Minda Genius

Minda Genius

Share

🌟 Minda Genius - Revolusi Kesihatan Mental Anda! 🌟

28/08/2024
22/08/2024

Assalamualaikum, cara belajar yang terbaik adalah belajar dengan belajar daripada kegagalan 🥰

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 15/08/2024

hurmmmm

14/08/2024

kenapa nak marah kalau boleh senyum kan? Betul tak ?

13/08/2024

AGAMA ITU NASIHAT

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Pengajaran hadis:

1)Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani.

2) Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

3)lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.

4)Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

10/08/2024

Jom semua !!! Trust the process 🥰🥰 Nak berjaya perlukan process !!! Jangan kalut 😆😆

06/08/2024

𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐥𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 ?⁣

Setiap pagi adalah perjuangan tersendiri bagi para ibu, betul tak semua ? hari ni pun dengan kisah yang sama, bergelut dengan anak dulu sebelum ke sekolah. ⁣

Ada tak kisah bergelut dengan anak-anak macam saya setiap pagi ?⁣



05/08/2024

Hai parents semua !!! Harini kita akan berkongsi tentang kandungan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kandungan makanan yang baik untuk kanak-kanak adalah yang memenuhi keperluan pemakanan mereka untuk menyokong pertumbuhan, perkembangan, dan tenaga mereka sepanjang hari. Berikut adalah panduan tentang nutrien penting yang perlu ada dalam diet kanak-kanak, beserta contoh makanan yang kaya dengan nutrien tersebut:

1. KARBOHIDRAT
- Manfaat: Memberikan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan perkembangan otak.
-Contoh makanan :-
a - Bijirin penuh (oat, beras perang, quinoa)
b - Roti gandum
c - Ubi keledek
- Pasta gandum penuh

2. PROTEIN
Manfaat : Penting untuk pembentukan otot, sel, dan tisu tubuh. Juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan.
- Contoh makanan :-
a - Daging tanpa lemak (ayam, daging lembu, ikan)
b - Telur
c - Kacang-kacangan (kacang merah, lentil, chickpeas)
d - Produk tenusu (susu, yogurt, keju)
e - Sumber protein berasaskan tumbuhan (tahu, tempe)

3. LEMAK SIHAT
Manfaat : Menyokong perkembangan otak dan sistem saraf. Juga membantu penyerapan vitamin larut lemak.
- Contoh makanan :-
a - Avokado
b - Kacang-kacangan dan biji-bijian (kacang badam, walnut, chia
seeds)
c - Minyak zaitun
d - Ikan berlemak (salmon, sardin)

4. VITAMIN DAN MINERAL
Manfaat :- Memastikan fungsi tubuh yang normal, sistem imun yang kuat, dan kesihatan tulang.
-Contoh makanan :-
a - Vitamin A: Wortel, labu, bayam
b - Vitamin C: Oren, strawberi, brokoli
c - Vitamin D: Susu diperkaya, ikan berlemak, cahaya matahari
(melalui kulit)
d - Kalsium: Susu, yogurt, keju, sayur hijau
e - Zat Besi: Daging merah, ayam, sayur hijau, bijirin diperkaya

5. SERAT
Manfaat :- Membantu pencernaan dan mencegah sembelit.
- Contoh makanan :-
a - Buah-buahan (apel, pir, beri)
b - Sayur-sayuran (brokoli, kacang hijau, wortel)
c - Bijirin penuh (roti gandum, oat, beras perang)

6. AIR
Manfaat : Menghidrat tubuh dan membantu fungsi pencernaan serta metabolisme.
- Contoh Minuman :-
a - Air putih
b - Susu rendah lemak
c - Jus buah segar tanpa tambahan gula (terhad)

Jadi sebagai Ibu bapa kita haruslah sentiasa bekalkan makanan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Amir
Kampung Raja