KEMAS Perlis
"Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"
16/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ด๐
Awal Muharram hadir membawa lembaran baharu. Hijrah bukan sekadar perpindahan waktu, tetapi perjalanan jiwa menuju kehidupan yang lebih diredhai Allah. Semoga 1448H membawa keberkatan, ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.
"๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ, ๐จ๐บ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ถ"
๐๐ธ๐ต๐น๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ:
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ
๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง (๐๐๐ ๐๐ฆ)
๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
16/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ
16 Jun 2026 | Selasa - Prihatin terhadap kebajikan warga KEMAS yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, kunjungan ๐ญ๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต telah diadakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, En. Mohamad Zaki bin Hj. Ismail. Turut sama hadir ialah En. Mahazir bin Ghazali, Pengerusi KESATERIA Negeri Perlis bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kepada ๐ฃ๐ป. ๐ก๐ผ๐ฟ๐ณ๐ฎ๐๐น๐ถ๐๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐๐ถ๐, ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐ง๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ. Beliau kini sedang menghadapi ujian penyakit kencing manis yang telah mengakibatkan kehilangan penglihatan pada kedua-dua belah mata sekali gus menjejaskan keupayaan beliau untuk meneruskan tugas seperti biasa.
Sebagai tanda solidariti dan kasih sayang warga KEMAS, KESATERIA Cawangan Negeri Perlis telah menyampaikan sumbangan di bawah kategori ๐๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐ฆ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข ๐๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ๐ช ๐๐ช๐จ๐ข (3) ๐๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ฌ๐ช๐ฃ๐ข๐ต ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ๐ช๐ต ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐๐ฆ๐ฎ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ yang berjumlah RM600.00. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis yang juga merupakan Penasihat KESATERIA Cawangan Negeri Perlis.
Sesungguhnya, setiap ujian yang hadir adalah tanda kasih sayang-Nya. Semoga Pn. Norfazliza binti Aziz atau lebih mesra disapa 'Kak Oja' terus dikurniakan kekuatan jiwa, ketabahan hati dan semangat yang tinggi dalam menempuh ujian. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan serta melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya buat beliau dan keluarga.
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
15/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐-๐๐๐ง๐จ๐ ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
15 Jun 2026 | Bertempat di Bilik Mesyuarat KEMAS Negeri Perlis.
Telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Kerja Ketua-Ketua Unit Jabatan KEMAS Negeri Perlis Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, En. Mohamad Zaki bin Hj. Ismail.
Mesyuarat tersebut diadakan sebagai medium penyelarasan dan pemantapan gerak kerja antara ketua-ketua unit dalam memastikan pelaksanaan program serta aktiviti jabatan berjalan dengan lebih sistematik, berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan strategik, pengukuhan tadbir urus, pemantauan pelaksanaan program serta usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan sejajar dengan aspirasi dan matlamat Jabatan KEMAS.
Diharapkan segala perancangan dan keputusan yang telah dicapai melalui mesyuarat tersebut dapat diterjemahkan dengan berkesan dalam pelaksanaan tugas, seterusnya memperkasakan kecemerlangan organisasi dan mempertingkat mutu perkhidmatan yang diberikan.
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
13/06/2026
12/06/2026
12/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐.๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh pembangunan modal insan negara melalui pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Sejak penubuhannya, KEMAS telah menjadi medan pendidikan pertama kepada lebih 8.4 juta anak Malaysia, dengan rangkaian TABIKA dan TASKA KEMAS kini merangkumi hampir 11,113 lokasi di seluruh negara.
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pencapaian ini adalah komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan awal yang berkualiti dapat dinikmati oleh masyarakat, khususnya di kawasan desa dan luar bandar.
Selaras dengan aspirasi ๐๐๐ข๐ ๐พ๐๐๐ฃ๐๐๐ง KKDW, kementerian akan terus memberikan sokongan melalui penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan premis TABIKA serta TASKA KEMAS demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti untuk generasi masa hadapan.
