PAS Ipoh Timor
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.. (Ali-Imran: 103)
๐๐๐ซ๐ง๐-๐ฐ๐๐ซ๐ง๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฉ๐จ๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ
IPOH, 28 Mei 2026 - Alhamdulillah, PAS Kawasan Ipoh Timur dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan telah berjaya melaksanakan program Ibadah Korban semalam yang mana program ini diadakan secara konsisten setiap saban tahun.
Program yang mula seawal jam 8 pagi hingga 3 petang itu dilaksanakan di perkarangan rumah NYDP Kawasan, Tuan Haji Mazlan Mat Isa.
26/05/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
PAS Kawasan Ipoh Timur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026M / 1447H kepada seluruh umat Islam amnya dan warga Ipoh Timur khasnya.
Peristiwa besar sempena Aidiladha ini sebenarnya mengingatkan kita akan semangat ketaatan dan pengorbanan mulia Nabi Ibrahim A.S. serta Nabi Ismail A.S. Semoga nilai tersebut menjadi panduan dalam kehidupan, mengukuhkan persaudaraan, dan menggalakkan saling membantu sesama masyarakat.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, melimpahkan rahmat, kesihatan dan keberkatan kepada anda semua.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas daripada saya,
Ustaz Azmi Murad Bin Mohamad Yusof
YDP & seluruh AJK
PAS Kawasan Ipoh Timur
27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447H
๐๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ผ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐ฝ๐ผ๐ต ๐ง๐ถ๐บ๐๐ฟ
IPOH, 24 Mei - Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung gotong-royong persediaan tempat untuk program ibadah korban bersama PAS Kawasan Ipoh Timur yang akan berlangsung 28 Mei atau hari raya ke 2 nanti.
๐๐๐ซ๐ง๐-๐ฐ๐๐ซ๐ง๐ข ๐๐ข๐ช๐ ๐
๐ข๐ค๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐'๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฉ๐จ๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ
IPOH, 21 Mei - Alhamdulillah, Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Ipoh Timur dan tuan rumah, PAS Cawangan Kg Sri Kinta telah berjaya menganjurkan Liqa Fikri atau Daurah, Iftar Jama'ie 12K bulanan malam tadi yang dihadiri seramai 40 ahli-ahli PAS Kawasan.
Tadabbur ayat 92-101 Surah Al-Aสฟrฤf telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Hanafi Roshan. Manakala tazkirah bertajuk; Pilihanraya Satu Tarbiah telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, YB Berhanuddin Ahmad.
15/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐๐๐
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina jiwa, membentuk akhlak dan memimpin generasi menuju reda Ilahi.
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang terus istiqamah mendidik dengan hikmah, sabar menghadapi cabaran, serta menjadi qudwah terbaik buat anak bangsa.
Semoga setiap penat lelah dan pengorbanan menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT, seterusnya melahirkan generasi rabbani demi Malaysia yang lebih sejahtera.
โPENDIDIK RABBANI, MALAYSIA SEJAHTERAโ
Ikhlas Daripada,
AF. Ustaz Azmi Murad bin Yusof
YDP PAS KAWASAN IPOH TIMUR
& SELURUH AHLI JAWATANKUASA
08/05/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merujuk kepada isu berkaitan ternakan yang melibatkan antara Institusi Istana dan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkepentingan yang sedang menjadi perhatian masyarakat, kami menegaskan bahawa Kerajaan Negeri dan semua pihak hendaklah menghormati serta menjunjung tinggi pendirian dan ketetapan yang dizahirkan oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Negeri dan payung kepada rakyat di Negeri.
Sebagai rakyat yang menjunjung prinsip Rukun Negara, khususnya prinsip โKesetiaan Kepada Raja dan Negaraโ, sewajarnya kita menunjukkan sikap hormat, taat dan bertanggungjawab terhadap institusi diraja yang menjadi tonggak kestabilan, perpaduan serta keharmonian negara.
Isu yang menyentuh sensitiviti agama, masyarakat dan kesejahteraan awam hendaklah ditangani dengan penuh hikmah, berlandaskan undang-undang serta semangat perpaduan. Semua pihak diseru agar tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan berbaur provokasi, fitnah atau sentimen kebencian yang boleh menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Kami percaya bahawa pendekatan terbaik ialah melalui perbincangan yang matang, penghormatan terhadap titah Tuanku selaku Ketua Negeri serta keutamaan kepada kepentingan rakyat dan alam sekitar.
Marilah kita bersama-sama mempertahankan nilai hormat kepada institusi Raja-Raja Melayu, memelihara keamanan negeri dan terus memperkukuhkan semangat cintakan negara demi masa depan Malaysia yang aman dan sejahtera.
โDaulat Tuankuโ
โKesetiaan Kepada Raja dan Negaraโ
HISHAM SAKARNO
KETUA
LAJNAH PENERANGAN DAN MEDIA BARU
PAS KAWASAN IPOH TIMUR
7 MEI 2026
01/05/2026
Inna lillahi wainna ilaihi roji'uun. Semoga roh Allahyarham Ustaz Talha ditempatkan di kalangan hamba2 Nya yang beramal soleh.
01/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Pada hari yang penuh bermakna ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Ipoh Timur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja tanpa mengira sektor, latar belakang dan kedudukan. Anda adalah tulang belakang pembangunan negara, yang saban hari menyumbang tenaga, masa dan pengorbanan demi kesejahteraan bersama.
PAS Kawasan Ipoh Timur menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan kebajikan pekerja, memastikan keadilan dalam peluang pekerjaan, serta memperkasa dasar yang menjamin keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan selaras dengan prinsip Islam yang mementingkan keadilan dan ihsan.
Semoga segala usaha dan penat lelah anda diberkati, dihargai dan dibalas dengan ganjaran yang sebaiknya.
โPekerja Cemerlang, Ummah Gemilangโ
Selamat Hari Pekerja.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Address
Lebuh Pengkalan Barat 12
Ipoh
31650