SAM Unwanus Saadah RASMI

SAM Unwanus Saadah RASMI

Share

"PERTAMA TERBAIK MEMIMPIN"

27/04/2026
21/04/2026

PEMAKLUMAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan kepada semua warga SAM Unwanus Saadah bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025 seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Al-Ghazali, SAM Unwanus Saadah

Sehubungan itu, semua warga sekolah dijemput untuk hadir dan semua murid SAM Unwanus Saadah diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis ini serta memberi sokongan kepada para murid yang diraikan atas pencapaian cemerlang mereka.

Kerjasama dan kehadiran semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pn Sabariah binti Muhammad
Pengetua
SAM Unwanus Saadah

PERTAMA | TERBAIK | MEMIMPIN

Photos from SAM Unwanus Saadah RASMI's post 10/04/2026

Makluman.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG-SAMUS kali ke-43

21/03/2026

Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M daripada SAM Unwanus Saadah

Photos from SAM Unwanus Saadah RASMI's post 05/03/2026
Sumbangan Kos Rawatan Murid Kemalangan (Mohamad Hafizul Khair) - PIBG SEKOLAH AGAMA MENENGAH UNWANUS SAADAH - Herepay 01/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa anakanda Mohamad Hafizul Khair, murid tingkatan 5 SAM Unwanus Saadah, telah terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke sekolah dan mengalami patah tangan kiri. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting dan perlu menjalani pembedahan memasukkan plat besi serta skru pada tangannya.

Kos rawatan dan pembedahan yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM8,900.00, dan merupakan satu jumlah yang agak besar bagi pihak keluarga.

Sehubungan itu, pihak sekolah dan PIBG dengan rasa prihatin ingin melancarkan kutipan sumbangan daripada ibu bapa dan orang ramai bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga beliau.

Sumbangan tuan/puan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dan sangat dihargai. Semoga keprihatinan dan usaha kita bersama ini menjadi asbab kebaikan serta dipermudahkan segala urusan anakanda Hafizul dan keluarganya.

Segala jasa baik dan sumbangan didahului dengan jazakumullahu khairan dan terima kasih.

https://app.herepay.org/pibgsamuskd/hafizulkhair

https://app.herepay.org/pibgsamuskd/hafizulkhair

Sumbangan boleh disalurkan di pautan ini. Kami mendoakan dengan keberkatan bulan Ramadan ini semoga Allah melipatgandakan pahala dan rezeki tuan puan sekalian.

Sumbangan Kos Rawatan Murid Kemalangan (Mohamad Hafizul Khair) - PIBG SEKOLAH AGAMA MENENGAH UNWANUS SAADAH - Herepay Sumbangan untuk membantu kos rawatan Mohamad Hafizul Khair

Want your school to be the top-listed School/college in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30