Sekolah Rendah Islam Alor Setar
Pembentukan Insan Soleh
Program Ibadah Korban Peringkat SERIAS 2026.Alhamdulillah sebanyak 8 ekor lembu di tumbangkan tahun ini
07/05/2026
Alhamdulillah
3 permata SERIAS dah ready bawa cabaran sebagai wakil Kota Setar ke Kejohanan Catur MSSK 2026 di Pendang
Kategori: Bawah 12 Tahun
Misi: Cari checkmate… bukan cari makan ja
Barisan pejuang catur kita:
Wan Eiyad Fahri Bin Wan Hirman Firdaus
Adli Faizi Bin Azraf Muhammad Fitri
Adni Fatiha Binti Azraf Muhammad Fitri
Orang kata main catur ni banyak berfikir…
InsyaAllah bukan sekadar gerak buah, tapi latih sabar, strategi dan tawakal
Semoga dipermudahkan urusan, tenang buat keputusan, dan kalau lawan buat silap… jangan lupa senyum sunnah dulu
Doakan mereka ya semua
Kota Setar kita hantar bukan biasa-biasa… kita hantar yang ada TERBAIK + doa!
17/04/2026
Alhamdulillah
Keputusan penuh Catur MSSD Kota Setar B12P
Tahniah diucapkan kepada Adni Fatiha binti Azraf Muhammad Fitri (No.1) yang berjaya menjadi JUARA dan layak automatik mewakili daerah ke MSSK! Mantap, memang power otak macam grandmaster kecil
Putri Nor Zaffya Raihannah binti Norzuzafre (No.4) p**a akan beraksi dalam PLAYOFF untuk rebut baki 4 slot wakil daerah. Kita doakan semoga dipermudahkan urusan dan menang bergaya, insyaAllah
Berita paling padu… SERIAS bawah kategori B12P berjaya merangkul Johan Piala Pusingan hasil kutipan mata tertinggi! Bukan itu saja…
KEJAYAAN BERGANDA!
Tahun ini SERIAS sapu bersih DUA PIALA PUSINGAN untuk kategori B12L & B12P
Memang terbukti… bila strategi mantap, usaha tak kenal penat, doa tak putus-putus… checkmate pun jadi ibadah
Tahniah semua! Teruskan berjuang, kalah menang adat permainan, yang penting jangan “checkmate” dengan rasa putus asa
14/04/2026
Alhamdulillah Keputusan penuh Catur MSSD B12 L Kota Setar kali ini memang padu, siap ada plot twist sikit
🥈 ADLI FAIZI BIN AZRAF MUHAMMAD FITRI
Berjaya meraih Naib Juara (No.2) dan layak automatik mewakili daerah ke MSSK. Tahniah! Langkah bijak, strategi mantap — macam main catur sambil zikir, tenang tapi mengena
WAN EIYAD FAHRI BIN WAN HIRMAN FIRDAUS
Menduduki tempat No.4 dan akan berentap dalam playoff untuk rebut baki slot wakil daerah. Kita doa yang terbaik usaha, tawakal, insyaAllah ada rezeki
SERIAS (Kategori B12L)
Berjaya merangkul Johan Piala Pusingan hasil kutipan mata tertinggi keseluruhan. Memang solid teamwork bukan sekadar gerak buah, tapi gerak hati sekali
Apa pun, menang kalah itu biasa… yang penting jangan “checkmate” dengan ujian dunia
Teruskan usaha, jaga solat, dan main catur pun biar ingat Allah
Tahniah semua!
Kita nantikan Dan doakan p**ak Keputusan B12P akan berentap dengan kekuatan Dan ketajaman strategi yang ada hari ini.Amin
10/04/2026
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
📅 9 April 2026
Alhamdulillah, selesai sudah sambutan raya di sekolah hari ini
Dari pagi lagi dah nampak semua “model raya” turun padang baju melayu segak, baju kurung lawa, siap ada yang macam nak pergi open house VIP
Yang paling best:
Makan tak ingat dunia rendang repeat 3 kali itu biasa…
Bergambar macam photoshoot raya official
Gelak sampai cikgu pun surrender
Dalam riuh rendah tu, paling seronok tengok ukhuwah sesama murid & guru makin erat
Raya bukan sekadar makan kuih… tapi masa untuk maafkan, eratkan silaturrahim & cipta kenangan indah bersama
Kalau ada salah silap sepanjang kita bersama, kami mohon maaf zahir & batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin
Nota KAFA digital untuk anak-anak hadapi UPKK dengan tenang dan cemerlang.
Belajar dengan cara menyeronokkan melalui aplikasi khas. Boleh dibuka di tab, hp, laptop atau PC.
Silibus terkini JAKIM dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kenapa masih nak guna buku tebal lagi?
Sekarang dah ada NotaKAFA
apps belajar KAFA yang bantu anak lebih fokus & konsisten.
1. Lengkap All-in-One
Semua modul KAFA dari Tahun 1 hingga Tahun 5 — semua dalam satu app je.
2. Belajar Fun
Anak tak stress. Belajar guna lagu, game & kuiz yang buat dia enjoy dan mudah ingat.
3. Mudah Pantau
Ibu ayah boleh tahu perkembangan anak —
result kuiz & hafalan boleh terus share ke WhatsApp.
4. Exam Ready
Ulang sikit-sikit setiap hari, anak makin yakin dan tak panik bila dekat UPKK.
Tak payah bawa buku berat ke sana sini.
Tak perlu ulang topik sama sampai anak bosan.
Sekarang anak boleh belajar KAFA guna satu apps je.
Jangan ragu-ragu lagi Ibu/ayah, kunci kejayaan anak bermula dari sini.
Lihat di Komen pertama 👇
09/04/2026
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah atas rezeki dan kejayaan ini.
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak sekolah yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan bola sepak Zon Langgar
Usaha, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan memang terbaik!
Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus berusaha lebih gigih dan tidak lupa untuk sentiasa merendah diri serta bersyukur kepada-Nya.
Kalah menang itu adat pertandingan, tapi akhlak dan ukhuwah itulah kemenangan sebenar
Teruskan melangkah, semoga lebih banyak kejayaan menanti di masa hadapan, insyaAllah
04/04/2026
Multaqa Waris Tahun 6 2026
Alhamdulillah, pada 4 April 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi telah berlangsungnya Multaqa Waris Tahun 6 di Dewan Syeikh Niamat Yusuf dengan penuh kehadiran dan semangat
Terima kasih kepada semua waris yang hadir—walaupun mata masih berjuang nak buka sepenuhnya pagi-pagi tu
Tapi bila sebut pasal anak Tahun 6… terus jadi segar macam minum kopi dua cawan
Semoga pertemuan ini membuka jalan untuk kita sama-sama membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan.
Kita jaga solat, jaga adab, insyaAllah akademik pun ikut cemerlang
Anak yang baik hasil didikan yang baik, bermula dari rumah hingga ke sekolah.
Terima kasih atas komitmen semua. Moga Allah permudahkan urusan anak-anak kita
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Km 5 Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300