YB Rashidi Razak

YB Rashidi Razak

Share

Ahli Dewan Undangan Negeri
Anak Bukit. "Anak Bukit Di Hati"

Photos from YB Rashidi Razak's post 18/08/2026

Ziarah Kasih Warga Emas di Kampung Selarong

Usai daripada itu, meneruskan perjalanan ziarah kasih bersama Pengerusi MKK saudara Khairul dan Setiausaha saudara Badrul ke Kampung Selarong, menziarahi Saayah binti Taib, 79 tahun.

Beliau kini sudah uzur dan tidak lagi mampu berjalan seperti biasa. Tok Saayah tinggal bersama anak, menantu serta tiga orang cucu yang sentiasa mengambil berat dan membantu menguruskan keperluan beliau.

Alhamdulillah, sempat juga kami bersembang dan bertanya khabar. Sebelum berangkat p**ang, beliau sempat menitipkan pesan agar YB terus memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan ketenangan buat Tok Saayah dan keluarga.

Photos from YB Rashidi Razak's post 18/08/2026

Ziarah Kasih Kota Rentang

Alhamdulillah, tengah hari ini menziarahi sepasang suami isteri, Mohd Sheerwani Shuib dan isteri, Nurul Huda Man di Kampung Kota Rentang.

Kediaman yang mereka diami kini berada dalam keadaan agak dhaif dan memerlukan perhatian. Mohd Sheerwani bekerja sebagai pesawah, manakala isterinya, Nurul Huda merupakan suri rumah.

Insya-Allah, kita akan cuba usahakan bantuan yang bersesuaian mengikut saluran dan lorong yang ada supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan keadaan mereka.

Sedikit sumbangan diberikan bagi meringankan beban mereka berdua.

Turut bersama ialah Pengerusi MKK Kota Rentang saudara Khairul dan Setiausaha saudara Badrul.

Photos from YB Rashidi Razak's post 17/08/2026

MELANGKAH KE IPT, MEMBAWA HARAPAN DAN CITA-CITA

Alhamdulillah, pagi ini menyempurnakan serahan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT) kepada 30 orang penerima.

Kebanyakannya diwakili oleh waris masing-masing memandangkan sekarang memang musim anak-anak melangkah ke alam pengajian tinggi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan persiapan keluarga untuk anak-anak memulakan perjalanan baharu dalam menuntut ilmu.

Selamat melangkah ke alam IPT. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang!

17/08/2026

Alhamdulillah kerja penyenggaraan jalan Kg Sematang Gunung siap dilaksanakan.

Photos from YB Rashidi Razak's post 16/08/2026

Kerja-kerja Penurapan Tar Baharu di Kampung Sematang Gunung.

Alhamdulillah, kerja-kerja penurapan tar baharu di Kampung Sematang Gunung telah siap dilaksanakan.

Kerja-kerja penyenggaraan ini melibatkan Lorong Kilang dan Lorong Masjid, sekali gus memberi laluan yang lebih baik dan keselesaan buat penduduk kampung.

Ini merupakan hasil kerjasama erat antara MKK Sematang Gunung dan pihak PKWR Anak Bukit dalam membawa serta menyelaras keperluan penduduk untuk tindakan pihak berkaitan.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Kota Setar atas kerjasama dan tindakan yang diberikan.

Penghargaan juga buat Saudara Idris Saad, Pengerusi MKK Sematang Gunung, yang sentiasa membantu menyelaras urusan dan membawa suara penduduk setempat.

Insya-Allah, usaha seperti ini akan terus diperkasakan demi memastikan kemudahan dan keselesaan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Photos from YB Rashidi Razak's post 16/08/2026

Solat jenazah Allahyarham Haji Shuib Mat Ali di Masjid Al Ittihad Sungai Baru Hilir

Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat hadir mewakili YB Rashidi bagi menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman

Al-Fatihah

Photos from YB Rashidi Razak's post 16/08/2026

Bola Sepak Satukan Anak Muda Dua Negara

Alhamdulillah, berkesempatan hadir menyaksikan perlawanan akhir Cross Border Football Friendly Match 2026 antara pasukan Alor Setar, Kedah, Malaysia menentang pasukan dari Wilayah Satun, Thailand yang berlangsung di Padang SK Seri Gunung.

Program anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Islamic Private School Association, Wilayah Satun, Thailand ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut membuka ruang untuk mencungkil dan mengembangkan bakat bola sepak dalam kalangan pemain muda.

Lebih menarik, seramai 11 buah sekolah dari Alor Setar dan Satun mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.

Tahniah kepada para juara:

🏆 Bawah 12 Tahun
Sekolah Kebangsaan Taman Uda

🏆 Bawah 15 Tahun
Sekolah Yayasan Samakkee Islam Wittaya, Satun

🏆 Bawah 18 Tahun
Sekolah Muslim Wittaya Bawah, Satun

Pada kesempatan ini, YB turut berpeluang menyampaikan pingat dan hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

Lebih daripada sekadar mencari kemenangan, pertandingan seperti ini memberi pengalaman berharga kepada anak-anak muda untuk beraksi di pentas antarabangsa, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Alor Setar dan Satun.

Turut hadir YB Muhamad Amri Wahab, ADUN Derga; Encik Afizudin Dato’ Paduka Haji Mohd Saad, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar; Ahli-Ahli Majlis MBAS serta pegawai-pegawai yang terlibat.

Dari pihak Satun, turut hadir Dr. Umar Akem, Presiden Islamic Private School Association Satun Province bersama barisan pimpinan dan wakil sekolah dari Wilayah Satun, Thailand.

Kredit : Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS

Photos from YB Rashidi Razak's post 14/08/2026

Malam Santai Atas T**i RTB Pulau Kerengga

Malam semalam YB memenuhi undangan anak-anak muda Kampung Pulau Kerengga.

Sampai saja, rupanya depa dah siap buka khemah, pasang meja dan sediakan cucoq cempedak dengan kopi O. Sambil makan, sambil sembang, dapat p**a menikmati angin malam atas t**i RTB Pulau Kerengga. Malam tu cuaca pun elok, pemandangan memang cantik.

Alhamdulillah, seronok dapat duduk santai dan bersua muka dengan anak-anak muda kampung. Dalam suasana macam ni, banyak perkara boleh dibincangkan secara terus, termasuk bertanya pandangan mereka tentang penambahbaikan yang diperlukan untuk kampung.

Terima kasih atas undangan dan layanan yang cukup baik. Insya-Allah, kita teruskan usaha sama-sama untuk menjadikan Kampung Pulau Kerengga lebih selesa dan lebih baik untuk semua.

Photos from YB Rashidi Razak's post 13/08/2026

ZIARAH KASIH DUN ANAK BUKIT

ALHAMDULILLAH, petang ini berkesempatan menziarahi Saudara Mohd Shukri Mat Isa di Kampung Pekan Dalam, Anak Bukit.

Beliau baru sahaja keluar dari hospital kira-kira seminggu lalu selepas menjalani pembedahan bagi membuang bisul. Buat masa ini, beliau masih dalam tempoh penjagaan dan pemulihan dengan perhatian daripada keluarga.

Selain itu, beliau turut menghidap kencing manis dan perlu menjalani rawatan susulan secara mingguan di klinik.

Semoga Saudara Mohd Shukri diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga keluarga yang menjaga beliau juga terus diberikan kekuatan dan kesabaran.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Pejabat MTD Anak Bukit, KM 8, Kampung Alor Pial, Mukim Gunung
Alor Setar
05400