Anak Genius Generasi Hebat
Anak Genius generasi hebat harapan bangsa dan negara
28/11/2021
belajar sesuatu
Ada tak yang pernah experience masa kecik dulu. Dipanggil lembab, atau digelar lembam. Lepastu kawan sekelas ketawakan.
Hanya mampu tersengih seperti kerang busuk.
Walaupun sekadaran gurauan tapi gurauan biawak perlu dielakkan. Di hati siapa yang tahu.
Bagi saya, istilah slow learner atau dyslexic ini tidak melambangkan bahawa seseorang itu cacat atau tidak normal.
Senang kata, apabila mereka tidak menepati standard yang telah lama ditetapkan, telah lama disematkan dalam society.
Kenapa saya berkata demikian? Kerana itulah realiti. Terutama di sini.
Niat bukan ingin membebel. Sekadar berkongsi pendapat.
Kerana saya juga seorang ayah. Saya tahu betapa perit pengalaman yang ketika itu bermain dalam fikiran.
Apabila anak sendiri dilabel tidak setara tahap perkembangannya berbanding anak lain.
Anak sukar sesuaikan diri setelah berpindah ke Malaysia. Nak bertutur Bahasa Melayu pun susah. Merangkak siput.
Ketika itu, warga Bangladesh lagi pandai bertutur saya rasa. Sampai macam itu teruknya.
Anak-anak sudah biasa didedahkan dengan Bahasa Inggeris ketika tinggal di Australia. Di sana, mereka dipuji. Disanjung kerana mampu ikut silibus. Mampu speaking.
Berkawan lain bangsa, lain agama. Luas social circle.
Namun, takdir membawa kami semua p**ang ke tanah kelahiran. Mereka diuji. Diberi cabaran untuk mereka sendiri hadapi.
Bila sampai sini, segalanya berubah sekelip mata.
Diletaknya mereka dalam kelas paling tercorot. Masani anak-anak terkapai-kapai. Blur.
Dianggap menyusahkan walaupun dah besar. Yelah sebab ramai lagi budak-budak lain yang kena diberi perhatian.
Salah seorangnya tidak pernah mengenal silibus Bahasa Melayu. Masatu dah nak UPSR. Cikgu pun dah siap cop budak gagal.
Mampu ke nak kejar berbaki masa dua bulan sebelum peperiksaan? Mungkin itu yang difikirkan guru-guru ketika itu.
Tapi ingat, hanya kerana orang lain letakkan label tidak bermakna kita perlu give up.
Sebagai ibu bapa, saya dan isteri cari solusi untuk buktikan kepada mereka bahawasanya yang dilabel slow learner ini mampu jadi lebih lagi.
Ingin tahu kesudahannya?
Klik https://neuroversiti.com/10-tips-untuk-slow-learners/
Jangan lupa like, komen dan share✌️
*Memahami Bagaimana Otak Berfungsi*
Otak ialah organ paling rumit dalam badan anda. Ia mengandungi kepintaran dan ilmu pengetahuan anda. Ia membantu anda untuk mempunyai perasaan, mengawal pergerakan dan perilaku anda. Otak adalah misteri kerana tiada seorang boleh tahu dengan jelas mengenainya dan bagaimana otak berfungsi. Akan tetapi, melalui artikel ini, anda boleh mendapat beberapa maklumat berkenaan bagaimana otak berfungsi.
Bahagian-bahagian & cara otak berfungsi
Otak anda bekerja seperti mesin. Ia mempunyai banyak bahagian untuk membantu anda bercakap, memahami apa yang anda lihat dan berfikir mengenai perkara di sekeliling anda. Bahagian-bahagian berikut adalah paling lazim diketahui:
*Amygdala*
Bahagian ini bekerja dengan memberi amaran kepada anda kepada situasi berbahaya. Ia membantu anda membentuk rasa takut dengan perkara yang mengejut yang berlaku dalam kehidupan seharian yang juga boleh mencederakan anda, seperti kuali panas. Amygdala juga memainkan peranan dalam mengajar anda supaya tidak takut pada sesuatu seperti tikus atau lipas.
*Prefrontal cortex (PFC)*
The prefrontal cortex (PFC) membantu anda membuat keputusan, merancang, membina idea, mengawal masalah dan mengadili sesuatu. Dalam beberapa kes, apabila anda berada dalam keadaan tertekan, bahagian ini boleh membantu anda mengawal amygdala. Sebahagian daripada korteks mengawal penggunaan memori masa pendek dan bawa semua memori masa panjang.
