Politeknik Banting

Politeknik Banting

Share

PBS managed by PolyCC

Photos from Politeknik Banting's post 24/08/2026

TARIKH :23 OGOS 2026
MASA : 7 PG โ€“ 6 PTG
TEMPAT : AEON MALL TAMAN MALURI

PBS telah menyertai Program Bazar POLYCC @ Mall 2026 yang telah dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar Bahagian ambilan dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat di Aeon Mall Taman Maluri Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2026.

PBS telah membawa jualan keusahawanan urban farming kit dan produk pencetak 3D serta engraving. Rerurai keusahwanan PBS mendapat pujian dan telah mendapat perhatian bukan sahaja dari orang ramai yang berkunjung malah dari pihak AEON Taman Maluri untuk mengadakan kerjasama selanjutnya bersama team kausahawanan PBS.

Melalui pembukaan reruai Urban Farming dan produk Pencetak 3D, PBS dapat memperkenalkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian dan pembuatan moden, di samping membuka peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman sebenar dalam bidang keusahawanan, komunikasi, pemasaran dan pengkomersialan produk. Secara tidak langsung, penyertaan ini dapat meningkatkan keterlihatan dan imej PBS sebagai institusi TVET yang aktif dalam melahirkan graduan berkemahiran, inovatif dan berdaya keusahawanan. Turut hadir sebagai jemputan mewakili pengarah PBS ialah En. Roswady bin Abdul Wahab.

Photos from Politeknik Banting's post 21/08/2026

PERBINCANGAN STRATEGIK PBS โ€“ i-CATS UNIVERSITY COLLEGE

Politeknik Banting Selangor (PBS) menerima kunjungan delegasi i-CATS University College, Kuching, Sarawak bagi mengadakan perbincangan strategik berkaitan peluang kerjasama akademik, laluan pengajian serta perkongsian kepakaran dalam bidang aeroangkasa.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah PBS, En. Roswady bin Abdul Wahab, dan turut disertai oleh:

๐Ÿ”น En. Muhammad Khairi bin Aziz โ€“ Ketua Jabatan Penyenggaraan Pesawat (KJPP)
๐Ÿ”น Pn. Rosmawar binti Hussin โ€“ Ketua Program DAM
๐Ÿ”น En. Mohammad Azmin bin Zainal โ€“ Penyelaras OBE JPP
๐Ÿ”น Ts. Muhamad Farouk bin Abdul Rashid โ€“ Ketua Unit Jaringan Kolaborasi dan Pengantarabangsaan PBS
๐Ÿ”น Pn. Norlia binti Ghazali โ€“ Penyelaras Kolaborasi JPP
๐Ÿ”น En. Mohammad Suffian bin Abdul Latib โ€“ Penyelaras Kolaborasi JPP

Delegasi i-CATS University College p**a terdiri daripada:

๐Ÿ”น Encik Mohd Hanafiah bin Semuni โ€“ Director, Global Alliances, International & Networking Division (iGAIN)
๐Ÿ”น Cik Nur Fauzurana Arisha binti Abdullah โ€“ Regional Executive, Global Alliances, International & Networking Division (iGAIN)
๐Ÿ”น Professor Datoโ€™ Ir. Ts. Dr. Mohamad Dali Isa โ€“ Professor, Aerospace Engineering, Faculty of Aerospace Engineering
๐Ÿ”น Encik Sharil Mat Saleh โ€“ Instructor, Faculty of Aerospace Engineering

Selain sesi perbincangan strategik, delegasi i-CATS turut mengadakan sesi perkongsian bersama pelajar PBS di Dewan Kuliah Utama yang memberi pendedahan mengenai program-program pengajian yang ditawarkan di i-CATS serta peluang pelajar PBS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Sesi ini menjadi ruang perkongsian yang bermanfaat dalam membantu pelajar mengenali dengan lebih dekat laluan pengajian, pilihan program dan peluang pendidikan lanjutan yang tersedia.

