Popia RJ
POPIA GORENG PEDAS
08/04/2023
Beli secara atas talian sekarang! Klik link WhatsApp di bio profile untuk pembelian Popia Mini Sambal secara mudah
08/04/2023
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
07/04/2023
RESEPI KUIH CARA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
4-5 helai daun pandan
2 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak masak
pewarna hijau, beberapa titik
gula pasir, secukupnya
CARA-CARA:
Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
06/04/2023
RESEPI POPIA SAYUR
Bahan-Bahan
Kulit popia bersaiz kecil
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Seketul dada ayam (dipotong dadu kecil)
1/4 biji kubis (dipotong memanjang)
1/2 biji lobak merah
Dua genggam taugeh
1/2 kiub pati ayam
Garam
Gula
Sedikit minyak
Cara Penyediaan
Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
Boleh masukkan semua sayur. Masukkan taugeh paling last selepas gas ditutup untuk dapatkan tekstur yang lebih ranggup.
Masukkan kiub pati ayam.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Sejukkan seketika dan boleh gulungkan sayur-sayuran yang dimasak tadi dalam kulit popia. Letakkan sayur yang digoreng daam penapis untuk keluarkan air dari saur itu. Ini supaya popia itu kekal rangup selepas digoreng.
06/04/2023
SEJARAH POPIA
Sebenarnya nama popia itu sendiri sudah menunjukkan popia bukan berasal daripada bahasa Melayu. Perkataan popia berasal dari bahasa Cina Fujian. Dalam dialek Teochew mereka memanggil bobea atau dikenali sebagai pizza tempatan yang menggunakan kulit tepung (pastri) yang nipis.
Popia di Indonesia dikatakan disebut sebagai lumpia yang terkenal di Semarang (Jawa Tengah). Samaada popia atau lumpia kedua-duanya berasal dari bahasa Cina. Lumpia atau Cinanya pinyin berasal dari dialek Hokkien. Popia hanya di Melayukan dalam bahasa Melayu secara rasmi pada 1986.
06/04/2023
RESEPI POPIA BERGEDIL
Bahan Bergedel:
Kentang direbus sampai empuk & dilenyek
Mixed vege rebus/celur sekejap
Ayam/Daging hancur yang dimasak
Bawang goreng
Daun Sup
Lada sulah/lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Gaul kesemua bahan, ikut banyak mana nak
Kulit Popiah:
Gulungkan isi bergedel
Gamkan hujung menggunakan air kosong
29/03/2023
RESEPI POPIA GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
1 cawan sayur campur
300 gram taugeh
1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit air
CARA-CARA:
Cincang kasar isi ayam.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.
25/03/2023
Nak dekat raya dah ni, tunggu ap lgi, grab lh cepat ii kudapan rangup untuk hari raya 🫶🏻 Popia pedas rangup by homemade. Berminat bole trus pm number tertera
https://wa.me/60182743357?text=nak+popia+pedas
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Jalan Raja Musa Mahadi Politeknik Ungku Omar
Ipoh