Hospital Banting
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Banting, Hospital, Jalan Sultan Alam Shah, Banting.
05/06/2026
Assalamualaikum. Jemputan untuk menghadiri lawatan tapak bagi Kerja-kerja Pembaikan Dan Penggantian Sistem Paip Buangan Di Kuarters Kelas G, Hospital Banting.
Tarikh lklan: 5 Jun 2026 (Jumaat)
Tarikh Lawatan Tapak: 8 Jun 2026 (Isnin)
Tutup lklan: 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Lobi Blok Pengurusan, Hospital Banting
Sebarang pertanyaan hubungi Unit Perolehan, Aset dan Stor : 03-3187 1333 samb. 222 / 224
05/06/2026
SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF, UBAH SUAI DAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR MESIN AUTOCLAVE UNTUK PEMINDAHAN DARI BANGUNAN LAMA KE KOMPLEKS DEWAN BEDAH CSSD, DI HOSPITAL BANTING SELANGOR.
Tarikh lklan: 5 Jun 2026 (Jumaat)
Tarikh Lawatan Tapak: 9 Jun 2026 (Selasa)
Tutup lklan: 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Lobi Blok Pengurusan, Hospital Banting
Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh hubungi talian seperti berikut:
Puan Norma Pertaliza Binti Ramli- 03-3187 1333 samb. 224
Encik Samat Bin Abdul Hamid - 03-3187 1333 samb. 222
04/06/2026
🤝 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐈𝐏𝐃) 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠
Hospital Banting berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YDH DSP Mohd Sufian bin Amin, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, bersama barisan Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan Ketua-ketua Polis Balai Daerah Kuala Langat.
Delegasi telah disambut oleh YBrs. Dr. Malindawati Mohd Fadzil, Pengarah Hospital Banting, bersama pasukan pengurusan serta Ketua-Ketua Jabatan dan Unit Hospital Banting.
Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, cabaran operasi serta peluang kerjasama yang boleh diperkasakan demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Kuala Langat.
Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat sememangnya berkongsi hubungan kerja yang rapat dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan kecemasan, keselamatan, kes medikolegal, pengurusan bencana dan situasi yang memerlukan tindakan bersepadu. Justeru, jalinan kerjasama yang kukuh antara kedua-dua agensi amat penting bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa cekap, responsif dan berkesan.
Alhamdulillah, pertemuan ini telah mencapai persefahaman yang baik serta komitmen bersama untuk terus memperkukuh kerjasama strategik demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan komuniti Kuala Langat.
Terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat atas kunjungan ini. Semoga hubungan erat yang terjalin akan terus diperkasakan dan menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
04/06/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐈𝐃𝐀𝐇 🌹
Seluruh warga Hospital Banting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan Syahidah binti Ahmad Jamalluddin, Timbalan Pengarah (Pengurusan), atas segala khidmat bakti, kecemerlangan kepimpinan, dan komitmen tinggi sepanjang berkhidmat di hospital ini.
Sesungguhnya, segala sumbangan dan bimbingan yang telah Puan berikan amat bermakna buat kami semua. Kami mendoakan agar Puan Syahidah sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan terus melakar kejayaan di tempat bertugas yang baharu.
Terima kasih, Puan Syahidah. Jasamu dikenang sentiasa! 🕊️
04/06/2026
✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐈𝐃𝐀𝐇 ✨
Susulan Sesi Penyerahan Tugas yang telah berlangsung pada 25 Mei 2026, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Hospital Banting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh Puan Syahidah sepanjang tempoh perkhidmatan di Hospital Banting.
Segala usaha, dedikasi dan kepimpinan yang diberikan telah meninggalkan impak yang bermakna dalam memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan hospital ini.
Kami mendoakan agar Puan Syahidah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan berterusan dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.
Terima kasih atas segala bakti. Budimu dikenang, jasamu tetap dalam ingatan.
🤝🌷 Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam setiap langkah yang diatur. ✨
31/05/2026
🌾 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 🌾
Sebagaimana setiap manik Marik Empang bersatu membentuk corak yang indah, begitu jugalah kita dalam kepelbagaian. ✨🌾
Sempena Hari Gawai tahun ini, mari kita hayati tema 'Segulai Sejalai Nuju Pemansang' (Berjalan Seiringan Menuju Kemajuan). Semoga musim menuai kali ini bukan sekadar padi yang menguning, tetapi kasih sayang dan toleransi yang semakin subur di hati kita semua.
Gayu Guru Gerai Nyamai kepada semua rakan, keluarga, dan seluruh komuniti yang menyambut! Semoga semangat Segulai Sejalai (perpaduan) terus menyatukan kita. 🤝❤️
31/05/2026
🕌✨ Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku! ✨🕌
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini.
Mendoakan semoga Tuanku terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang berpanjangan, dan memerintah dengan penuh keadilan serta kebijaksanaan.
31/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔
30 Mei 2026 (Sabtu)– Alhamdulillah, Program Qurban Perdana Peringkat Hospital Banting telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kelancaran dan keberkatan pada hari ini! 🌟
Program murni ini merupakan anjuran bersama:
🤝 Jawatankuasa Musolla An-Nur
🤝 Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
🤝 Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Banting
🎙️ Ucapan Aluan & Perasmian
Majlis telah dimulakan dengan penuh hiasan kata dan semangat melalui ucapan kata aluan daripada YBrs. Dr. Malindawati Binti Mohd Fadzil, Pengarah Hospital Banting dan diikuti ucapan daripada YB Tuan Hasnul bin Baharuddin, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting.
🔥 Semangat Gotong-Royong Yang Luar Biasa!
Walaupun program ini merupakan acara tahunan, suasana pada tahun ini ternyata lebih meriah dan luar biasa! Kehadiran para sukarelawan hampir 80 orang yang terdiri daripada gabungan mantap anggota hospital, Ketua Kampung serta penduduk komuniti setempat telah menghidupkan lagi syiar Islam dan semangat bantu-membantu.
"Tangan yang menghayun kapak, tangan yang melapah daging, semuanya bergerak seiring atas dasar takwa dan ukhuwah."
Pihak pengurusan Hospital Banting ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin erat ini akan terus berkekalan dan program murni seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Insya-Allah.
30/05/2026
🪷 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒆𝒔𝒂𝒌 2026 🪷
Sempena sambutan Hari Wesak pada 31 Mei 2026, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.
Tema tahun ini, 'Merentasi Kebijaksanaan dan Tamadun: Prinsip Buddha & Amalan MADANI', mengajak kita semua untuk terus memperkukuh nilai keharmonian dan saling menghormati dalam kepelbagaian. Semoga semangat keamanan dan kasih sayang sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita semua.
🪷𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒆𝒔𝒂𝒌! ✨
29/05/2026
✨𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑷𝒆𝒔𝒕𝒂 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 ✨
Sebagaimana setiap manik Pinakol bersatu membentuk corak yang indah, begitu jugalah kita dalam kepelbagaian. ✨🌾
Sempena Pesta Kaamatan tahun ini, mari kita hayati tema 'Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian'. Semoga hasil tuaian kali ini bukan sekadar padi yang menguning, tetapi kasih sayang dan toleransi yang semakin subur di hati kita semua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua rakan, keluarga, dan seluruh komuniti yang menyambut! Semoga semangat Misompuru (perpaduan) terus menyatukan kita. 🤝❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Address
Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700