RELA Negeri Perak - Laman Rasmi
Laman Rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak dikendalikan oleh Unit Media RELA Negeri Perak
05/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐) โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak Darul Ridzuan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada pegawai dan Kakitangan yang meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober:
1.PPRD Lenggong: Mior Muhammad Azlan Bin Mior Robiain (1 Okt)
2.PPRD Batang Padang: Nurul Amiera Binti Mohamed Sukri (2 Okt)
3.PPRD Batu Gajah: Khairul Azlina Binti Azmi (3 Okt)
4.PPRD Manjung: NurJannah Binti Mohd Rizal (5 Okt)
5.PRD Larut Matang: Mohd Nazri Bin Md Noor (13 Okt)
6.PPRD Pengkalan Hulu: Nurul Akma Binti Bah Arom (13 Okt)
7.PPRD Kinta Utara: Mohd Redzuan Bin Idris (21 Okt)
8.PKA Bagan Datuk: Sofian Bin Mohamad Sayuti (31 Okt)
Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkah rezeki serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah dan tugas demi agama, bangsa, dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan komitmen yang dicurahkan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), khususnya di Negeri Perak.
Semoga terus sukses selalu!
๐ฐ๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐๐
๐:
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Negeri Perak Darul Ridzuan
03/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐!
3 Oktober 2026 - Syabas diucapkan kepada skuad RELA Negeri Perak atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Ketiga Keseluruhan ๐ฅ dalam Program Sukan Rakyat di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, Bukit Selambau, Kedah.
Saingan edisi kali ini amat sengit dan meriah dengan penglibatan hebat daripada kontinjen RELA Perlis, RELA Kedah, Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, serta barisan Pelatih Kadet Pegawai RELA.
๐๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ข๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ฉ ๐ฌ๐ค๐ฎ๐๐ ๐๐๐ซ๐๐ค:
๐ฅ Johan: Congkak Wanita & Tarik Upih
๐ฅ Naib Johan: Lari Dalam Guni
๐ฅ Tempat Ke-3: Congkak Lelaki & Terompah
Tahniah kepada 6 Pegawai dan 9 Anggota yang telah bertungkus-lumus mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.
Wajah-wajah gembira bersama piala dan pingat yang dipaparkan ini membuktikan segalanya! Teruskan kecemerlangan.
28/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
28 September 2026 - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terus menggiatkan persiapan bagi memastikan kelancaran Program Penyerahan Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) RELA Tahun 2026.
Satu sesi Mesyuarat Penyelarasan telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaacub bagi membincangkan gerak kerja, persiapan tempat serta penyelarasan tugas bersama pihak jawatankuasa.
Susulan daripada mesyuarat tersebut, satu sesi lawatan tapak program perasmian KAM dan SAM telah dilaksanakan bersama wakil-wakil agensi yang terlibat, termasuklah agensi pempamer dan pelbagai jawatankuasa dari peringkat Induk serta Negeri.
Menerusi tinjauan di sekitar Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Sungai Tiram dan Arena Square Kg. Sg Tiram, Lekir, pihak agensi dan ahli jawatankuasa berpeluang meneliti pelan lantai, mengatur kesesuaian tapak pameran, serta menyelaraskan keperluan logistik dan keselamatan tapak program secara terus di lapangan.
Sebagai makluman, majlis pelancaran program berskala besar ini dijadualkan berlangsung pada 1 November 2026 (Ahad). Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Kerjasama padu dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua agensi dan jawatankuasa amat dihargai dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
28/09/2026
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
Perginya seorang tokoh yang begitu dekat di hati rakyat, meninggalkan rasa kehilangan yang amat mendalam.
Seluruh warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jasa, kelembutan peribadi dan bakti beliau kepada masyarakat serta negara akan terus dikenang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Allahummaghfirlaha warhamha waโafiha waโfuโanha.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga RELA Negeri Perak
24/09/2026
Fotoยฒ
Sementara itu, skuad bola jaring RELA Negeri Perak terpaksa akur dengan kehebatan pasukan tuan rumah apabila tewas kepada RELA Negeri Sembilan. Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, barisan pemain telah mempamerkan semangat juang tidak kenal putus asa dan corak permainan yang mantap sehingga ke wisel penamat, membuktikan kesiapsiagaan mental dan fizikal yang tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pemain bola sepak dan bola jaring atas keringat yang dicurahkan. Semoga selamat tiba ke Perak dengan selamat.
24/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐
24 September 2026 โ Kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak telah menamatkan cabaran dalam kejohanan sempena Hari RELA Sihat Negeri Sembilan Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi dengan aksi yang mendebarkan dan membanggakan.
Skuad bola sepak RELA Negeri Perak mempamerkan taring sebenar apabila berjaya melakar dua kemenangan manis berturut-turut. Dalam perlawanan pertama, pasukan RELA Negeri Perak berjaya menundukkan RELA Negeri Melaka dengan keputusan 1-0. Momentum kecemerlangan itu terus dikekalkan apabila mereka berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, RELA Negeri Sembilan dalam satu perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Bersambung Fotoยฒ
24/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐!
Sesi pelepasan konvoi pasukan bola sepak dan bola jaring RELA Negeri Perak ke Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah RELA Negeri Perak, Tuan Wan Badrul Khusaimin bin Wan Mahadi bersama Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan RELA Negeri Perak (KESREP).
Suasana pelepasan konvoi kenderaan yang diiringi kibaran bendera jelas memaparkan semangat juang yang tinggi, manakala gambar berkumpulan merakamkan kesiapsiagaan pasukan sebelum memulakan perjalanan.
Pasukan ini akan bertandang untuk menyertai perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring sempena Hari RELA Sihat Negeri Sembilan Tahun 2026.
Berikut adalah butiran perlawanan pasukan negeri Perak:
Tarikh: 24 September 2026
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan
Ayuh seluruh warga RELA Perak, berikan sokongan padu dan doakan kejayaan pasukan kita! Semoga selamat tiba ke destinasi dan pulang membawa kemenangan.
22/09/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Peiabat Rela Negeri Perak, Aras 2, Kompleks KDN, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Jalan Jelapang
Ipoh
30020
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when RELA Negeri Perak - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.