Chubbybitsy
Malaysia Online Baby Store
Helping You with Your First Few Steps
We care and we share about mommy and baby
We aspire to deliver values beyond money
22/08/2022
Nak tak bantu anak kita dapatkan keberkatan dalam pelajaran? π
ππ» Ajarkan anak doa ketika menuntut ilmu ni ye
ππ» Pesan pada anak supaya amalkan doa ni sebelum sesi kelas bermula
19/08/2022
Macam mana nak tahu anak kita speech delay atau tak? π
Secara asasnya, para Speech Therapist selalunya akan beritahu:
π Umur 1 tahun anak boleh sebut 1 perkataan 1 ayat
π Umur 2 tahun anak boleh gabung 2 perkataan 1 ayat
π Umur 3 tahun anak boleh gabung 3 perkataan 1 ayat
Kalau nak tahu lebih detail, perhatikan senarai yang saya kongsikan dalam foto atas ni.
Foto ni sebenarnya sedutan dari Buku Main & Cakap tulisan Occupational Therapist & Speech Therapist.
Syukurnya kalau anak 2 tahun kita dah ada semua kemahiran ni.
Kalau banyak yang tak ada lagi, dapatkan bantuan daripada terapis kanak-kanak terdekat dengan anda.
Cuma sementara nak tunggu appointment (sebab memang lama nak dapat appointment terapis ni biasanya), saya syorkan baca dulu buku Main & Cakap ni.
Boleh juga lakukan aktiviti kenalkan anak dengan perkataan guna Buku Senarai Semak & Aktiviti Pengukuhan Pengurusan Diri ni.
Bagusnya buku-buku ni sebab ada disertakan bonus video-video tips dari terapis.
Siap ada cheat sheet perkataan yang anda boleh print banyak kali untuk semak setiap anak.
Klik link ni segera jika serius nak bantu perkembangan bahasa si kecil kesayangan kita tu:
https://gymcademy.onpay.my/order/form/MC01-2306/105
17/08/2022
Pernah tak semak perkembangan bahasa si kecil kita kat rumah tu? π€
ππ»ββοΈ Kalau dah capai usia 18 bulan namun si kecil masih belum bercakap perkataan yang difahami, tolong jangan buat tak peduli.
Cepat cepat ambil tindakan.
ππ»ββοΈ Speech delay adalah salah satu tanda awal pada anak yang ada Autism, ADHD dan masalah pembelajaran.
ππ»ββοΈ Untuk anak kita faham apa yang mereka baca, mereka perlukan kemahiran bahasa yang cukup.
Jika umur 6 tahun dan cuma boleh cakap sikit-sikit, selalunya anak akan menghadapi kes**aran membaca.
Dia pun susah nak faham apa yang dibacakan kepadanya.
Akhirnya anak akan ketinggalan berbanding kawan kawannya yang lain.
Anak alami speech delay? π
7 perkara ni antara kesilapan yang ramai mak ayah sering lakukan tanpa sedar hinggakan anak mengalami gangguan percakapan:
1οΈβ£ Sangat kurang berkomunikasi dengan anak.
Akibatnya, anak tak dapat ransangan bahasa yang cukup.
2οΈβ£ Selalu bercakap pelat (baby talk) dengan anak.
3οΈβ£ Anak diberikan terlalu banyak pendedahan terhadap gajet.
Si kecil di bawah usia 2 tahun ni sepatutnya kita banyakkan direct touch, direct interaction. Bukannya menghadap skrin.
5οΈβ£ Anak tak diberikan ruang untuk meneroka dunianya.
Dibiarkan saja berkurung di rumah.
Tak main tanah.
Tak pijak rumput.
Tak dibawa ke taman permainan.
5οΈβ£ Anak dibiarkan bermain sendirian tanpa ada interaksi dengan orang lain.
6οΈβ£ Mak ayah anggap dialog kartun yang ditiru oleh anak tu sebagai sebahagian tanda komunikasi.
7οΈβ£ Mak ayah sendiri kurang nak ambil tahu tentang teknik merangsang pertuturan si kecil.
π₯ Anak Speech Delay perlu segera dibantu sebab dia berisiko untuk mengalami masalah dalam pembelajaran apabila mereka membesar dan mula bersekolah nanti.
Anak ada tak gejala macam ni? π°
π Tak berceloteh ketika anak masuk ke usia 15 bulan
π Dah masuk usia 2 tahun tapi masih tak bercakap
π Tak mampu bercakap menggunakan ayat pendek pada umur 3 tahun
π Sukar nak ikut arahan
π Cara menyebut bunyi atau kata kurang jelas
π Susah nak menyatukan perkataan dalam sebuah ayat
Ini adalah sebahagian daripada gejala speech delay pada anak.
Esok saya akan share kesilapan yang mak ayah sering lakukan hingga jadi punca anak mengalami speech delay.
