Cikgu Zuri
Bantu anak cerdas
26/09/2022
Kalau demam, sakit lenguh seluruh badan. Amal minum teh bunga telang.
Saya pun dah berjinak jinak dengan supertea ni.
Banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina tradisional untuk redakan demam.
Ni versi paracetamol natural. Ada sifat anti-pyretic. Saluran darah bawah lapisan kulit dilebarkan. Udara akan sejukkan darah.
Bantu turunkan suhu panas dengan sejukkan badan. Ia juga bersifat diuretik dengan singkirkan toksin melalui air kencing.
Ni resipi mudah. Kalau rasa nak demam, amal minum ni.
- 4/5 helai bunga telang
- madu asli
- jus perahan limau kasturi
- air
1. Masukkan air panas ke dalam bekas tahan haba. Masukkan bunga telang.
2. Kacau dan tunggu sehingga bertukar warna. Kemudian, tapis.
3. Biarkan sejuk seketika.
4. Masukkan jus limau dan madu.
5. Kacau dan minum.
Kalau tak boleh dapat bunga ori. Boleh guna bunga telang kering organik.
Rasanya sedap masam manis. Bolehlah cuba.
P/S: KETAHUI KHASIAT BUNGA TELANG
(https://neuroversiti.com/khasiat-bunga-telang/).
25/09/2022
Kerap kencing? Walaupun tak minum banyak air? Ini petua rahsia redakannya.
1. Blend delima jadi pes.
2. Campur 1 sudu dengan segelas air.
3. Amal 2 kali sehari selama 10 hari.
Boleh juga buat jus aloe vera.
1. Blend ekstrak aloe dengan jus buah sitrus ikut citarasa.
(Lemon, limau purut, limau kasturi, oren.)
2. Minum sekali dengan fiber.
Bantu kurangkan radang pada pundi. Sensasi terbakar dan tingkatkan fungsi buah pinggang.
Bolehlah cuba.
18/09/2022
Macam mana cara puji anak? Kalau anak datang dan tunjuk hasil kerja dia, apa kita nak sebut?
Jawapan yang anda bagi akan tentukan bentuk minda yang terbentuk. Nanti dewasa jadi orang macam mana.
Jawapan anda adalah acuan awal.
Jom kita semak sekejap dengan dua situasi ni:
Situasi 1
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “bagus Along. Betul semua ni. Tahniah anak mama.’
Situasi 2
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “tahniah along atas usaha along ni. Nampak sangat bila studi jawapan semua betul.
Sedar atau tidak ramai parents akan sebut seperti Situasi 1. Anak dapat no 1 terus sebut tahniah.
Apa berlaku kalau sebut tahniah terus ni? Kalau kita sebut tahniah terus anda asuh anak fokus pada hasil sahaja. Mesej subliminal atau tersirat yang disampai ialah ‘Hasil itu yang penting’
Anak membesar fokus pada hasil. Toleransi pada gagal akan menipis. Toleransi pada dapat markah rendah akan kurang. Yang tinggi ialah rasa kecewa.
Apa yang berlaku ialah kita membina cara fikir atau mindset yang dinama sebagai fixed mindset.
Yang bagus ialah cara Situasi 2. Cara ini fokusnya ialah pada proses. Tumpuan pada usaha bukan hasil. Kalau hasil sahaja, hasil boleh diperolehi dengan cara yang tidak betul.
Apabila usaha yang dipuji, si anak akan kaitkan hasil dengan usaha. Nak sesuatu kena usaha. Yang diaktifkan di otak ialah network kreatif. Anak ini akan membesar dengan Growth Mindset.
Anak begini lebih sihat. Social bonding lebih baik. S**a membantu dan tidak cari jalan pintas. Usaha selalu di depan. Hasil mengikut dari belakang.
Jadi kalau nak puji anak, sebut ”Tahniah Along atas usaha Along.” Fokus pada usaha.
Belajar sesuatu?
14/09/2022
KENAPA ANAK MALAS BELAJAR?
MALAS adalah sifat negatif yang dimiliki oleh semua insan.
Namun, yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kawal sifat malas.
Malas juga boleh dikatakan penyakit paling besar dalam diri manusia.
Sikap malas boleh menyebabkan seseorang gagal dalam kehidupannya.
Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria membuat anak malas buka buku.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan baiki kelemahannya.
Cikgu nak SHARE TIPS untuk memupuk minat belajar ialah Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di Rumah.
Jangan salahkan anak kalau anak anda malas belajar, tetapi lihat pada cara didikan kita mendidik anak. Tepuk dada tanya hati
P/S: Belajar sesuatu? Jika belajar reply ❤️ pada Cikgu 🥰
06/09/2022
Times Of India melaporkan, di peringkat global, kira-kira 136 juta kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan untuk memberi fokus kepada sesuatu perkara.
