Masjid Rengit

Masjid Rengit

Share

Masjid Pekan Rengit merupakan salah sebuah masjid kerajaan negeri Johor yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor darul Takzim

22/07/2025

Assalamualaikum,

*KAUNTER TABUNG HAJI JAMEK RENGIT*🕋

Tarikh : 24.07.2025 (Khamis)
Waktu : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : *MASJID JAMEK RENGIT*.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:-

1. *Pembukaan Akaun Baru* Kanak² (Sila bawa *MyKid* & *Sijil Kelahiran untuk akaun anak. Pembukaan akaun*)
2. Daftar Haji (RM 1300.00)
3. Potongan Gaji untuk simpanan _TH_
4. Daftar THiJARI ( Tabung Haji Online)
5. TH Khairat (RM28 Setahun)
6. Simpanan max RM3000
7. Pengeluaran max RM500

Datanglah beramai-ramai untuk berurusan dengan Tabung Haji.

*Sila Bawa Mykad & Mykid beserta Sijil Lahir Anak*

*Daftar Permohonan Buka Akaun Secara Online*
www.thijari.com.my/
*BUKA SEKARANG*

*p/s: mohon sebarkan kepada orang ramai.*

SEMUA DIJEMPUT HADIR

THiJARI

03/07/2025

Assalamualaikum wbt.

SEMPENA 10 MUHARRAM 1447H.
- MASJID RENGIT MOHON SUMBANGAN UNTUK BUBUR ASYURA DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK - ANAK YATIM.

*TARIKH : 6 / 7 / 2025
*HARI : AHAD
*MASA : 4.30 PETANG
*TEMPAT: MASJID RENGIT

Tentatif :
- 8.00 pagi gotong royong masak Bubur Asyura.
- 11.00 pagi agihan bubur lambuk kepada jemaah.
- 4.15 petang kehadiran anak - anak yatim bersama penjaga.
- Solat Asar
- Bacaan tasbih 10 Muharram.
- Sumbangan kepada anak - anak yatim & bubur asyura.
- bersurai.

Sumbangan boleh beri kepada Imam masjid atau terus kepada anak - anak yatim pada hari tersebut.

Sekian tksih.semoga harta infaknya mendapat keberkatan dari Allah..Aamiin

03/07/2025

Assalamualaikum wbt.

17/05/2025

Assalamualaikum.
Hebahan Maklumat.

Hari Raya Aidiladha. Masjid Rengit bersama AJK KG. Parit Mesjid akan melaksanakan ibadat lembu korban :

1.satu bahagian rm800.
2.sila beri nama & no.
telefon.
3.tarikh tamat.seminggu
sbelum raya hj.
4.pembahagian pd.hari
raya hj.pertama.
5.tempat di stor masak
masjid rengit
6.hubungi :
- imam / bilal / Noja di
Masjid Rengit.
- AJK Parit Masjid.
cikgu hj.sahar dahlan
en mohd shah.

mudah-Mudah2an jemaah dapat menginfakkan ibadat lembu korban.
sekian terima kasih.

07/05/2025

Assalamualaikum w.b.t.
Bersama - sama kita mengimarahkan
program semarak subuh Masjid Jamek Rengit.

tarikh : 9/5/2025
hari. : jumaat
masa : 5.30 pagi
: tahrim subuh.
: solat subuh.
: bacaan surah
kahfi.
: tazkirah subuh.
: sarapan pagi.
: bersurai.

11/04/2025

Sambutan hari raya bersama dgn tuan kadi daerah batu pahat serta meraikan bakal2 hj dan asnaf2 masjid rengit 2025

Tarikh : 13/4/2025
Hari. : Ahad mlm Isnin
Masa. : Selepas solat Maghrib
: doa.
: kuliah syawal & ucapan As Syeikh Hj Nasri B Rahman Kadi Daerah Batu Pahat.
: penyampaian sumbangan kepada bakal2 hj.

: marhaban
: doa hari raya
: solat Isyak
: doa
: jamuan
: bersurai

muslimin & muslimat d jemput hadir. Semoga hadir in yg hadir dirahmati dan diberkati. Allah s.w.t..

Untuk menyumbang apa2 bentuk sumbangan boleh hubungi:
Imam Asri bin Darus atau Farhan Yaacob

28/03/2025

Pengumuman.

Tarikh akhir program buat bubur lambuk masjid rengit

tarikh : 29 / 3 / 2025
hari. : sabtu.
masa. : 11.00 pagi

terima kasih semua jemaah bergotong royong membuat bubur lambuk keikhlasan amal jariah utk menyediakan berbuka puasa.semoga allah luaskn rezeki dan sihat walafiat

19/03/2025

Assalamualaikum w.b.t

Undangan ke Majlis Khatam Al-Quran.

PROGRAM KHATAM AL-QURAN MASJID RENGIT 2025

Tarikh : 19.3.2025
Hari. : Rabu
Masa. : 6.00 petang
Tempat : Masjid Rengit.

Muslimin & muslimat diharapkan dapat hadir serta meraihkan program ini. Semoga kita semua akan memperolehi rahmat dan dilindungi oleh Allah SWT ketika dan selepas program ini berlangsung.

Sekian terima kasih.

07/03/2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Program anjuran TH komuniti batu pahat & bersama pengarah TH Johor.

Tarikh : 11/3/25
Hari : selasa
Masa : 9.00pagi - 3.30petang

bagi asnaf-asnaf kawasan rengit dan senggarang digalakkan hadir untuk membuka akuan percuma rm100 & khairat kematian.
Untuk menyemak nama - nama asnaf boleh berjumpa dan menghubungi dengan
Imam asri
(imam masjid rengit).

Semua dijemput hadir untuk buka akaun.

Jam 10.30 pagi bole ambil bubur lambuk sekali.

sekian terima kasih

24/02/2025

Assalamualaikum wbt.

Menjemput hadir ke masjid rengit sempena

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL PERDANA MASJID RENGIT

TARIKH : 27.2.2025
HARI. : KHAMIS MALAM JUMAAT
MASA. : LEPAS SOLAT MAHGRIB.
TEMPAT : MASJID RENGIT

- bacaan fatihah pd arwah2.
- selawat 11 kali
- bacaan yasin & tahlil
- azan isyak
- sambung bacaan doa
- solat isyak
- bacaan surah mulk
- jamuan

sumbangan seikhlasnya & kiriman nama2 bole diserahkn pd imam sebelum 27/2/205.

MUSLIM DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.

Terima kasih Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang hadir serta pemberi-beri sumbangan.

Semoga Sama2 kita mendapat rahmat Allah swt.

-

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Besar Rengit
Batu Pahat
83000