Azam Motor Banting - HQ
Azam Motor merupakan bengkel servis dan pembaikan pelbagai jenis kenderaan. Dimiliki oleh bumiputera
03/05/2026
Walaupun banyak isu sensitif bermain sejak dari dulu sehingga hari ini.
Namun tali persahabatan antara kaum tetap kami pegang erat, diikat ketat, supaya tidak terlerai.
Tiada perbezaan bangsa dan warna kulit di bengkel Azam Motor Banting.
Dari staff sehingga pelanggan, kami layan sama rata tanpa mengira anda siapa.
Namun, jika ada layanan yang kurang memuaskan, mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan kami.
Kami akan cuba perbaiki dan tambah baik selepas ini, InshaAllah.
Terlewat info, sebenarnya Azam Motor Banting open hari ni (1 mei) dan kami cuti ganti esok. Korang kalau nak datang servis masih sempat lagi. Jemput singgah
30/04/2026
Maka tiada bebelan atau perkongsian daripada Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) buat seketika.
ZRA dah ada jawapan di Masyhar nanti tentang pergorbanan yang beliau lakukan, demi umat di P.
Ada yang cakap sia-sia,
Ada yang cakap tiada hasil,
Tapi hanya Allah saja yang mengetahui niat dan tujuan hambaNya.
Admin menyokong penuh sumud cuma tidak bersetuju tentang penglibatan wanita yang turut serta.
Tujuan Sumud dimana salah satu usaha mereka untuk memecah suara tentang isu P supaya kita tidak lalai dan terus peduli.
Semoga Allah selamatkan Tuan Haji ZRA dan semua yang terlibat. Kepada Allah jua kita berserah.
Kredit info & foto : Unais Mediaworks
Hidup ini sementara, kita hanya singgah seketika di dunia ini. SABAR, TAHAN, TENANG, hanya sekejap saja lagi.
27/04/2026
Puan Shakina bekerja di kuala lumpur, antara regular customer wanita yang selalu datang service dan repair pada hari sabtu.
Tinggal di Cyber South perjalanan mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke bengkel Azam Motor.
Kakak ini sampai di bengkel jam 8 pagi, jam 9 pagi sudah selesai servis dan keluar dari bengkel.
Walaupun jauh tapi sanggup datang, antara sebab kerana bengkel Azam Motor Banting open jam 8 pagi.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu pelanggan untuk merancang masa.
Masa itu emas.
Begitulah sebab kenapa kami buka awal.
25/04/2026
Emas Terakhir Di Bumi Malaysia.
Satu lagi sejarah tercipta dalam sukan lumba basikal Malaysia malam tadi.
Datuk Azizulhasni Awang yang bermula dari belakang, memotong satu demi satu pelumba.
Entah semangat apa yang merasuk pelumba kebanggaan Malaysia ini apabila dia terus memecut dan mengatasi juara Olimpik lima kali dari Belanda, Harrie Lavreysen.
Alhamdulillah, di depan penyokong sendiri. Emas keirin dunia akhirnya menjadi milik Datuk Azizulhasni Awang.
Hadiah yang cukup bermakna buat wira negara ini. Namun menurut berita Astro Arena, Azizulhasni mengumumkan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya di halaman sendiri.
Sedar atau tidak, hampir 20 tahun Azizulhasni dalam sukan lumba basikal negara.
Setiap tangisan gembira dan kecewa, jatuh dan bangkit kembali. Segala moment itu menjadi sejarah dalam ingatan kepada yang mengikuti dan bersamanya.
Jika ini adalah yang terakhir, ia adalah hadiah cukup sempurna buat seluruh peminat negara. Terima kasih atas segala kudrat yang telah datuk curahkan.
Tubuh yang kecil namun tidak pada semangatnya.
Lagenda yang akan terus dikenang..
Kredit foto : CIMB Malaysia
Di zaman yang sudah semakin hampir ini, tiada perkara yang benar-benar perlu kita cemburui, melainkan melihat mereka yang sentiasa tegak & tunduk di jalan Allah.
