IKRAM Muda Perak

IKRAM Muda Perak

Share

IKRAM Muda Perak, sebuah wadah mesra anak muda yang berorientasikan dakwah, tarbiah, khidmat dan islah untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara rahmah.

IKRAM Muda tampil dalam masyarakat, membina solusi demi masa depan negara Malaysia yang gemilang. DAKWAH - TARBIAH - KEBAJIKAN

01/08/2026

AZAM Siri 12
Video inspirasi daripada hadis:

Abu umamah r.a. berkata:

“Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau s**a apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak s**a, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak s**a apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau s**a apabila zina itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak s**a, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak s**a apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.” Beliau bertanya, “Apakah engkau s**a apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ayahmu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak s**a, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau menjawab, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak s**a apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.”

Beliau bertanya, “Apakah engkau s**a apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan ibumu (ibu saudara)?” Pemuda menjawab, “Demi Allah, aku tidak s**a, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak s**a apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.” Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya.” Setelah itu, pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram.” (Hadis Riwayat Ahmad)

ikuti kami di Channel AZAM
https://t.me/AntizinaAnakMuda

Photos from IKRAM Muda Perak's post 01/08/2026

26/07/2026

Siri AZAM
Inspirasi daripada Surah An-Nur ayat 2:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

https://t.me/AntizinaAnakMuda

25/07/2026

Siri AZAM.
Video inspirasi daripada Surah An-Nur ayat 2:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

(An-Nuur 24:2)

Ikuti kami di channel:
https://t.me/AntizinaAnakMuda

Photos from IKRAM Muda Perak's post 20/07/2026

20 Julai 2026 – Program Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 telah berjaya dianjurkan hasil kerjasama IKRAM Muda Batang Padang, Surau Al-Fattah Behrang Residen dan Wakil Penduduk Behrang Residen (rujuk Nota).

Program ini berjaya menghimpunkan penduduk daripada pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak, remaja, belia, golongan dewasa dan veteran. Sepanjang program berlangsung, sebanyak 100 cawan teh tarik telah diedarkan secara percuma kepada para hadirin sebagai tanda penghargaan atas kehadiran mereka.

Selain itu, jualan mi segera Hot Cup turut diadakan, dengan 100% hasil jualan disumbangkan kepada Surau Al-Fattah bagi menyokong aktiviti dan pembangunan surau.

Ketika waktu rehat antara separuh masa pertama dan kedua, sesi interaktif bersama penonton telah dikendalikan oleh Ketua IKRAM Muda Batang Padang, En. Muhamad Lukman bin Sainal. Dalam sesi santai tersebut, penonton daripada pelbagai peringkat umur dijemput memperkenalkan diri dan berkongsi pandangan mengenai perlawanan, termasuk jangkaan keputusan akhir, pemain kegemaran serta ulasan terhadap aksi separuh masa pertama. Menariknya, kesemua penonton yang ditemu bual menyatakan sokongan kepada pas**an Sepanyol.

Waktu rehat turut dimanfaatkan dengan tayangan video pengenalan mengenai Pertubuhan IKRAM Malaysia, sekali gus memberi pendedahan kepada para hadirin tentang peranan dan usaha dakwah serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh IKRAM.

Sejurus tamat perlawanan akhir, para penonton menyahut seruan Pengerusi Surau Al-Fattah, En. Shukri bin Saleh, untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Surau Al-Fattah. Solat Subuh telah diimamkan oleh belia muda tempatan Behrang Residen, Saudara Muhammad Mukhlis bin Zulkifli (21 Tahun), yang juga merupakan penyokong tegar pas**an Sepanyol.

Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia secara bersama, malah berjaya mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan penduduk Behrang Residen melalui aktiviti komuniti yang sihat dan bermanfaat.

IKRAM Muda Batang Padang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Fattah serta Wakil Penduduk Behrang Residen atas kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan kolaborasi sulung ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program yang memberi manfaat kepada komuniti pada masa hadapan.

