College MCS
Official page of College MCS.
12/05/2026
🏆🌍 KEJAYAAN ANTARABANGSA PELAJAR COLLEGE MCS 🌍🏆
College MCS sekali lagi melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila pelajar kami berjaya merangkul:
🥇 JOHAN
🥈 NAIB JOHAN
Dalam International Welding Competition 2026 anjuran Politeknik Kampar, Indonesia 🇮🇩
Pertandingan berprestij ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai universiti dan politeknik dari Malaysia dan Indonesia, melibatkan cabaran kemahiran teknikal serta pengimpalan bertaraf industri.
Antara institusi yang mengambil bahagian ialah:
🇮🇩 Politeknik Jambi
🇮🇩 Politeknik Caltex Riau
🇮🇩 Politeknik Negeri Cilacap
🇮🇩 Universitas Muhammadiyah Riau
🇮🇩 Politeknik Negeri Bengkalis
🇮🇩 Universitas Islam Riau
🇮🇩 Politeknik Kampar
🇲🇾 Politeknik Ibrahim Sultan
serta banyak lagi institusi antarabangsa lain.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar College MCS mampu bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa melalui pendidikan TVET yang berkualiti dan latihan berorientasikan industri. 💪🔥
Tahniah kepada para pelajar, pensyarah dan semua pihak yang terlibat dalam mengharumkan nama College MCS dan Malaysia 🇲🇾
12/05/2026
Mari mari mari!
Jom ramai-ramai singgah ke booth kami dan cuci mata sambil grab pelbagai juadah menarik yang kami sediakan khas untuk semua warga MCS!
Daripada yang craving makanan ringan sampai yang nak isi perut betul-betul, semuanya ada di sini tau! Yang penting harga memang mesra student! Murah, sedap, dan confirm puas hati! Bukan itu je! Kami juga ada pelbagai pilihan kategori yang korang boleh pilih ikut citarasa dan style masing-masing! Memang banyak pilihan sampai rambang mata!
Nak lepak dengan kawan-kawan? Nak support booth student? Atau sekadar nak cari makanan best sambil enjoy suasana campus? Haa inilah tempat dia! Jadi jangan malu jangan segan, datang ramai-ramai dan meriahkan booth kami! Siapa cepat dia dapat
12/05/2026
TikTok · College MCS Banting Check out College MCS Banting’s video.
11/05/2026
Throwback 9 Mei 2026 — tarikh keramat yang akan terus terpahat dalam sejarah College MCS Malaysia.
Dengan penuh rasa bangga, Jiwa Harimau Malaysia akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan sulung buat College MCS Malaysia! Kemenangan ini bukan hanya milik para peserta, tetapi milik seluruh warga MCS yang sentiasa berdiri teguh di belakang kami — pensyarah, rakan-rakan, keluarga dan semua yang tidak pernah berhenti menitipkan doa serta semangat.
Perjalanan ini mengajar kami bahawa kejayaan tidak hadir dengan mudah. Ia hadir bersama pengorbanan, disiplin, keberanian dan semangat untuk terus bangkit membuktikan kemampuan anak muda TVET Malaysia di mata dunia.
Terima kasih kerana percaya kepada kami. Sokongan kalian menjadi pembakar semangat untuk kami terus melakar lebih banyak kejayaan selepas ini. Semoga kemenangan sulung ini menjadi permulaan kepada lebih banyak sejarah hebat yang bakal dicipta oleh College MCS Malaysia pada masa akan datang.
11/05/2026
TikTok · College MCS Banting 145 likes, 4 comments. “Akhirnya kami turun ke gelanggang bukan sekadar bertanding, tetapi membawa nama dan maruah College MCS Malaysia di bumi Garuda Indonesia. Jiwa Harimau Malaysia berjaya merangkul kemenangan sulung buat MCS College Malaysia. Terima kasih warga MCS College kerana mendoakan per...
09/05/2026
Hari ini bakal menjadi titik sejarah buat warga College MCS Malaysia apabila medan kimpalan menjadi saksi kebangkitan semangat dan keberanian anak bangsa di bumi Garuda, Indonesia.
Kami hadir bukan sekadar sebagai peserta, tetapi membawa maruah, harapan dan semangat juang warga College MCS Malaysia untuk dibuktikan di gelanggang antarabangsa. Jiwa Harimau Malaysia tidak akan gentar menghadapi cabaran demi memburu kemenangan sulung yang akan mengangkat nama institusi ke tahap yang lebih tinggi.
Ayuh bersama-sama titipkan doa dan sokongan padu buat para pelajar kami agar perjuangan mereka hari ini membuahkan kejayaan dan mencipta sejarah buat College MCS Malaysia.
08/05/2026
Tanah Garuda kami jejaki dengan laungan semangat Harimau Malaysia! Kami datang bukan sekadar membawa nama, tetapi membawa maruah dan impian seluruh warga College MCS Malaysia untuk dibuktikan di medan pertandingan!
Setiap percikan api kimpalan adalah lambang keberanian, ketekunan dan semangat juang yang tidak akan pernah padam. Kami bukan hanya pelajar biasa — kami adalah pejuang kemahiran yang bersedia menawan gelanggang dan mencipta kemenangan sulung buat College MCS Malaysia!
Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan perjuangan kami dipenuhi kejayaan.
MCS hadir bukan untuk mencuba… MCS hadir untuk mencipta sejarah!
08/05/2026
https://www.tiktok.com//video/7637400672467520776
TikTok · College MCS Banting Check out College MCS Banting’s video.
08/05/2026
https://www.tiktok.com//video/7637283692850826504
TikTok · College MCS Banting 33 likes, 3 comments. “Kami melangkah ke arena pertandingan dengan membawa seribu doa, sokongan dan harapan seluruh warga MCS. Setiap percikan besi adalah lambang usaha, disiplin dan semangat juang yang tidak pernah padam! Kami tidak datang hanya untuk bertanding — kami datang untuk mencipta sej...
08/05/2026
Kami melangkah ke arena pertandingan dengan membawa seribu doa, sokongan dan harapan seluruh warga MCS. Setiap percikan besi adalah lambang usaha, disiplin dan semangat juang yang tidak pernah padam!
Kami tidak datang hanya untuk bertanding — kami datang untuk mencipta sejarah dan membawa pulang kemenangan sulung yang bakal menjadi kebanggaan bersama seluruh keluarga College MCS Malaysia!
Doakan perjuangan kami terus kuat sehingga ke garisan penamat! 🚀
07/05/2026
“Api biru menyambar rendah, Mencantum besi dalam kimpalan, Tunjukkan bakat sehabis indah, Moga menang dalam pertandingan.”
Begitulah harapan kami dari warga College MCS Malaysia yang bersiap sedia dengan pelajar hebat kami untuk berangkat ke Indonesia dalam Pertandingan Welding pada hari Sabtu ini di Politeknik Kampar, Riau Indonesia!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Lot 1, Aim Point Plaza, Bandar Sungai Emas
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 17:30 |