan semasa secara berlebihan. Sebaliknya, sebahagian daripada hasil tersebut boleh digunakan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam jangka panjang.
Antaranya termasuk meningkatkan keterjaminan makanan, memperkukuh kecekapan tenaga dalam sektor industri, memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharu, menaik taraf sistem pengangkutan awam serta mewujudkan dana penstabilan bagi menghadapi turun naik harga minyak pada masa hadapan.
Pendekatan ini penting kerana hasil petroleum sendiri bergantung kepada turun naik harga minyak dunia. Selepas kejatuhan harga minyak pada tahun 2014, hasil berkaitan petroleum Malaysia dilaporkan merosot daripada sekitar RM66 bilion kepada RM31 bilion dalam tempoh dua tahun. Pengalaman tersebut menunjukkan bahawa hasil luar biasa tidak boleh dijadikan asas kepada komitmen fiskal yang bersifat kekal.
Baca artikel penuh di ruangan komen๐ฒ
Rawat kalau kita ada kemampuan. Sebab dadah termasuk dalam undang-undang takzir. โ M***i WP
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Jalan Padang Nyu
Kangar
01000