Semoga jalinan kerjasama PBS dan i-CATS terus diperkukuh dalam membuka lebih banyak peluang akademik dan pembangunan bakat, khususnya dalam bidang TVET dan aeroangkasa.

Photos from Politeknik Banting's post 21/08/2026

BENGKEL AI FOR EDUCATORS | HARI TERAKHIR

Alhamdulillah, Bengkel AI for Educators yang berlangsung dari 19 - 21 Ogos 2026 di Politeknik Banting Selangor (PBS) telah melabuhkan tirai pada hari ini.

Bengkel yang dikendalikan oleh Coach Mohd Noor bin Mohd Tahir, Trainer CMN DIGYLEARN Sdn. Bhd. ini memberi pendedahan kepada para pensyarah mengenai penggunaan AI dalam penghasilan bahan pengajaran, termasuk janaan imej, video, audio serta penyuntingan video menggunakan pelbagai AI tools.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Coach Mohd Noor bin Mohd Tahir atas perkongsian ilmu, pengalaman serta kemahiran yang sangat bermanfaat sepanjang bengkel ini.

Terima kasih juga kepada En. Azizul bin Mohd Nasir selaku fasilitator atas komitmen, bimbingan dan bantuan sepanjang bengkel berlangsung. Kehadiran serta sokongan beliau banyak membantu peserta dalam mengikuti aktiviti praktikal yang dijalankan dengan lancar. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Timbalan Pengarah Akademik PBS, En. Roswady bin Abdul Wahab dan Pn. Aishah binti Saim selaku Ketua Unit e-Pembelajaran dan Multimedia turut hadir pada hari terakhir bagi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Coach Mohd Noor bin Mohd Tahir dan En. Azizul bin Mohd Nasir sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa penyampaian PdP yang lebih kreatif dan inovatif.

Photos from Politeknik Banting's post 21/08/2026

CSR SIRI 3 | KERJA BAKTI & PENYENGGARAAN HANGAR PBS

Alhamdulillah, gerak kerja berterusan CSR Siri 3 pada 21 Ogos 2026 berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Tumpuan kali ini melibatkan 'Aircraft Structure and Airframe Workshop ASAW' dan 'General Workshop' termasuk kerja-kerja mengecat, penyenggaraan roda tangga serta penyusunan semula bahan luak.

Tahniah dan terima kasih atas usaha proaktif KP Fasiliti bersama staf dan pelajar JPP dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keberkesanan ruang hangar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Kerja bersama, hangar terjaga!

Photos from Politeknik Banting's post 20/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Tahniah diucapkan kepada AHMAD NASRULLAH BIN MOHAMED (DTP3A) atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Calculus Board Competition Peringkat Kebangsaan bagi TEAM PBS B, sempena KARNIVAL STEAM 2026!

Tahniah juga kepada semua ahli TEAM PBS A dan TEAM PBS B atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Syabas semua! Teruskan kecemerlangan dan terus harumkan nama PBS!

20/08/2026

๐ŸŒŸ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐๐’ ๐Š๐„ ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐ŸŒŸ

Tahniah kepada dua pelajar Politeknik Banting Selangor (PBS) yang telah berjaya menghantar pencalonan bagi Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), Kementerian Pendidikan Tinggi:

๐Ÿ‘ Rishe A/L Sivakumar
๐Ÿ‘ Muhammad Nazhanif Erfan Bin Muhammad Nazri

Semoga pencalonan ini menjadi langkah bermakna dalam mengukir lebih banyak kejayaan dan membawa nama PBS ke pentas yang lebih tinggi. ๐ŸŒŸ

PBS bangga dengan anda! โค๏ธ

๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Š๐„ ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada 10 calon ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– yang telah berjaya menghantar pencalonan bagi Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pencalonan ini membawa bersama aspirasi dan semangat ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, malah berani memimpin, mencipta impak dan menyumbang kepada komuniti.