*Anterior cingulate cortex (ACC)*
Bahagian ini mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini berbagai daripada mengawal dan mengatur tindak balas emosi untuk membantu anda menumpukan pada perkara seperti tugas-tugas atau peperiksaan. Ia juga membantu anda mengenali kesalahan, termasuklah mencipta dan mengekalkan motivasi anda. ACC membantu anda mengawal fungsi autonomik seperti tekanan darah dan kadar degupan jantung.
*Hippocampus*
Bahagian ini memainkan peranan penting untuk mencipta memori-memori baru. Jika hippocampus tidak berfungsi, anda mampu mengekalkan memori yang pernah tercipta dan kemahiran yang pernah dipelajari. Akan tetapi, anda tidak mampu mengingat perkara-perkara baru.
*Struktur otak*
Otak mempunyai pelbagai bahagian. bahagian-bahagia n ini bekerjasama untuk tugas masing-masing. Tiga bahagian utama ialah, forebrain, midbrain, hindbrain.
*Forebrain*
Forebrain, juga dikenali sebagai prosencephalon, bahagian dalam otak paling hadapan yang juga terletaknya serebrum – bahagian yang paling besar dan yang paling utama dalam otak. Ia mungkin adalah perkara pertama yang anda terfikir berkenaan otak. Ia berfungsi untuk mencipta memori, membuat perancangan, atau mengingat kawan-kawan anda. Serebrum membantu anda berfikir dan berimaginasi tentang perkara di sekeliling anda.
Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera oleh belahan dalam di tengah-tengah serebrum. Hemisfera kiri mengawal anggota di sebelah kanan manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan. Hemisfera kiri juga mampu menghasil perkataan-perkataan dan bahagian kanan tempat untuk mengawal kemahiran pemikiran seperti membaca buku dan membuat kira-kira.
*Midbrain*
The midbrain bahagian otak yang teratas yang mengawal refleks. Contoh pergerakannya ialah membuka suis dapur, menggunakan pensel untuk melukis, atau mengawal mata anda.
*Hindbrain*
Hindbrain termasuklah bahagian atas saraf tunjang, pangkal otak, dan serebelum. Ia mengawal fungsi paling penting: tekanan darah, kadar jantung berdegup, suhu badan, dan kadar pernafasan. Serebelum p**a membantu anda membuat pergerakan seperti bermain badminton, bermain instrumen muzik seperti piano atau biola.
BELAJAR SESUATU
28/10/2021
BEZA RUPANYA...........
Beza makanan yang GMO dan non GMO. Yang asli tanpa diubah genetik cepat rosak. Fitrahnya begitu.
Yang tahan lama tu faham fahamlah. Apalah yang dimasukkan sampai tahan lama.
Yang asli ni sesuai dengan usus yang nak buat kerja. Sesuai dengan manganese dan magnesium yang nak uraikan nutrisi. Senang mereka buat kerja.
Bila nak beli atau pilih makanan, semak semak dulu. Perhati dan baca label. Kita nak masukkan benda alah tu dalam perut.
Yang nak derita nanti kalau salah kita juga. Yang nak kena bayar bil hospital kita juga. Yang sengsara tengok kita, keluarga kita juga.
Allah dah cipta cantik dan baik dah. Tangan tangan manusia yang merosakkan.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41).
Kalau kita pilih yang GMO kita join sekali geng geng ni.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah ash-Shura, ayat 30)
Renung renung. Tenung tenung pesanan Surah Ash Shura ayat 30 ni.
18/10/2021
🍟🍭🍩
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗻𝗲𝗸 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗠𝗦𝗚 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗶𝗿𝘂𝗮𝗻?
*𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘳𝘶𝘢𝘯𝘨 '𝘒𝘖𝘔𝘌𝘕' 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩*
𝗠𝗼𝗻𝗼𝘀𝗼𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗚𝗹𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁 (𝗠𝗦𝗚) 𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 ‘𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽'.
𝗗𝗶𝗸𝗮𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸; 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀 𝗼𝘁𝗮𝗸, 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗮𝗸.
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡.
𝗠𝗦𝗚 𝗻𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗹𝗶𝗰𝗶𝗸, 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵𝗶 𝗹𝗶𝗱𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 ‘𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗱𝗮𝗺' 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻.
𝗝𝗮𝗱𝗶, 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵. 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂.
𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗯𝗼𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 (𝗻𝘂𝗴𝗲𝘁, 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘀𝗼𝘀𝗲𝗷).
Ingin dapatkan lebih banyak lagi info supermahal berkaitan 🧠😴🚴♀️🍚, boleh klik link di bawah
👉https://neuroversiti.com/
👉https://neuroversiti.com/
👉https://neuroversiti.com/
Anak Genius Generasi Hebat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kampung Bukit Keluang
Kampung Raja
22000