FAMA Negeri Perlis
PEJABAT FAMA NEGERI PERLIS
13/06/2026
Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah dan Penghargaan atas komitmen semua peserta Program FAMA Agropreneur Tour (FAT) 2026 : Kursus Smart Financial Tools For Agropreneur & Onboarding/Hands On Agrobazaar Online Siri 4/2026. Tidak lupa juga terima kasih sentiasa bersama dan memberi sokongan kepada FAMA dalam usaha pemerkasaan sektor agromakanan dan keusahawananan di negeri Perlis.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia
13/06/2026
13 Jun 2026 | FAMA Negeri Perlis meneruskan agenda memperkasakan sektor keusahawanan dan agromakanan di Perlis melalui penganjuran Program FAMA Agropreneur Tour (FAT) 2026 yang telah disempurnkan perasmian penutup oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
Program FAMA Agropreneur Tour (FAT) bukan sahaja memberi pendedahan kepada peluang dan potensi sektor agromakanan, malah turut menekankan aspek pengurusan kewangan yang cekap dan mampan melalui kursus โSmart Financial Tools For Agropreneur โ yang disampaikan oleh Pn Rizalniyani binti Abdul Razak, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR).
Selain itu, program ini juga salah satu platform untuk FAMA menyampaikan maklumat dan perkhidmatan pemasaran digital melalui portal Agrobazaar Online dengan pelaksanaan Onboarding & Hands On Agrobazaar Online Siri4/2026 melibatkan seramai 40 orang usahawan.
Dalam memastikan matlamat program untuk memperluaskan lagi pengetahuan usahawan berkaitan pengurusan kewangan tercapai turut diadakan sesi taklimat oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Rashid Bahri
Anzara Azizan
Instagram Rasmi FAMA
13/06/2026
13 Jun 2026 | Sekitar Program FAMA Agropreneur Tour (FAT) 2026 membabitkan Kursus Smart Financial Tools For Agropreneur dan Onboarding/Hands-On Agrobazaar Online di Dewan Melati Pejabat FAMA Negeri Perlis.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia
13/06/2026
12 Jun 2026 | Dalam memperkasakan sektor agropelancongan di negeri Perlis, FAMA bersama MOTAC Negeri Perlis telah mengadakan satu sesi lawatan pemantauan dan libat urus bersama pengusaha projek Country Road Homestay By The Way Cafe di Simpang Empat, Perlis.Sesi ini diketuai oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
Dalam sesi itu, turut disampaikan taklimat operasi projek yang disampaikan oleh Miss Thow Ren Ning(Lemon), Pengurus Country Road Homestay By The Way Cafe .
Projek agropelancongan ini melibatkan operasi pusat penginapan(homestay) dan cafe yang mula beroperasi sejak 2023 menfokuskan alam sekitar dan produk pertanian negeri Perlis.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Rashid Bahri
Anzara Azizan
Instagram Rasmi FAMA
11/06/2026
11 Jun 2026 | Lawatan pemantauan cadangan pembangunan Pusat Agropelancongan oleh FAMA Negeri Perlis bersama Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC) Negeri Perlis ke projek tanaman yang diusahakan oleh Syarikat Impianan Utara Plantation Sdn Bdn di Felda Chuping, Perlis.
Inisiatif ini adalah berikutan perbincangan antara kedua pihak untuk memperkasakan sektor agromakanan melalui pembangunan pusat agropelancongan semasa Kunjungan Hormat MOTAC Negeri Perlis ke atas FAMA pada 20 Mei 2026. Sesi ini diketuai oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis bersama EN Muhammad Faidzul bin Awang Bakar, Pengarah MOTAC Negeri Perlis.
Taklimat projek tanaman kelapa pandan dan duriaan seluas hampir 90 hektar ini disampaikan oleh YBhg Dato Syed Tajul Arif, Pengurus Projek.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Rashid Bahri
Anzara Azizan
Instagram Rasmi FAMA
11/06/2026
๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐ ๐โจ
๐ Jom meriahkan suasana malam hujung minggu anda di Pasar Tani Kekal Simpang Empat @ Night! ๐
๐ Mula Beroperasi: ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
๐
Setiap Hari Sabtu
โฐ 5.00 Petang โ 12.00 Tengah Malam
๐ Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis
๐ Pelbagai tarikan menanti anda:
โ
Aneka makanan & minuman yang menyelerakan
โ
Produk usahawan tempatan berkualiti
โ
Suasana santai bersama keluarga dan rakan-rakan
๐ฌ Tempat Makan, Tempat Belanja, Tempat Menjana Pendapatan!
๐ฃ PENYERTAAN USAHAWAN MASIH DIBUKA!
Adakah anda seorang usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan?
๐ฅ Rebut peluang berniaga di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dan bertemu pelanggan baharu setiap minggu!
๐ Daftar sekarang melalui pautan berikut:
Borang Penyertaan Usahawan PTK Simpang Empat
๐ Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐ฑ En. Eizaz : 019-895 5263
๐ฑ En. Mawardi : 012-519 4714
๐ฑ En. Hafis : 017-481 0458
๐ธ Jangan lupa tag keluarga dan rakan-rakan yang s**a port makan best dan suasana santai malam minggu!
11/06/2026
10 Jun 2026 | Lawatan Kerja Yang Berhormat Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis ke Sechaone Cafe, salah satu outlet Agropelancongan FAMA di Negeri Perlis.
Program ini adalah salah satu inisiatif memperkenalkan outlet-outlet FAMA yang dibangunkan untuk tarikan pelancongan kepada pentadbiran kerajaan negeri Perlis selain kolabrasi dalam memperhebatkan lagi sektor agropelancongan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
Ketibaan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis disambut oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA negeri Perlis dan En Mohamad Syafiq bin Zahir, Pengusaha Sechaone Cafe.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Rashid Bahri
Anzara Azizan
Instagram Rasmi FAMA
09/06/2026
9 Jun 2026 | Pelaksanaan Jualan Agro MADANI sempena Karnival Keusahawanan dan Kelestarian (KKdK) 2026 bermula 9 hingga 11 Jun 2026 di UniMAP Pauh Putra, Perlis.
Pelaksanaan ini melibatkan penyertaan 30 orang usahawan bimbingan FAMA bagi komoditi seperti sayur, buah, makanan, minuman dan produk IMAT.
officialmedia
bahri.1 official malaysia
08/06/2026
8 Jun 2026 | Pencarian Usahawan โBest Of The Bestโ bagi Segmen Food Empire MAHA 2026 melibatkan menu Nasi Ulam Perlis diketuai oleh YBrs En Mohd Fakrul Hayat bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pembangunan Industri Agro Makanan) FAMA Negeri Perlis.
Pencarian ini melibatkan 3 orang usahawan bimbingan FAMA Negeri Perlis di premis mereka sekitar negeri Perlis.
Turut bersama En Khairel Ezwan bin Saad, Pensyarah
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan Kolej Komuniti Arau, Perlis.
officialmedia
bahri.1
malaysia
08/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!!
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!!
Ayuh dapatkan barangan keperluan harian dangan kadar penjimatan 10%-30% di Jualan Agro Madani!!!
Tarikh : 9 -11 Jun 2026
Masa : 8.00 Pagi-6.00 Petang
Tempat : Dataran Dewan Ilmu,
UniMAP Pauh Putra, Perlis
Pelbagai jualan istimewa kami bawakan untuk andaโ๏ธ
Jangan lepaskan peluangโ๏ธ
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
KM 2, Jalan Kangar - Alor Setar, Behor Temak
Kangar
01000