Klik berita penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/pendidik-kemas-perlu-guna-pendekatan-baharu-pendidikan-awal-kanak-kanak/
10/06/2026
๐ซ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐-๐๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐จ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Kanak-Kanak TABIKA KEMAS sempena ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐๐ฎ๐ต๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ธ๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ด๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ-๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ง๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS (PKM) Alor Tampang, Beseri, Perlis.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Siti Bereni binti Yahaya yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Komuniti KEMAS Parlimen Padang Besar. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dalam memastikan kebajikan serta keperluan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi perhatian. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Tijah binti Hasan, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Perlis.
Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak TABIKA KEMAS serta menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menimba ilmu dalam suasana pembelajaran yang lebih selesa, ceria dan kondusif.
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
10/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada warga pendidik KEMAS Negeri Perlis yang telah mengharumkan nama negeri dengan kejayaan cemerlang sempena Sambutan Hari Pendidik KEMAS Tahun 2026.
Kejayaan ini merupakan manifestasi komitmen, dedikasi serta kecemerlangan berterusan dalam memperkasakan pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, selaras dengan aspirasi KEMAS untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing.
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ก๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ก๐ฆ๐๐
๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฎ๐ก ๐๐ซ๐๐ฎ
๐ฅ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฆ๐ข๐ซ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ ๐๐๐ก๐ข๐ฆ
๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฐ๐ข, ๐๐ซ๐๐ฎ
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEMAS dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, holistik dan berimpak tinggi.
TAHNIAH DAN SYABAS !
๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
10/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
PUTRAJAYA, 10 Jun โ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BPAK) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Borang Pemantauan ke Arah Pendigitalan KEMAS di Ibu Pejabat KEMAS.
Bengkel yang dirasmikan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man itu bertujuan menyelaras, menyeragam dan menambah baik instrumen pemantauan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK) ke arah sistem yang lebih holistik, bersepadu dan berteraskan pendigitalan.
Inisiatif ini selaras dengan Pelan Transformasi Digital PAK KEMAS 2023โ2032 bagi memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memastikan pemantauan lebih efektif.
Fokus utama bengkel merangkumi penyelarasan instrumen pemantauan, pemerkasaan pendigitalan pengurusan, penambahbaikan kualiti pemantauan serta pengukuhan standard perkhidmatan di TABIKA dan TASKA KEMAS seluruh negara melalui sistem KEMAS EduCeria.
10/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Selasa, 9 Jun 2026 - Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Alor Tampang, Perlis menjadi saksi berlangsungnya Program Kayuhan KEMASโMAIPs Peduli Bil. 47 Tahun 2026 yang diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berkenan mencemar duli menyertai Program Kayuhan KEMAS โ MAIPs Peduli Bil. 47/2026, sebuah inisiatif yang menggabungkan elemen gaya hidup sihat, kebajikan dan kemasyarakatan dalam usaha mendekati rakyat serta menyantuni golongan yang memerlukan.
Program dimulakan dengan sesi kayuhan bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang turut berkenan menyantuni beberapa keluarga asnaf yang telah dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Keberangkatan baginda mencerminkan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis kemudiannya berkenan berangkat tiba di PKM KEMAS Alor Tampang Perlis bagi meninjau pelaksanaan Bengkel Jahitan dan Bengkel Seni Tangan KEMAS. Lawatan ini memberi peluang kepada baginda untuk melihat dengan lebih dekat usaha KEMAS dalam memperkasa masyarakat melalui pembangunan kemahiran, peningkatan pengetahuan serta penghasilan produk yang mampu menjana pendapatan komuniti setempat.
Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, En. Mohamad Zaki bin Haji Ismail, yang merafak sembah menjunjung kasih atas kesudian DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mencemar duli serta memberikan sokongan yang amat bermakna terhadap pelaksanaan program-program pembangunan masyarakat di negeri ini.
Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, En. Mohamad Zaki bin Haji Ismail turut menyempurnakan penyampaian cenderakenangan kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.
Sesungguhnya, keberangkatan dan keprihatinan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh semangat kebersamaan, menyemai nilai kasih sayang serta mempererat hubungan antara institusi dan masyarakat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Perlis yang tercinta.
Ampun Tuanku !
๐ท๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐
๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐น๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐
๐จ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ฒ๐ฌ๐ด๐จ๐บ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ซ๐๐๐๐ ๐
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
TINGKAT BAWAH BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |