MASRI
Penjual kereta Perodua Baru
01/05/2026
⚠️ ATTENTION ⚠️
Bagi yang nak cari kereta bulan ni..!
Ini bukan promo biasa.
Ini LIMITED TIME OFFER!
REBATE KAW-KAW kita nak bagi.
✔ Aruz – sehingga RM3,000
✔ Ativa – sehingga RM2,000
✔ Myvi & Axia – sehingga RM1,000
Ramai dah booking awal bulan.
Kalau serius nak kereta bulan ni:
👉 BOOK HARI INI
👉 LOCK PRICE & REBATE SEKARANG
Kita nak bagi jadi jaa ni! ❤️
📲 Roger cepat!📲 012 568 8660📲
.
17/12/2025
Perodua Traz... Ini bukan pengganti Ativa dan bukan juga SUV segmen C... Traz lebih kepada SUV keluarga kompak, sasaran utamanya pengguna kereta kecil yang mahu naik taraf dari segi ruang dan praktikaliti, bukan semata-mata gaya atau prestasi...
Traz dibina atas platform DNGA dan berkongsi dengan Toyota Yaris Cross versi ASEAN... Enjin 1.5L 2NR-VE NA dengan 106 PS dan 138 Nm dengan transmisi D-CVT.. Tiada turbo, tiada sistem hibrid, dan tiada auto start-stop... Angka penggunaan minyak yang diiklankan sekitar 21.3 km/L (MDC) dengan tangki 42 liter... Pendekatan ini kiranya nampak konsisten iaitu fokus kepada ketahanan dan kos jaga, walaupun ada yang mungkin harap sesuatu yang lebih “berani” untuk model serba baharu...
Dari segi saiz, inilah bahagian yang paling mudah difahami.. Panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, wheelbase 2,620 mm dan ground clearance 210 mm... Ruang but sekitar 471 liter, lengkap dengan tayar simpanan.. Atas kertas, ini memang angka yang masuk akal untuk kegunaan keluarga kecil yang bawa barang, balik kampung, atau kegunaan harian tanpa rasa sempit.. Ini juga menjelaskan kenapa Traz diposisikan lebih tinggi daripada Ativa, walaupun masih kekal dalam lingkungan harga mampu milik...
Pilihan varian tidak banyak iaitu X dan H sahaja tidak termasuk yg variant H two tone... Harga rasmi OTR tanpa insurans bermula sekitar RM76k untuk X dan sekitar RM81k hingga RM82k untuk H, bergantung pada konfigurasi seperti bumbung dua ton... Varian X sudah lengkap untuk asas harian dengan skrin 9 inci, Android Auto dan Apple CarPlay (wired), EPB dengan auto hold, kamera undur dan sensor parkir... Varian H p**a tambah ciri yang biasanya buat pembeli mula rasa “sayang kalau tak ambil” seperti power tailgate dengan kick sensor, kamera 360, smart entry, auto air-cond, sistem audio lebih lengkap dan dashcam terbina...
Dari segi keselamatan, spesifikasi boleh la dikatakan nampak kemas.. 6 beg udara, ASA dengan AEB, amaran keluar lorong, blind spot monitoring dan rear cross traffic alert, serta penarafan lima bintang ASEAN NCAP.. Dalam masa yang sama, ketiadaan cruise control termasuk adaptive cruise mmg akan cepat jadi perkara yang orang perasan, terutama bila harga sudah capai RM80k... Untuk pemilikan jangka panjang, pendekatan Perodua masih kekal sama, dengan cadangan servis CVT pada jarak tinggi sekitar 100,000 km dan sokongan aksesori GearUp terus sejak hari pelancaran...
𝗨𝗡𝗩𝗘𝗜𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗪𝗜𝗗𝗘.
Be among the first to experience the ALL-NEW B-SEGMENT SUV.
Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasab.my/60125688660/NakTraz
Cc joel
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
NO 8&9 KOMPLEKS ALOR MALAI Jalan LANGGAR BATU 2
Alor Setar
05460