SKJDK RASMI
Sekolah ini mula dibuka pada tahun 2002. Lokasi di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar
06/06/2026
π’ MAKLUMAN PEMAKAIAN BAJU SERAGAM SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga dan murid-murid SK Jalan Datuk Kumbar bahawa pemakaian baju seragam sekolah lengkap akan mula dikuatkuasakan semula bermula:
π
7 Jun 2026 (Ahad)
β
Semua murid hendaklah hadir ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas mengikut peraturan sekolah.
π Pakaian sukan hanya dibenarkan pada hari Pendidikan Jasmani (PJ) sahaja.
π Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Semoga terus bersemangat untuk menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbarπ«β¨
Red Carpet HARI GURU 2026
Jom saksikan guru-guru kesayangan kita.β€οΈβ€οΈ
HABIS ROSAK KEK HARI GURU π
21/05/2026
LENSA HARI GURU 2026
Part 2
21/05/2026
LENSA HARI GURU SKJDK 2026
part 1
17/05/2026
π’ HEBAHAN SAMBUTAN HARI GURU SKJDK 2026
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dengan penuh hormat dimaklumkan bahawa *Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar* akan mengadakan *Sambutan Hari Guru 2026* sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada semua guru yang telah banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa.
π Butiran program adalah seperti berikut:
π
Tarikh :21 Mei 2026 (Khamis)
π’ Masa :7.45 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: SK Jalan Datuk Kumbar
β¨ *Tema Hari Guru 2026:*
π²πΎ *βGURU BITARA NADI NEGARAβ* π²πΎ
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bagi memeriahkan sambutan ini. Semua murid diminta hadir seperti biasa dengan pakaian yang kemas, menjaga disiplin dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.
Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan lagi rasa kasih, hormat dan penghargaan terhadap jasa guru-guru yang mendidik tanpa jemu demi masa depan generasi muda.
βGuru bukan sekadar pengajar, tetapi insan yang membina harapan dan mencorak masa depan negara.β
Sekian, terima kasih. πΈ
π« Pentadbiran SK Jalan Datuk Kumbar
16/05/2026
Syabas & tahniah!
Muhammad Thaqif Uqail bin Yusri Adha. Johan tilawah Alquran peringkat Zon Timur, Majlis Ihtifal KAFA
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026
Buat seluruh warga pendidik
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar
βGuru Bitara Nadi negara"
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas segala jasa, pengorbanan, keikhlasan serta dedikasi dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat lelah.
Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi cahaya yang menerangi masa depan generasi pewaris negara.
Semoga seluruh warga guru SKJDK terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk terus mendidik dengan penuh kasih sayang dan kecemerlangan.
Ikhlas daripada
Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar (SKJDK)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
SK Jalan DATUK KUMBAR ALOR SETAR
Alor Setar
05300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |