Ultras Panthers11

Ultras Panthers11

Share

The One and Only Ultras Panthers 🔥

The group of Die-Hard-Fans of Penang Football Club 💙🤍💛

04/06/2026

Salam maju jaya kepada (FA Penang) sebagai wakil dalam menentukan hala tuju perjalanan Kongres Luar Biasa (EGM) FAM hari ini.

Ini adalah langkah pertama ke arah tuntutan ketiga KEMBALIKAN BOLA SEPAK KEPADA RAKYAT iaitu Revolusi Bola Sepak Malaysia. Segala keputusan yang akan dicapai hari ini akan menentukan nasib bola sepak tempatan tahun mendatang.

KAMI SENTIASA MEMERHATI!

Teliti setiap cadangan, bahaskan setiap pindaan, dan nilai setiap keputusan. Apa perbincangan yang dibuat hari ini akan memberi kesan kepada bola sepak negara untuk tahun-tahun yang akan datang.

Sudah-sudahlah perjudikan nasib bola sepak tempatan sebagai platform untuk mendapat laba dan kepentingan diri sendiri. Mula bekerja sebagai RAKYAT.

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah / 1447h .

Semoga Kita Semua Sentiasa Diberkati 🤲🏻❤️

25/05/2026

Banyakkan membaca, jangan jadi manusia takdak otak hentam semberono serbu tak pakai helmet.

Tuntutan dilakukan sebulat suara oleh semua sub yang bernaung di bawah UM'07

Tapi kalau hati dah hitam, hang cakap apa pun semua tak kena, semua tak betul.

KEMBALIKAN BOLASEPAK KEPADA RAKYAT

“Kembalikan Bolasepak Kepada Rakyat” ialah satu slogan dan satu tuntutan.

Ia menuntut agar bolasepak yang telah dirampas dan dijadikan alat oleh mereka yang gagal menjaga amanah, dip**angkan semula kepada pemiliknya yang sebenar.

Segala skandal, pemalsuan dokumen, korupsi, keputusan teknikal yang bangang, naturalisasi ekspres, tatakelola yang rosak, kes tidak membayar gaji pemain, semuanya membuktikan satu perkara;

SUKAN YANG DAHULU DIKENALI SEBAGAI “SUKAN RAKYAT” KINI TELAH BERUBAH MENJADI SUKAN GOLONGAN BERKEPENTINGAN.

Bolasepak telah diselewengkan demi kepentingan:

• Politik
• Kapitalis
• Individu tertentu
• Permainan kuasa

1. “KEMBALIKAN”

“Kembalikan” bermaksud sesuatu telah diambil, diseleweng, dan digunakan secara salah.

Maka ia mesti dip**angkan semula.

Ia menuntut pembetulan terhadap:

• Bolasepak yang telah dirampas oleh golongan elit dan birokrat
• Sukan yang diperalatkan untuk agenda politik dan kepentingan peribadi
• Sistem yang digerakkan oleh kuasa dan kepentingan, bukan integriti

“Kembalikan” bukan nostalgia kepada era lama.

Ia menuntut pemulihan menyeluruh:

• Tatakelola yang telus
• Institusi yang berintegriti
• Liga yang kompetitif
• Sistem akar umbi yang berfungsi
• Penyokong diiktiraf sebagai stakeholder sebenar dalam ekosistem bolasepak

2. “BOLASEPAK”

Semua orang tahu apa itu bolasepak.

Yang rosak bukan sukan ini.

Yang rosak ialah manusia yang menguruskannya.

Bukan seorang, tetapi keseluruhan sistem yang membenarkan kerosakan ini berlaku.

Maka isu sebenar bukan tentang permainan bolasepak.

Isunya ialah siapa yang merosakkannya, dan siapa yang layak menjaganya dengan amanah serta berintergriti.

3. “RAKYAT”

“Rakyat” dalam slogan ini bukan kategori sosial.

