Projek Intisari

Projek Intisari

Share

An imprint of Kawah Buku.

14/06/2022

Buku ini adalah sebuah karya yang membuka mata. Ia meneroka hingga ke jantung tentang bagaimana budaya kesusasteraan itu secara alami diperkongsi bersama, dan bagaimana pengarang-pengarangnya menyerap budaya tersebut, dan di kala waktu mengarang sama ada sedar atau tidak mengutip petikan-petikan daripada kearifan lisan atau teks penulisan untuk menenun kisahnya. Di samping melakukan bacaan intim ke atas teks, tokoh dan peristiwa yang terkandung dalam perjalanan kisah Hikayat Merong Mahawangsa, Hendrik M.J. Maier turut memberi ruang kepada sumbangan sarjana British seperti James Low dan Richard Winstedt, dan meneliti bacaan mereka ke atas Hikayat dan bagaimana bacaan mereka itu mungkin boleh memberikan sedikit cahaya buat pembacaan teks-teks klasik warisan tradisi silam Melayu. Penelitian Maier ini seterusnya menekuni pelbagai edisi manuskrip dan teks-teks bercetak berserta dengan analisis-analisis ke atasnya dan melihat kemungkinan peranan yang dimainkannya dalam kurikulum pentadbiran kolonial British. Namun begitu, di penghujungnya Maier menemukan keteraturan, meskipun kesamaran masih berlegar-legar di fikiran.

Ulas buku ini diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022, di ruangan Rehat & Baca, bertarikh 9 Jun.

04/03/2022

LEADS menganjurkan sebuah bual bicara mengupas buku Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa pada 4 Mac 2022, Jumaat bermula 8.30 malam.

Ini adalah bual bicara pertama yang diadakan bagi mengupas buku baru terbit karya Hendrik M.J. Maier ini. Saudara Ruhan sebagai penterjemah tampil sebagai pembicara malam ini.

Terima kasih kepada LEADS untuk usaha ini.

Bagi yang ingin menyertai perbincangan boleh daftar: https://tinyurl.com/merongmahawangsa

Terima kasih.

27/02/2022

Maier tentang kewibawaan teks Account of the Origin and Progress of the Brirish Colonies in the Straits of Malacca oleh James Low.

Petikan dari buku Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa.

26/02/2022

Bersempena KLAB 22’ yang sedang berlangsung, buku terbitan INTISARI, Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa bolehlah didapatkan di reruai sebagaimana berikut:

1. Toko Buku Pujangga Baru
2. Akademi Jawi Malaysia
3. Ilhambooks

Terima kasih.

13/02/2022

Our first title for INTISARI, a translation work of Maier's In the Center of Authority. This is a modern classic, as aptly put by Muhammad Haji Salleh in his blurb for this work.

PREVIEW: http://books.google.com/books/about?id=45leEAAAQBAJ

Want your business to be the top-listed Media Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Mandala Kawah Buku
Bangi
43650