Penting untuk meningkatkan kemahiran mereka menumpukan perhatian untuk diterapkan sejak mereka masih kecil. 😣
Ini bagi membolehkan anda menentukan atau menilai kemampuan mereka untuk mendengar, belajar dan fokus pada tugas di rumah dan di sekolah mahupun dalam bercakap.
Bukan mudah namun mungkin ini penyelesaian untuk MAK AYAH.
Apa inisiatif ibu bapa dalam menangani masalah anak?
Anak ‘Lembab’ Belajar Mungkin Disleksia
“Dah nak masuk darjah 2 tapi membaca masih merangkak-rangkak. Risau juga bila cikgu kata Aiman ada ciri-ciri kanak-kanak disleksia. Bahayakah? Apa patut dibuat ya?”
Kanak-kanak umur 5 tahun ke atas yang masih tidak dapat mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yg dipanggil disleksia.
Ia juga dipanggil sebagai sindrom ‘lambat membaca’ di kalangan kanak-kanak.
Sindrom ‘lambat membaca’ ini sebenarnya bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran
Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu bantu mereka. Jika terus dibiarkan, kemungkinan masa depan anak akan gelap.
Semoga Bermanfaat😄
29/08/2022
JANGAN RAGU RAGU DENGAN EXAM-A, DIJAMIN SELAMAT👍🏻
Jom kenali EXAMA👇
✅ Halal dan mendapat kelulusan KKM
✅ Terdapat 30 biji dalam 1 botol (tahan selama sebulan)
✅ Bagi anak 1 @ 2 biji sehari waktu pagi sebelum sarapan
✅ Cara makan kemam, hisap, kunyah atau letak bawah lidah
✅ Tiada perasa tambahan (100% mineral berkualiti tinggi)
Nak bagi anak makanan minda tambahan yg berkualiti dan dijamin selamat?
https://bijakpintar.com/
28/08/2022
📚 KENALI PRODUK EXAMA 📚
📝Mengandungi 100% Bahan Mineral Semulajadi Tanpa perasa tambahan
📝 HALAL dan LULUS KKM (MAL20040941T)
📝 Boleh diamalkan dari usia 3 Tahun sehingga dewasa
Kelebihan Exama👇🏻
✅Bantu anak lebih mudah untuk belajar
✅Bantu anak mudah bangun pagi
✅Anak senang dengar cakap
✅Bantu Menguatkan ingatan anak
Nak anak mudah belajar dan Senang bangun pagi? Boleh tekan link website https://bijakpintar.com/ sekarang!!
28/08/2022
IBU BAPA WAJIB BACA JIKA INGIN ATASI ANAK SPEECH DELAY & LAMBAT BERCAKAP
Ramai ibu bapa sekarang ni tak tahu nk buat macam mana utk anak yg mengalami speech delay atau dikenal sebagai lambat bercakap.
Saya agak risau dari dngan keadaan sekarang yg sukar bercakap, lambat pick up, diketuk baru nk buat.
Ibarat pepatah melayu "Ibarat Paku Dengan Tukul"
Alhamdulillah selepas saya terjumpa 1 Suppliment Minda Exama. Setelah habis penggunaan Exama yg disyorkan oleh penasihat HQ Exama.
S**a & seronok nampak perubahan pada anak iaitu dari result exama yg baik. Ada perubahan semakin mengenal huruf, menghafal surah, dan yg paling best lagi percakapan dah tak lambat dah bila membaca.
Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku pada anak dari segi sikap pun ada perubahan. Lebih mendengar kata bila menerima arahan atau suruhan.
Semoga Bermanfaat😄
22/08/2022
Anak lambat bercakap atau speech delay?
Anak lambat bercakap biasanya boleh pulih bila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa apa-apa campur tangan.
Tapi anak speech delay selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan agar tidak lebih ketinggalan apabila mereka membesar.
Tanda-tanda anak speech delay dikaitkan bila tidak bertindakbalas terhadap suara/bunyi, tidak memahami bahasa/isyarat mudah dan tidak minat untuk bersosial/melakukan eye contact.
Anak akak/abang ada tanda-tanda diatas?
21/08/2022
DISLEKSIA MENGANGU PEMBELAJARAN KE?🤔
"Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia"
Antara kesan kesan lain DISLEKSIA adalah :
😔tidak dapat membezakan persamaan perkataan
😔kesukaran menyebut ayat yang dieja
😔tak dapat memahami apa yang diajar
😔menjejaskan proses pembelajaran matamatik
Anak abang akak ada tanda-tanda diatas?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Limbongan
Kampung Raja
22000