Inilah semangat ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– โ€” melahirkan mahasiswa holistik yang menyerlah melalui bakat, kepimpinan, daya usaha, kesukarelawanan, inovasi dan nilai kemanusiaan.

Teruskan melangkah dengan yakin dan bawa nama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) ke pentas yang lebih tinggi.

๐—•๐—ฒ ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ. ๐—œ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ. ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฐ๐˜.

โ€Humanity Fosters Communityโ€
Kemanusiaan Memupuk Komuniti

Semoga kejayaan mengiringi perjalanan anda dalam Anugerah Tokoh Siswa Negara.

POLYCC bangga dengan anda!

19/08/2026

๐ŸŽ“โœจ COUNTDOWN TO CONVOCATION! โœจ๐ŸŽ“

Bakal graduan POLYCC Zon Tengah, dah bersedia untuk hari istimewa anda? ๐Ÿ’

Segala maklumat berkaitan Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah kini boleh diakses melalui laman sesawang rasmi. Jangan lupa semak dari semasa ke semasa untuk mendapatkan hebahan dan maklumat terkini berkaitan majlis.

๐ŸŒ Laman Rasmi Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah
๐Ÿ”— https://konvotengah.puo.edu.my/

๐Ÿ“Œ Satu laman, segala maklumat konvokesyen di hujung jari!

Raikan pencapaian, abadikan kenangan dan melangkah ke fasa seterusnya dengan penuh bangga. ๐Ÿฅน๐ŸŽ“โœจ

Tahniah bakal graduan POLYCC Zon Tengah!
Ini bukan sekadar hari graduasi โ€” ini adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. โค๏ธ

Photos from Politeknik Banting's post 19/08/2026

BENGKEL PENJAJARAN KURSUS BAHARU MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (PLAS TUDM)

Bengkel Penjajaran Kursus Baharu Mata Pelajaran Pengajian Umum (PLAS TUDM) telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Banting Selangor (PBS) pada 17 hingga 19 Ogos 2026.

Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh pelaksanaan kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) PLAS TUDM melalui perbincangan berkaitan isu, cabaran serta keperluan penambahbaikan bagi memastikan penyampaian kursus lebih tersusun dan berkesan.

Bengkel turut disertai oleh pensyarah pembimbing dari Politeknik serta pegawai TUDM daripada MPSTU dan skuadron berkaitan. Turut hadir, Pn. Noor Afziha binti Ngarisan dan En. Faizuddin bin Hassan dari Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Semoga hasil perbincangan dan penjajaran yang dilaksanakan dapat memperkukuh penyampaian kursus serta memastikan pelaksanaan PLAS TUDM terus diperkasa secara tersusun, selaras dan berkesan.

Photos from CIAST's post 19/08/2026

Terima kasih CIAST atas kunjungan dan lawatan pemantauan Projek New Emerging Technology (NET) ke Politeknik Banting Selangor. ๐Ÿค

Komitmen, perkongsian kepakaran dan perbincangan yang berlangsung amat bermakna dalam usaha memperkukuh kandungan kursus PAUT, kerjasama Master Trainer serta perancangan latihan yang lebih relevan dan berdaya saing.

Semoga jalinan kerjasama antara CIAST dan PBS terus diperkukuh demi melahirkan pengajar TVET yang kompeten, berkualiti dan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Photos from Politeknik Banting's post 17/08/2026

LAWATAN DELEGASI SHAANXI INSTITUTE OF TECHNOLOGY KE POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Politeknik Banting Selangor (PBS) hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Shaanxi Institute of Technology, China dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta pertukaran kepakaran antara kedua-dua institusi.

Kehadiran delegasi disambut penuh mesra di lobi PBS oleh Tuan Pengarah sendiri iaitu Ts. Ibrahim Bin Burhan bersama barisan Ahli Pengurusan PBS, diiringi paluan kompang dan persembahan silat yang menyerikan lagi suasana ketibaan delegasi.

