AZAM Millenium Enterprise
Kontraktor Bumiputera berdaftar dengan CIDB Gred G2, SPKK dan Taraf Bumiputera (BPKU)
11/11/2021
Tukun Tiruan
Selamat pagi semua!
Jom tambah ilmu lagi mengenai tukun tiruan. Terdapat 3 objektif utama pembinaan tukun tiruan dilakukan. 🤩🧏
Yang penting, tukun tiruan ini dapat membantu eko-sistem di perairan negara kita. Jika anda nampak tukun tiruan ni jangan p**a dirosakkan ya. 🚫
Sama-sama kita menjaga eko-sistem di perairan negara kita okay?! 🥰😘
25/12/2020
Throwback
23 Dis 2020 - Rabu
Kerja-kerja Melabuh Tukun di Perairan Sabak Bernam, Selangor.
9.00am : Bertolak daripada Jeti Bagan Nakhoda Omar (BNO) dengan 2 Bot ke tengah (Barj)
9.30 am : Pihak kontraktor dengan wakil kejuruteraan Jabatan Perikanan Malaysia tiba di atas Barj dan kerja-kerja menyusun atur serta memasang 'Cable Sling' dan 'Release Device' di buat.
10.00 am : YB Tuan Ir Izham Bin Hashim selamat sampai dan naik ke atas Barj bersama-sama Pegawai Pengiring Jabatan Perikanan Malaysia serta Agensi-agensi yang berkenaan seperti LKIM dan PBT.
10.15 am : Kerja Melabuh tukun di mulakan dan dirasmikan serta disempurnakan oleh YB Exco Infrastruktur dan Pertanian Kerajaan Negeri Selangor.
10.50 am : Kerja-kerja Perasmian di darat berhampiran dengan Jeti BNO.
12.15 pm : Kerja-kerja melabuh 14 unit tukun selesai sepenuhnya serta menanda lokasi tukun juga selesai.
25/12/2020
Throwback
22 Dis 2020 - Selasa
Kerja-kerja memindah Tukun daripada lori ke Barj (Jeti Lumut Perak).
8.30 am : Kerja-kerja memindah Tukun di mulakan dengan kren kapasiti 45T di darat dan kren 80T di atas Barj.
11.45 am : Kerja-kerja memindah serta menyusun sebanyak 14 Unit Tukun selesai.
12.15 pm : Kerja-kerja memasang boya dan menggantung banner selesai.
20.00 pm : Barj bertolak ke Lokasi melabuh tukun dengan perjalanan 12 Jam pada kelajuan 4 Knot dan di jangka tiba di lokasi pada pukul 8.00 am (23 Dis 2020 - Rabu)
25/12/2020
Throwback..
21 Dis 2020 (Isnin)
Kerja-kerja membawa keluar Tukun ke Jeti Lumut, Perak dari Tapak Kg Sg Buaya Banting, Selangor.
Kaedah Kerja
1. 2 Unit Kren saiz 45T di Tapak 1 dan luar sebelum jambatan Pulau Carey, Banting, Selangor.
2. 2 Unit Lori 12 Tayar untuk membawa keluar Tukun. 1 Trip x 2 Unit ( 7 Trip )
3. Memindah Tukun daripada Lori kecil ke Low loader.
4 Unit Low Loader ( 4 Unit + 4 Unit + 3 Unit + 2 Unit)
1 Unit Lori 12 Tayar ( Membawa 1 unit di baringkan)
4. Perjalanan di mulai pada pukul 9 malam dan selamat Tiba diJeti pada pukul 5 Pagi ( 22 Dis 2020 - Selasa)
23/12/2020
20/12/2020
Alhamdulillah syukur..
14 Biji Tukun Tiruan Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda siap sedia untuk di labuhkan di Perairan Sabak Bernam, Selangor.
21 Dec 2020 - Tukun di bawa keluar dan di hantar ke Jeti
22 Dec 2020 - Tukun di bawa ke Lokasi mengikut koordinat dengan masa perjalanan 12 Jam.
23 Dec 2020 - Tukun dilabuhkan di Perairan Sabak Bernam Selangor.
24 Dec 2020 - Kerja - kerja menyelam dasar laut
Mohon doa semua semoga urusan melabuh dipermudahkan..Aamiin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 10-01, Jalan Tanah Raja, Kg Sg Buaya
Banting
42700