Ia bukan hanya merujuk kepada:

• Golongan bawahan
• Komuniti
• Penyokong biasa

Bahkan:

• Golongan elit
• Institusi diraja
• Ahli politik
• Pentadbir
• Pegawai tinggi

Mereka juga rakyat, jika mereka memenuhi satu syarat asas;

TIDAK MENJADIKAN BOLASEPAK SEBAGAI ALAT UNTUK MEMUASKAN NAFSU DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

Nafsu dan kepentingan peribadi yang dimaksudkan ialah:

• Nafsu untuk menang melalui kezaliman
• Nafsu untuk berjaya melalui penipuan
• Nafsu untuk menutup kesalahan dengan kuasa
• Nafsu untuk menunggang sukan ini demi keuntungan sendiri

Namun kerosakan ini tidak akan berhenti jika ia terus dibiarkan.

Sukan bolasepak rosak bukan sahaja kerana mereka yang menyalahgunakannya.

Ia juga rosak kerana kita tahu ia rosak, tetapi kita memilih untuk diam dan terus menyokong secara membabi buta.

Jika penyokong sendiri tidak berani menegur dan menuntut pembetulan, maka bolasepak akan terus menjadi permainan mereka yang berkepentingan, dan ia tidak akan lagi menjadi milik rakyat.

Rakyat ialah mereka yang mahukan bolasepak yang:

• Tulen
• Jujur
• Adil
• Sistematik

Sesiapa yang menolak segala nafsu dan kepentingan peribadi ini, dan menjaga integriti serta maruah sukan ini, dialah yang dimaksudkan sebagai RAKYAT.

Kepada merekalah bolasepak ini perlu dikembalikan.

24/05/2026

Jangan lupa tuntutan kami ! Jawab , Jelaskan , BertanggungJawab.

19/05/2026

JAWAB , JELASKAN , BERTANGGUNGJAWAB !

KembalikanBolaSepakKepadaRakyat

Photos from UM'07's post 15/05/2026

Bercakap Kosong atau bercakap ada tindakan ?

Photos from Ultras Panthers11's post 15/05/2026

PANTHERS DAY !

JAWAB , JELASKAN!
BERTANGGUNGJAWAB!

13/05/2026

FINAL BATTLE " ONE LAST DANCE! "

PENANG FC vs DPMM FC
15 Mei 2026 5.00 PM
Stadium Bandaraya , Penang

" LETS SEE YOUR SKILL BABY "

13/05/2026

Hari Ini, Menuntut Akauntabiliti Dianggap Liabiliti

Dalam bola sepak Malaysia hari ini, ada satu perkara yang semakin pelik.

Masalah sebenar seolah-olah bukan lagi pada sistem yang gagal. Bukan pada keputusan yang tidak dijelaskan. Bukan pada amanah yang tidak dipertanggungjawabkan.

Sebaliknya, masalahnya kononnya ialah penyokong yang berani menuntut. Penyokong bertanya, dikatakan bising. Penyokong menuntut jawapan, dikatakan menyerang. Penyokong bercakap tentang reformasi, dikatakan mahu merosakkan bola sepak. Hari ini, menuntut akauntabiliti p**a dianggap liabiliti.

Sedangkan KBSKR tidak menuntut perkara pelik. KBSKR tidak menuntut jawatan. KBSKR tidak menuntut kerusi kuasa. KBSKR menuntut akauntabiliti.

Tuntutan pertama jelas: tarik balik kerakyatan tujuh pemain jika ia diperoleh melalui proses yang tercemar. Sebelum ini, alasan yang diberikan ialah penggunaan budi bicara menteri untuk memberi kerakyatan kepada mereka. Kerakyatan itu diberi supaya mereka boleh mewakili pasukan Malaysia.

Tetapi apabila proses itu tercemar dengan skandal pemalsuan dokumen, persoalannya mudah: Untuk apa kerakyatan itu terus dipertahankan? Untuk dijadikan kenangan kepada kegagalan di peringkat antarabangsa? Ini bukan soal membenci pemain. Ini soal proses. Ini soal integriti negara. Ini soal maruah bola sepak Malaysia. Jika asas pemberian kerakyatan itu tercemar, maka keputusan itu wajib disemak semula.

Tuntutan kedua p**a ialah p**angkan semula Skuad Harimau Malaya kepada FAM. Ini bukan kerana penyokong tiba-tiba percaya semua masalah akan selesai hanya dengan nama FAM. Ini bukan soal “kalau FAM bermasalah, kenapa mahu p**angkan kepada FAM?”

Isunya ialah akauntabiliti. Pasukan kebangsaan mesti berada di bawah struktur rasmi yang jelas. Bila berlaku kegagalan, mesti jelas siapa bertanggungjawab. Bila berlaku skandal, mesti jelas siapa menjawab. Bila berlaku pemalsuan dokumen, tidak boleh ada budaya tolak-menolak.

Yang satu tolak kepada FAM, yang satu tolak kepada NT, kemudian dikatakan p**a kerajaan sudah beri kewarganegaraan, maka semuanya dianggap selesai. Tidak. Itu bukan akauntabiliti.

Kalau semua pihak boleh menolak tanggungjawab, bermakna struktur itu memang bermasalah. Dan kalau struktur itu bermasalah, ia mesti dip**angkan kepada sistem rasmi yang boleh disemak, dipersoal, dan dipertanggungjawabkan.

Tuntutan ketiga ialah reformasi bola sepak Malaysia secara menyeluruh. Ini tuntutan paling besar, kerana masalah bola sepak Malaysia bukan bermula dengan satu skandal sahaja.

Masalahnya sudah lama berulang. Daripada FAM sehingga ke kelab-kelab yang bertanding, bola sepak terlalu kerap dijadikan alat kepentingan peribadi, medan permainan kuasa, dan tempat pihak tertentu membina nama.

Bila ada kepentingan, pasukan diambil. Duit dicampak. Belanja dibuat seolah-olah tiada had. Bila kepentingan tidak tercapai, bila modal sudah habis, bila perhatian sudah hilang, pasukan ditinggalkan terkontang-kanting.

Pemain tidak terbela, gaji tertunggak, fasiliti asas lemah, akar umbi terabai, kelab hilang arah, penyokong hanya dianggap wujud bila diperlukan untuk kepentingan peribadi.

Jadi masalah bola sepak Malaysia bukan hanya soal pemalsuan dokumen. Bukan hanya soal gaji tidak dibayar. Bukan hanya soal kelab bermasalah. Itu semua hanyalah simptom.

Punca besarnya ialah budaya menjadikan bola sepak sebagai alat kepentingan peribadi. Selagi bola sepak diurus sebagai projek kuasa, bukan amanah rakyat, masalah ini akan terus berulang.

Sebab itu pengkritik KBSKR perlu menjawab satu soalan mudah: Apa sebenarnya yang kamu pertahankan?

Adakah kamu mempertahankan bola sepak Malaysia, atau kamu sedang mempertahankan budaya tidak perlu menjawab? Adakah kamu menolak tuntutan ini kerana tuntutan ini salah, atau kerana tuntutan ini mengganggu keselesaan pihak tertentu?

Adakah kamu marah kerana penyokong menuntut akauntabiliti, atau kerana selama ini kamu sudah terbiasa melihat bola sepak diurus tanpa semakan?

Kalau benar sayangkan bola sepak Malaysia, kamu tidak sepatutnya takut kepada akauntabiliti. Kamu sepatutnya mahu proses yang bersih, kamu sepatutnya mahu struktur yang jelas, kamu sepatutnya mahu pihak yang membuat keputusan berani menjawab keputusan mereka.

Kamu sepatutnya mahu reformasi supaya masalah sama tidak diwariskan kepada generasi seterusnya.

Siapa pun kita, sama ada pengurusan, badan pentadbir, pemain, kelab, kerajaan, penyokong biasa, atau ultras, kita semua ada tanggungjawab terhadap masa depan bola sepak Malaysia.

Tetapi tanggungjawab paling besar tetap berada pada mereka yang memegang kuasa dan amanah.

Menuntut akauntabiliti bukan liabiliti, yang menjadi liabiliti ialah sistem yang takut disemak. Yang menjadi liabiliti ialah pemegang amanah yang tidak mahu menjawab dan bertanggungjawab.

Yang menjadi liabiliti ialah budaya bola sepak yang mahu penyokong hadir, bersorak, membeli tiket, membeli jersi, memenuhi stadium tetapi diam apabila keputusan besar dipersoalkan.

KBSKR bukan gerakan untuk merampas kuasa, KBSKR adalah tuntutan supaya kuasa tidak terus disalahgunakan.

Tiga tuntutan. Tunaikan.

11/05/2026

Akauntabiliti Bukan Liabiliti !!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

George Town