Sesi pengenalan dan perbincangan antara pihak Shaanxi Institute of Technology, China bersama barisan Ahli Pengurusan PBS telah diadakan di Bilik Persidangan PBS yang dipengerusikan oleh Ts. Ibrahim bin Burhan, Pengarah PBS dan turut disertai oleh En. Roswady bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah PBS.

Selesai sesi perbincangan, delegasi seterusnya dibawa meninjau Hangar PBS bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti, kemudahan serta persekitaran pembelajaran dan latihan yang tersedia disini. Lawatan ini memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dengan lebih dekat keupayaan serta ekosistem TVET yang ditawarkan di PBS.

PBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Shaanxi Institute of Technology, China atas kesudian berkunjung ke PBS, khususnya Prof. Zhang Shuangqi, Prof. Han Zheng, Prof. Hu Chunlong, Prof. Ren Yuanbo, Prof. Xue Guangchen, Prof. Jizikun, Dr. Zhang Zhijing daripada International TVET Academy (ITA) of Malaysia serta Prof. Li Baoqiao daripada Huanggang Education Valley Investment Holding Co., Ltd.

Kehadiran semua amat kami hargai dan semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat, perkongsian ilmu yang lebih luas serta kolaborasi yang berterusan antara kedua-dua institusi.

Lawatan ini menjadi satu platform bermakna dalam meneroka peluang kerjasama serta memperkukuh jaringan pendidikan dan TVET di peringkat antarabangsa, selaras dengan usaha PBS untuk terus membina jaringan dan memperluas kolaborasi.

PBS terus melangkah ke hadapan, membina jaringan, memperluas kolaborasi dan mengangkat TVET ke persada antarabangsa!










English Translation

VISIT BY SHAANXI INSTITUTE OF TECHNOLOGY TO POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Politeknik Banting Selangor (PBS) was pleased to welcome representatives from Shaanxi Institute of Technology, China today as part of efforts to strengthen institutional collaboration and facilitate the exchange of knowledge and expertise between both institutions.

The guests received a warm welcome at the PBS lobby from the Director, Ts. Ibrahim bin Burhan, together with the PBS Management Team, accompanied by a vibrant kompang performance and traditional silat demonstration, which added a special touch to their arrival.

A welcome and discussion session between representatives from Shaanxi Institute of Technology, China and the PBS Management Team was held at the PBS Conference Room. The session was chaired by Ts. Ibrahim bin Burhan, Director of PBS, and attended by En. Roswady bin Abdul Wahab, Deputy Director of PBS, together with members of the PBS Management Team.

Following the discussion, the guests were taken on a tour of the PBS Hangar to explore the facilities, equipment, and learning and training environment available at PBS. The visit provided an opportunity for them to gain a closer insight into the capabilities and TVET ecosystem offered by PBS.

PBS extends its sincere appreciation and gratitude to the representatives from Shaanxi Institute of Technology, China for their visit, particularly Prof. Zhang Shuangqi, Prof. Han Zheng, Prof. Hu Chunlong, Prof. Ren Yuanbo, Prof. Xue Guangchen, Prof. Jizikun, and Dr. Zhang Zhijing from the International TVET Academy (ITA) of Malaysia, as well as Prof. Li Baoqiao from Huanggang Education Valley Investment Holding Co., Ltd.

We truly appreciate their visit and hope that this occasion will mark the beginning of closer ties, broader knowledge sharing, and continued collaboration between both institutions.

This visit served as a meaningful platform to explore potential areas of collaboration and strengthen international networks in education and TVET, in line with PBSโ€™s commitment to building stronger partnerships and expanding its global collaborations.

PBS continues to move forward โ€” building networks, expanding collaborations, and elevating TVET onto the international stage!

Want your university to be the top-listed University in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad Kuala Langat
Banting
42700