21/04/2026
Malaysia menangis lagi.
Kisah kali ini, giliran Dicky p**a untuk serahkan duit buat abang Usop minyak hitam jalanan.
Duit ini adalah hasil gift dari tiktok dimana beliau berjanji untuk infaq sebahagian duit berjumlah rm3000 kepada Usop demi membantu orang lain p**a.
Namun apa yang mengejutkan Dicky dan ramai orang, Usop yang satu ketika menerima duit tersebut tetapi menyerahkan duit itu kembali kepada Dicky.
Moment yang cukup menyentuh jiwa, Dicky menolak kerana baginya itu satu amanah dan hasrat dari beliau, tetapi Usop merasakan Dicky lebih memerlukan untuk anak beliau.
Selepas itu ia adalah bisikan dan luahan hati dari seorang ayah kepada seorang ayah yang lain.
Siapa yang pernah lalui kesusahan ini, mereka akan sama-sama merasakan perasaan itu.
Hari ini kita belajar banyak perkara..
Teruslah berbuat baik walau hanya sekecil-kecil pertolongan..
Teruslah jujur menjaga amanah, kerana kejujuran itu sangat mahal harganya..
Walau tidak dipuji orang,
Walau tidak disanjung,
Walau tidak dilihat,
Kerana orang yang baik bukan manusia saja yang sayang, tapi kasih dan rahmat Allah melebihi segalanya.
Kredit foto : Arena Motor
Kredit: Minyak Hitam Jalanan
21/04/2026
Selain dari repair bermacam jenis kenderaan. Kami juga ada kepakaran buat set keranda untuk van jenazah.
Azam Motor Banting juga ada bagi free servis, buat puspakom dan servis aircond secara percuma untuk van-van jenazah di sekitar Banting.
Boleh pm admin untuk sebarang urusan.
17/04/2026
Terpukul hati melihat video dari brader minyak hitam jalanan ini.
Video ini banyak memberi gambaran tentang realiti sebenar apa yang berlaku di sekitar kita.
Dah lewat malam, tapi masih kemas berbaju kemeja. Nampak macam dia tengah berkerja keras demi kehidupannya.
Paling terkesan, cara dia menolak bila ditawarkan bantuan. Matanya menahan air mata, menceritakan keperitan yang dilalui.
Part dia cakap "ada-ada" dalam keadaan mata yang berkaca, orang lelaki mesti faham perasaan ini.
Video ini banyak meninggalkan pengajaran.
Tentang sisi kesatuan hati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Lama dah kita tak rasai perasaan ni.
Keindahan islam tentang membantu semua orang, tak kira siapa pun dia. Bak kata abang minyak jalanan ni, "hari ini saya tolong u, esok-esok Allah tolong saya".
Tak kira siapapun anda. Mungkin kita kerja tak tinggi seperti orang lain. Cukup lah menjadi manusia yang dapat beri manfaat pada org lain.
Kerana itu lebih bermakna.
Suatu hari nanti, akan tiba saatnya Allah memberikan kebahagiaan di atas kesabaran anda selama ini. Orang yang sabar, tidak akan rugi. InshaAllah
16/04/2026
Ada yang persoal Datuk Aliff ni bantu artis je.
Pada 10 tahun lepas, masa tu Azam Motor ada masuk satu event drift. Salah sorang sponsor kami masa itu adalah Datuk Aliff Syukri.
Waktu itu, memang kami perlukan dana bagi membantu kami dalam event tersebut.
DAS join event tersebut untuk marketing awareness produk beliau.
Kami cuma nak cakap, 10 tahun yang lepas Azam Motor Banting tak ramai orang kenalpun, tapi DAS sudi bantu dan taja kami walau kami bukan siapa-siapa.
Ada orang yang memang layak ditakdirkan kaya, untuk dia nampak kesusahan dan keperitan orang lain.
Namun miskin atau kaya seseorang itu, jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
Begitulah..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
LOT 512 Jalan MORIB KAMPUNG KANCHONG DARAT
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 17:30 |