CGSO Perlis
"RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"
"LINDUNGI ASET NEGARA"
12/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐ - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti tinggi dalam perkhidmatan.
Pejabat CGSO Negeri Perlis turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
1. YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas kenaikan pangkat. Semoga dengan pelantikan ini, amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat diteruskan dengan lebih cemerlang demi memperkukuh keselamatan negara.
2. Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin
Penolong Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan wajar menjadi contoh kepada seluruh warga CGSO.
YBhg. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua warga CGSO dan berharap agar penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Syabas dan tahniah!
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง - YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Abd Shukor, Pengarah Pejabat CGSO Perlis telah mengadakan Ziarah Kasih ke atas YBrs. Tuan Roselan Bin Mohamed, Pengarah Institut Latihan Keselamatan Perlindungan (ILKEM) yang sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara. Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Noor Asa binti Elang, Pengarah Pejabat CGSO Negeri Perak.
Ziarah ini sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan.
Semoga YBrs. Tuan Roselan Bin Mohamed dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐จ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ - Pemeriksaan Keselamatan Ruang Pejabat Pelanjutan bagi Pejabat PAROL Negeri Perlis dan Ruang Pejabat Baharu bagi Pejabat JKPTG Perlis telah dilaksanakan oleh Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan serta dibantu oleh Puan Haznida binti Baharom dan Puan Wan Nor Azzuria binti Megat Taib dari Unit Keselamatan Perlindungan, Pejabat CGSO Negeri Perlis.
23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ฎ - Lawatan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan (KLTL) di Balai Polis Kuala Perlis yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Sobri, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan serta dibantu oleh Encik Dedi Suriadi bin Abu Seman dan Puan Kashida binti Kasim dari Unit SP/KLTL Pejabat CGSO Negeri Perlis.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk menilai dan memantau tahap Keselamatan Perlindungan di instalasi yang telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ - Pejabat CGSO Negeri Perlis selaku Urus Setia Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Perlis telah melaksanakan Pemeriksaan Penilaian Keselamatan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perlis merangkap Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Perlis bersama Ahli Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting Negeri Perlis ke Ibu Sawat TM Kangar, Perlis.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melaksanakan penilaian aspek tahap Keselamatan Perlindungan di instalasi Sasaran Penting Negeri Perlis.
14/04/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐จ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐ช๐๐๐ง๐จ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐
๐ Sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ ๐ฏ๐ฎ๐๐ถ๐ธ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฏ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐ถ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐น๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐.
๐ Pemakaian baju korporat p**a digariskan di perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3 bahawa Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas.
๐ Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 April 2026 yang telah menetapkan agar suhu penyaman udara di ruang pejabat Kerajaan diselaraskan kepada suhu minimum 24ยฐC sebagai langkah penjimatan tenaga, Kerajaan menggalakkan pegawai memakai baju batik mengikut ketetapan Ceraian UP.7.2.3 sebagaimana di perenggan dua (2) surat ini. Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada hari Khamis. Namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam.
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Pautan: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemakaian-baju-batik-dan-baju-korporat-semasa-waktu-bekerja
02/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐/๐๐๐๐
๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ - Mesyuarat Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Negeri Perlis Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perlis selaku setiausaha JSPN Negeri Perlis.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YDH DCP Dato' Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis bersama-sama Ahli-ahli JSPN Negeri Perlis dan Wakil-wakil jabatan yang terlibat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sasaran penting Negeri, kawasan larangan dan tempat larangan di Negeri Perlis.
27/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐. ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ฑ๐ฎ (๐ ๐๐๐) ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐
๐. ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐
๐. ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐
๐. ๐๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ, ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐
๐ฎ๐ณ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐ - Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan telah dilaksanakan oleh Pasukan Inspektorat, Unit Keselamatan Perlindungan, Pejabat CGSO Negeri Perlis yang diketuai oleh Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan serta dibantu oleh Puan Haznida binti Baharom, Ketua Pembantu Keselamatan Kerajaan dan Puan Wan Nor Azzuria binti Megat Taib, Pembantu Keselamatan Kerajaan.
Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan ini diadakan bertujuan untuk menilai aspek Keselamatan Perlindungan dan meningkatkan lagi kualiti serta penambahbaikan keselamatan perlindungan dari aspek pengurusan Keselamatan Fizikal di Jabatan Kerajaan/ Sekolah-sekolah pada bila-bila masa dari semasa ke semasa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI PERLIS, TINGKAT 5, BANGUNAN PERSEKUTUAN KANGAR, PERSIARAN JUBLI EMAS
Kangar
01000