Kita belajar sama sama okay. π
Nak latih si kecil pandai bercakap? π
Anak akan susah nak belajar & berisiko berdepan masalah speech delay bila dia
π selalu duduk seorang diri
π tak s**a pandang mata dan wajah orang lain
π jarang terlibat dengan orang lain secara social (social participation)
Sebab tu mak ayah kena bantu
ππ» banyakkan bercakap dengan anak
Aktiviti ni simple je sebenarnya tapi anak dapat belajar untuk
π melihat ekspresi wajah kita masa bercakap
π dapat belajar berkomunikasi melalui pergerakan bibir dan suara mak ayah
π berusaha menyebut balik dan menyusun perkataan yang dia selalu dengar
Mulai hari ini, kita banyakkan lagi bercakap dengan anak boleh? π
π Batuk anak makin teruk? π
Ramai mak ayah yang jadi susah hati bila tengok anak jatuh sakit ni. π₯
Tambah pulak sekarang memang bertambah tambah bilangan anak kecil yang mengalami demam, batuk dan selsema.
Perhatikan kalau kalau mereka ada tanda tanda bahaya begini, lekas bawa ke fasiliti kesihatan.
Lagi lagi jika anak berusia bawah 2 tahun.
βοΈ Pernafasan laju dari biasa
βοΈ Batuk berterusan
βοΈ Tak berselera sampaikan minum susu pun tak mahu
βοΈ Dada nampak berlekuk lekuk
βοΈ Tiba tiba je jadi tak aktif
βοΈ Demam dengan suhu badan yang tinggi
πΆπ» Si kecil tu masih belum pandai lagi nak cerita kat kita kesakitan yang dia rasa.
Sebab tu mak ayah kena belajar ilmu kesihatan anak kecil supaya dapat bertindak sebelum terlambat.
Share ilmu ni dengan pasangan masing masing ye.
π° Anak dah mula ketagih jajan? π°
Kesiannya bila tengok anak kecil dah disuap dengan jajan yang bermacam jenis
π§ Padahal perkembangan otak anak kita paling progresif berlaku pada 3 tahun pertama usianya
Tak pasal pasal IQ nya jadi rendah dan bermasalah sepanjang umurnya π
Apa kata mak ayah usaha bertukar kepada βsnack yang lebih berkhasiatβ seperti
π Kismis
π Buah tin yang dikeringkan (dried figs)
π Goji berry
π Dried prune
π Dried apricot
Paling bagus jika kita berjaya dapatkan dried fruit yang tak mengandungi added sugar tau π
π₯ Si kecil demam tapi susah nak makan ubat demam? π₯
Mak ayah boleh cuba gunakan suppository (supp) Paracetamol untuk anak yang
π₯ muntah tiap kali disuapkan ubat
π₯ atau ketika si kecil sedang tidur
Cara ni lebih mudah sebab ubat supp PCM ni boleh dimasukkan terus ke dalam dubur
Dos nya bagaimana doktor? π€
πΆ Bagi si comel berumur 6 bulan - 4 tahun:
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
πΆ Bagi si kecil berumur 5 - 8 tahun:
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau pun berikan 1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
πΆ Bagi anak berumur 8 - 12 tahun:
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Semoga ilmu penting ni akan mudahkan mak ayah semua merawat anak yang sedang demam di rumah π
π₯° Nak anak jadi lebih baik dengan kehadiran Ramadan? π₯°
Tolong banyakkan
β€ bercerita pada si kecil kita tentang keistimewaan dan ganjaran orang yang berpuasa
β€ pesan pada anak kita yang puasa nanti bukan sekadar tak makan tapi kena jaga (puasa) jugak mata, kaki, lidah, tangan dan semua anggota badan baik baik
β€ ambil peluang untuk share kisah pengalaman kelakar kita masa berpuasa kecil kecil dulu
InsyaAllah si kecil kita akan lebih teruja untuk berpuasa sama sama dan seronok nak buat amal amal soleh pada bulan Ramadan yang mulia ni. π
π° Berat badan si kecil berlebihan? π°
Ni risiko obesiti kepada kanak kanak
π’ penyakit jantung awal
π’ tekanan darah tinggi
π’ kolesterol tinggi
π’ masalah tulang
π’ diabetes/kencing manis
π’ masalah kulit seperti ruam panas, jangkitan kulat & jerawat
Tolong pantau berat badan anak anak kita ya supaya mereka terhindar dari risiko penyakit yang berbahaya ni. π
π Anak susah nak dengar kata? π
Si kecil kita sebenarnya mudah sangat nak dengar kata bila kita
βοΈ lebih banyak mengarah
β
οΈ lebih banyak mengajak
Tukarkan je ayat kita daripada
"Abang, pergi solat sekarang."
kepada
"Abang, jom kita solat."
"Adik, tolong ibu susun mainan ni jom."
"Kakak, mari kita kemas dapur sama sama kejap."
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Alam Sari
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |