PDRM Pulau Pinang

PDRM Pulau Pinang

Share

Laman ini merupakan Facebook Rasmi PDRM Pulau Pinang. Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 12/06/2026

πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† π“π”ππ€πˆ π’πŽπ‹π€π“ π‰π”πŒπ€π€π“ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ

Jumaat | 12 Jun 2026

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail hari ini menunaikan solat Jumaat bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di Masjid Padang Ibu, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Aminuddin bin Raja Abdullah, pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta para jemaah yang sama-sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

πŸ“Έ Jurugambar : Sjn Zul (D6 JSJ IPD SPT)

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 12/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŠπ„ π”ππˆπ“ πŸ‘ ππ€π’π”πŠπ€π π’πˆπŒππ€ππ€π ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†

Jumaat | 12 Jun 2026

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Pulau Pinang yang juga merupakan lawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Pemerintah Unit 3 PSP Pulau Pinang, Supt Azmi bin Awang Lah.

Dalam ucapannya, Ketua Polis Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Unit 3 PSP atas komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang mereka dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, sambil menegaskan peranan penting Pasukan Simpanan Persekutuan sebagai antara formasi utama PDRM.

Beliau menyeru agar integriti, profesionalisme, peningkatan ilmu dan kemahiran serta semangat esprit de corps terus diperkukuhkan, di samping mengingatkan anggota agar menghargai peranan keluarga sebagai sumber sokongan. Beliau turut menyampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang sebagai pengiktirafan terhadap khidmat cemerlang warga Unit 3 PSP.

Turut hadir Ketua Cawangan Khas, SAC Zakaria bin A. Rahim; Ketua Jabatan Pengurusan, ACP Baeyah binti Abdul Wahab; Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, ACP Liong Sau Lai; Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Supt Abdul Malik bin Mehat, pegawai-pegawai kanan, pegawai rendah polis, dan pegawai awam Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

πŸ“Έ Jurugambar : Kpl Amira Hanim (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang) & Kpl/D Mohd Sharizal (D6 IPK Pulau Pinang)

12/06/2026
Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PULAU PINANG

TANGKAPAN CALL CENTRE MELIBATKAN SINDIKET PENIPUAN PELABURAN PERTUKARAN MATAWANG USDT (KRIPTO) YANG MENYASARKAN MANGSA WARGANEGARA CHINA

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PULAU PINANG

TANGKAPAN CALL CENTRE MELIBATKAN SINDIKET PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD YANG MENYASARKAN MANGSA WARGANEGARA SINGAPURA

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PULAU PINANG

KEJAYAAN JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PULAU PINANG DALAM MENUMPASKAN AKTIVITI PENGEDARAN DADAH JENIS M**A BERNILAI RM1.2 JUTA

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐂𝐒𝐔 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ‘

Khamis | 11 Jun 2026

Pemangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang merangkap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Zailanni bin Amit telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis (PACSU) Cawangan Pulau Pinang Kali Ke-63 yang berlangsung di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Dalam ucapannya, SAC Zailanni menegaskan bahawa mesyuarat agung merupakan platform penting bagi membincangkan kebajikan, perkhidmatan dan hala tuju organisasi, di samping mengiktiraf peranan PACSU dalam memperjuangkan kepentingan pegawai awam PDRM. Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen warga pegawai awam serta menyeru agar mereka terus meningkatkan kompetensi, mengekalkan budaya kerja cemerlang dan mematuhi peraturan serta etika perkhidmatan.

Turut hadir Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang, SAC Zakaria bin A. Rahim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang, SAC Helmi bin Aris; Presiden PACSU Malaysia, En. Anuar bin Mamat; Pengerusi PACSU Cawangan Pulau Pinang, En. Ahmad Fauzi bin Abu Bakar; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah dan formasi, pegawai-pegawai kanan PDRM, barisan kepimpinan PACSU Malaysia, ahli-ahli PACSU Cawangan Pulau Pinang serta warga pegawai awam PDRM Kontinjen Pulau Pinang.

πŸ“Έ Jurugambar: Kpl Mohd Zaidillah (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PULAU PINANG

MAJLIS PERASMIAN BALAI POLIS BATU KAWAN, IPD SEBERANG PERAI SELATAN

Photos from PDRM Pulau Pinang's post 11/06/2026

ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ 𝐏𝐀𝐂𝐒𝐔 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Khamis | 11 Jun 2026

Pemangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Zailanni bin Amit merangkap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), En. Anuar bin Mamat bersama delegasi di Bilik Tetamu, IPK Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, SAC Helmi bin Aris; Ketua Jabatan Pengurusan, ACP Baeyah binti Abdul Wahab dan Pengerusi PACSU Pulau Pinang, En Ahmad Fauzi bin Abu Bakar.

πŸ“Έ Jurugambar: Kpl Mohd Zaidillah (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan
George Town