Mega Raksa

Mega Raksa

Share

Mega Raksa Niaga (002603721-A).

09/10/2025

MABUK TABIAT BURUK

ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Mabuk Menurut Agama Islam
3. Mabuk Menurut Agama Kristian
4. Mabuk Menurut Agama Buddha
5. Mabuk Menurut Agama Hindu
6. Mabuk Menurut Agama Sikh
7. Perundangan Kesalahan Mabuk
8. Kesan Mabuk Pada Kesihatan dan Sosial
9. Kesimp**an
1. PENDAHULUAN

Mabuk menurut kamus Dewan ialah "berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dan sebagainya".

Kebiasaannya mabuk berpunca dari minun arak walau apa saja nama atau jenama atau tumbuhan dan sebagainya yang boleh membuat seseorang menjadi khayal.

Boleh dikatakan semua agama melarang penganutnya mabuk, dan para doktor menyatakan arak ini berbahaya.
2. MABUK MENURUT AGAMA ISLAM

Dalam Islam, khamr (الْخَمْرُ — minuman memabukkan) yang diharamkan secara jelas oleh al-Quran dan Sunnah.

Ayat dan hadith menyatakan bahawa khamr adalah “rijs (kotoran) dari pekerjaan syaitan”, firman Allah dalam al-Quran Surah al-Mā’idah 5:90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ … رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang yang beriman, sesungguhnya khamr (minuman memabukkan), judi … adalah kotoran dari perbuatan syaitan; jauhilah ia supaya kamu berjaya.”

Tidak khususkan satu jenama arak, sebaliknya mengumumkan apa jua yang memabukkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Muslim, sabda Nabi ﷺ:

«كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ»

“Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Semua minuman yang menyebabkan khalwat/mabuk adalah haram, termasuk arak moden (beer, wine, spirits) kerana dalil al-Qur’ān dan hadis di atas.
3. MABUK MENURUT AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian melarang penganutnya minun arak atau memabukkan diri, disebut dalam Biible:

“Janganlah kamu mabuk oleh anggur, karena itu adalah pemanjaan; tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh.” — Efesus 5:18.

“Anggur itu pembohong; minuman kuat adalah pencetus pergaduhan; sesiapa yang ditipu olehnya tidak bijak.” — Amsal 20:1.

Terdapat banyak lagi ayat dalam Bible seperti Lukas 1: 15 dan banyak lagi yang melarang penganutnya mabuk.
4. MABUK MENURUT AGAMA BUDDHA

Dalam Buddhisme ada satu etika asas disebut Pañca-sīla yang bermaksud Perintah Yang Lima, yang ke-5 menyebut:

“menjauhi arak dan bahan yang memabukkan kerana ia punca kelalaian.”

Pengambilan pembius / memabukkan yang menyebabkan kelalaian (heedlessness). Ini sering diterjemah kepada larangan minum minuman memabukkan.

5. MABUK MENURUT AGAMA HINDU

Tidak ketinggalan agama Hindu yang turut melarang penganutnya mabuk, disebut dalam Athravaveda: 6: 70: 1:

“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan fikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.”

Jika diperhatikan arak diletak sekali dengan daging yang kebanyakan orang beragama Hindu tidak makan daging. Sepatutnya begitulah pada arak pun (tidak minun).
6. MABUK MENURUT AGAMA SIKH

Kaum Bengali atau yang beragama Sikh, jika mengikut ajarannya tentu tidak memabukkan diri, kerana dalam Guru Granth Sahib 554, menyebut:

“Ramai orang mengaku diri mereka ‘sura’ (pemberani/peneguk arak), tetapi tiada yang benar-benar memahami makna sebenar ‘sura’ — yang sejati ialah orang yang menahan diri daripada arak dan nafsu.”

Bukan sekadar arak, bahkan tembakau (tembakau zaman itu, kini v**e juga mungkin termasuk) dilarang.
7. PERUNDANGAN KESALAHAN MABUK

Dalam Malaysia terdapat perundangan dengan akta untuk kesalahan mabuk, antaranya seperti berikut:

Seksyen 21(1)(d), Akta Polis 1967 (Akta 344):

“Memberi kuasa kepada polis untuk menahan mana-mana individu yang mabuk di tempat awam dan menimbulkan gangguan.

Polis boleh:
Menahan individu itu sementara untuk keselamatan awam.
Mengeluarkan amaran, denda, atau mendakwa di mahkamah jika berlaku gangguan awam."

Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Kesalahan paling berat berkaitan alkohol.

Seksyen 44(1):

“Sesiapa yang memandu, mengemudi, atau mengawal kenderaan bermotor di jalan awam dengan tahap alkohol melebihi had yang dibenarkan atau dalam keadaan mabuk sehingga tidak mampu mengawal kenderaan dengan wajar, adalah melakukan kesalahan.”

Penjara: 10 hingga 15 tahun (bergantung kepada kecederaan atau kematian yang disebabkan).

Denda: RM50,000 hingga RM100,000.

Gantung lesen: minimum 10 tahun untuk kes pertama, 20 tahun untuk kes berulang.

Jika menyebabkan kematian: Kes boleh dituduh di bawah Seksyen 44(1) atau Seksyen 302 / 304 Kanun Keseksaan (jika ada niat atau kelalaian berat menyebabkan kematian).

Akta: Seksyen 45A, Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol tetapi belum menyebabkan kemalangan.

Seksyen 45A(1):
“Sesiapa yang memandu, mengemudi atau mengawal kenderaan bermotor di jalan awam di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan, boleh disabitkan.”

Hukuman:
Denda: RM10,000 – RM30,000
Penjara: hingga 2 tahun
Gantung lesen: minimum 2 tahun (kes pertama), 5 tahun (ulangan).

Akta: Akta Eksais 1976 (Akta 176)

Mengawal pengeluaran, penyimpanan dan penjualan minuman beralkohol.

Seksyen 32 & 33:
Melarang mana-mana individu menjual, mengilang atau menyimpan arak tanpa lesen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Hukuman: Denda Sehingga RM20,000 atau Penjara: Sehingga 3 tahun
atau kedua-duanya sekali.

Penjualan arak tanpa lesen dikategorikan sebagai jualan tidak sah (illicit liquor) — boleh disita dan pemilik dikenakan tindakan di bawah Akta Eksais.

Iklan arak tidak boleh disiarkan di televisyen, radio, papan iklan awam tanpa kebenaran khas.

Tertakluk kepada Kod Etika Pengiklanan Malaysia (Communications and Multimedia Act 1998).

Iklan tidak boleh menggambarkan minuman keras sebagai gaya hidup positif, kejayaan, atau keberanian.

Jika langgar: Denda sehingga RM50,000 atau pembatalan lesen pengiklanan.
8. KESAN MABUK PADA KESIHATAN DAN SOSIAL

Dari sudut kesihatan p**a, WHO melaporkan 2.6 juta kematian pada 2019 berkaitan alkohol. Sebenarnya banyak lagi kesan buruk arak pada tubuh dan minda manusia.

Adapun dari aspek sosial, ketagihan dan keganasan berkaitan alkohol menjejaskan kesejahteraan kanak-kanak, kestabilan keluarga, dan pembangunan sosio-ekonomi generasi akan datang.
9. KESIMPULAN

Maka adakah peminumnya itu tidak beragama atau tidak bernegara atau tidak pentingkan kesihatan?

Entah yang mana satu, cuma satu yang pasti, mabuk dilarang dalam agama, banyak kesan buruk hingga wujud perundangan khas berkaitan mabuk.

Oleh itu, jangan sesekali minun atau menyokong individu kaki botol, kerana implikasi keburukan akibat mabuk terlalu banyak.

-Loha-

09/08/2025

18/03/2025

Check out 'Adidas superstar', available at RM29 on : https://carousell.app.link/Wt0kI5seQRb

18/03/2025

Check out 'Reebok', available at RM35 on : https://carousell.app.link/MHNVvJfeQRb

18/03/2025

Check out 'Nike Cortez', available at RM35 on : https://carousell.app.link/YebQlz1dQRb

18/03/2025

Check out 'Converse All Star', available at RM19 on : https://carousell.app.link/H1tXQOKdQRb

18/03/2025

Check out 'Nike Air Max', available at RM35 on : https://carousell.app.link/0NjL3iqdQRb

17/03/2025

Check out 'Adidas 15.3', available at RM35 on : https://carousell.app.link/M3n1rGyBORb

17/03/2025

Check out 'Puma ultra', available at RM35 on : https://carousell.app.link/rHGo8HeBORb

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Bentong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


2 (U) GKP, Kampung Lebu
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00