Nota:

Wakil Penduduk Behrang Residen merujuk kepada Jawatankuasa Penaja Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Behrang Residen. Nama KRT tidak digunakan dalam hebahan ini kerana permohonan penubuhannya masih dalam proses menunggu kelulusan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

11/07/2026

AZAM Siri 11

Video inspirasi daripada hadis:

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang pengzina berzina ketika dia berzina dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri mencuri ketika dia mencuri dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang peminum arak meminum arak ketika dia meminumnya dalam keadaan dia beriman." — Riwayat al-Bukhari & Muslim

Ikuti siri AZAM di channel:
https://t.me/AntizinaAnakMuda

Photos from IKRAM Muda Perak's post 10/07/2026

"Iman dan maksiat tidak mampu berkongsi ruang yang sama"

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang pengzina berzina ketika dia berzina dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri mencuri ketika dia mencuri dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang peminum arak meminum arak ketika dia meminumnya dalam keadaan dia beriman." — Riwayat al-Bukhari & Muslim

Setiap maksiat bukan sekadar meninggalkan kesan pada kehidupan, tetapi juga menghakis cahaya iman di dalam hati.

Peliharalah iman sebelum ia pudar. Jauhilah pintu-pintu yang membawa kepada zina, arak, dadah, pornografi, perjudian dan segala bentuk maksiat.

Kerana harga sebuah dosa bukan sekadar penyesalan... tetapi hilangnya kemanisan iman.

🤲 Ya Allah, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu dan peliharalah kami daripada fitnah yang menyesatkan.

Ikuti kami di Channel:
https://t.me/AntizinaAnakMuda

06/07/2026

AZAM Siri 10:

​Video dan lagu Inspirasi daripada hadis:

​ 'Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan azab Allah atas diri mereka sendiri.' (HR. Al-Hakim)

Channel Telegram AZAM
https://t.me/AntizinaAnakMuda

Photos from IKRAM Muda Perak's post 05/07/2026

✨BILA TAHU TUJUAN HIDUP, SEMANGAT UNTUK BERJAYA LEBIH BERMAKNA! 💪

Alhamdulillah, IKRAM Muda Perak berpeluang berkongsi dalam Program Brainiac 2.0 anjuran HARMONI UTP pada 4 Julai lepas.

Slot motivasi telah disampaikan oleh Dr. Naqlis (AJK IKRAM Muda Perak merangkap Ketua IKRAM Muda Teluk Intan).

Daripada kisah perjalanan beliau di bangku sekolah hingga ke alam universiti, para peserta dibawa melihat bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk membina diri. Tiada jalan pintas menuju kejayaan, tetapi dengan usaha, doa dan istiqamah, impian mampu direalisasikan.

Lebih penting, para peserta diajak kembali kepada persoalan asas: "Mengapa kita diciptakan?" Apabila seseorang memahami tujuan penciptaannya sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi, lahirlah motivasi yang lebih kukuh untuk berubah, menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa HARMONI UTP atas penganjuran Brainiac 2.0 yang begitu bermanfaat. Terima kasih juga atas jemputan kepada IKRAM Muda Perak untuk bersama menjayakan program ini.

Semoga Allah memberkati usaha ini dan melahirkan lebih ramai anak muda yang cemerlang akademik, teguh akhlaknya dan sentiasa membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

05/07/2026

AZAM Siri 10:
Video inspirasi daripada hadis:

'Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan azab Allah atas diri mereka sendiri.' (HR. Al-Hakim)

Ikuti siri AZAM di channel:

https://t.me/AntizinaAnakMuda
https://vt.tiktok.com/ZSCpjJgrV/
https://www.instagram.com/reel/DaZvSnJv10D/?igsh=NnF2YnlxaTNjdnYz

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

PEJABAT IKRAM NEGERI PERAK, 36A, Persiaran Halaman Ampang, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350