Pitstop TV
Malaysia No.3 Motorsport Media 📹📸
Review Car, Motor & Product in Automotive & Motorsport.
15/05/2026
Antara model baru yang akan dilancarkan CFMOTO Malaysia di MotoXperience oleh MForce di Malaysia Bike Show 2026.
Ini adalah skuter gaya retro dari CFMOTO yang akhirnya akan diperkenalkan untuk market Malaysia.
Maknanya peminat skuter retro boleh mula merisik skuter baru dari CFMOTO pulak. Harga terang-terang jauh lebih mampu milik.
sedara tak nak pakai helmet untuk keselamatan tapi sanggup sedara warnakan rambut untuk nampak bergaya.
15/05/2026
Antara jenama dari China yang sering mendapat tumpuan di EICMA adalah VOGE dan tahun ini, VOGE akan membariskan model baharu dan future models untuk orang ramai yang hadir ke MotoXperience oleh MForce di Malaysia Bike Show 2026.
Katanya banyak juga model baru dan future model yang akan ditampilkan oleh MForce tahun ini.
Kalau nak tahu, VOGE merupakan partner BMW selama 20 tahun dan kerjasama ini turut melahirkan model seperti DS900X yang berkongsi enjin sama dengan BMW F 900.
Untuk tahun ni katanya ada model adventure rally pulak. WOW
Ramai penunggang motor pakai helmet sebab tak nak kena saman, bukan sebab keselamatan.
15/05/2026
Kalau anda nak merasa hadir ke pameran motosikal berkelas dunia, boleh datang ke MotoXperience oleh MForce di Malaysia Bike Show 2026 dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di MAEPS, Serdang.
Mengikut ilmu tembak tak kena kami, MForce bakal lancar pelbagai model baru untuk pasaran Malaysia. Maknanya, untuk yang hadir nanti anda antara yang terawal dapat tengok dan duduk atas model baru.
Penunggang motor yang hebat bukan mereka yang paling laju, tetapi mereka yang paling berdisiplin, dan sentiasa sampai ke destinasi dengan selamat.
Yamaha YZF-R1M + Akrapovic Exhaust
Lebuhraya dan jalan berbukit seperti Karak, Kuala Kelawang, Ulu Yam sering menjadi pilihan penunggang motosikal untuk aktiviti hujung minggu. Laluan yang mempunyai selekoh menarik serta suasana pemanduan yang menyeronokkan membuatkan ramai mengambil peluang untuk menikmati tunggangan bersama rakan-rakan.
Namun begitu, kerap juga kelihatan penunggang yang menunggang pada kelajuan tinggi dan melayan selekoh secara agresif seolah-olah berada di litar perlumbaan, tanpa memikirkan risiko sebenar di jalan raya awam.
Hakikatnya, jalan raya bukan litar.
Jalan raya awam mempunyai pelbagai risiko yang tidak boleh dijangka seperti permukaan jalan tidak rata, pasir, minyak, cuaca, kenderaan berat serta pengguna jalan raya lain yang berkongsi laluan yang sama. Dalam situasi tertentu, kesilapan kecil pada kelajuan tinggi boleh membawa akibat yang sangat serius.
Ramai beranggapan penggunaan racing suit dan kelengkapan perlindungan lengkap sudah mencukupi untuk mengurangkan risiko. Walaupun peralatan keselamatan sangat penting, ia bukan jaminan mutlak untuk mengelakkan kecederaan parah.
Sekiranya penunggang terbabas dan melanggar guard rail, tercampak ke dalam longkang, atau jatuh di laluan trafik aktif, impaknya boleh menjadi jauh lebih berbahaya lebih-lebih lagi jika melibatkan kenderaan lain seperti kereta dan lori yang tidak sempat mengelak.
Perlu difahami bahawa perlumbaan profesional berlangsung di litar yang mempunyai tahap keselamatan lebih terkawal, termasuk kawasan runoff, pasukan perubatan dan pengawasan keselamatan. Jalan raya awam tidak menawarkan perlindungan yang sama.
Minat terhadap motosikal dan aktiviti tunggangan bukanlah sesuatu yang salah. Namun, disiplin dan kesedaran keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Nikmati tunggangan dengan bijak. Hormati pengguna jalan raya yang lain.
Karak, Ulu Yam, Kuala Kelawang bukan litar untuk sedara pamer kehebatan.
Benda mudah pun sedara tak boleh nak faham ke?
Sedar lah sedara tak ada manfaat pun berlumba di atas jalan raya. Pergilah berlumba di litar yang telah disediakan.
Kawasaki Ninja ZX-6R + AHM exhaust
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Banting
42700