WiFi Smart Selangor
WiFi Smart Selangor, sebuah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat Selangor.
09/12/2024
📢 MAKLUMAN PENTING UNTUK PENGGUNA WIFI SMART SELANGOR 📢
Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan WiFi Smart Selangor akan ditamatkan di semua lokasi pada 31 Disember 2024.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai penyahaktifan ini, sila hubungi kami di:
📧 [email protected]
(Sertakan nama, lokasi, dan nombor telefon anda)
📋 Selain itu, kami ingin mendengar pandangan anda! Sila isi borang maklum balas melalui pautan berikut:
👉 www.bit.ly/kajianwss
Terima kasih atas sokongan anda terhadap inisiatif WiFi Smart Selangor selama ini.
02/10/2024
📢 Sudahkah Anda Mengambil Bahagian? 📢
Kami ingin mendengar pandangan anda!
WiFi Smart Selangor sedang menjalankan Kajian Keberkesanan WiFi Smart Selangor dan kami memerlukan maklum balas anda untuk memahami keperluan anda dengan lebih baik.
👉 Jangan lepaskan peluang ini untuk bersuara!
Bagaimana? Klik pautan di bio atau imbas QR code di atas untuk mengisi borang kaji selidik.
🕒 Masa hampir tamat! Sertai sekarang dan bantu kami membentuk masa depan yang lebih baik untuk kemudahan internet di Selangor.
Terima kasih atas sokongan anda!
27/09/2024
Makluman Penting! 🚨
Kepada semua pengguna WiFi Smart Selangor, penyahaktifan sementara WiFi Smart Selangor kini sedang dijalankan.
Jangan lupa untuk menyediakan alternatif bagi memastikan kelancaran akses internet anda.
Pastikan anda kekal berhubung dengan perkembangan terkini melalui media sosial kami.
14/06/2024
📢 Perhatian kepada semua pengguna WiFi Smart Selangor! 📢
Penutupan perkhidmatan WiFi Smart Selangor sedang berlangsung.
Untuk memahami keperluan anda dengan lebih baik, kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam kajian semula kami.
Sila imbas kod QR atau layari www.bit.ly/wifismartselangor untuk mengisi borang maklum balas dan berkongsi pandangan anda mengenai keberkesanan WiFi Smart Selangor kepada anda.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini!
31/05/2024
📢 Perhatian kepada semua pengguna WiFi Smart Selangor!
Penyahaktifan sementara secara berperingkat WiFi Smart Selangor telah bermula.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai penyahaktifan WiFi Smart Selangor, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].
Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada komuniti WiFi Smart Selangor!
11/03/2024
Salam Ramadan Al-Mubarak! 🌙✨
Sambut bulan penuh rahmat ini dengan kesyukuran dan keberkatan. WiFi Smart Selangor mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam!
Nikmati capaian internet tanpa had dengan WiFi Smart Selangor di masjid dan surau terpilih di negeri Selangor. Teruskan ibadah dengan penuh semangat dan kekal terhubung dengan keluarga dan sahabat!
Klik pautan yang tertera di bio kami untuk mendapatkan senarai lokasi WiFi Smart Selangor berdekatan anda.
09/02/2024
Selamat Tahun Baru Cina 2024 diucapkan kepada semua yang meraikannya.
Nikmatilah detik-detik bermakna bersama keluarga tersayang di musim perayaan ini.
Hati-hati di jalan raya!
07/02/2024
Salam Israk & Mikraj dari kami di WiFi Smart Selangor!
Semoga perjalanan rohani ini membawa keberkatan dan menjadi inspirasi untuk terus berlumba melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.
#
31/01/2024
WiFi Smart Selangor mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon-calon SPM 2023!
Teruskan berusaha dan menimba ilmu dengan diperkasa oleh capaian internet pantas WiFi Smart Selangor di cawangan perpustakaan PPAS terpilih di seluruh negeri Selangor.
Klik pautan yang tertera di bio kami untuk mendapatkan senarai lokasi WiFi Smart Selangor berdekatan anda. Selamat maju jaya untuk permulaan masa hadapan yang gemilang!
24/01/2024
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia!
Kekal terhubung dengan WiFi Smart Selangor untuk pengalaman penuh makna bersama keluarga anda pada perayaan ini.
31/12/2023
Selamat Tahun Baru! 🎉 Sambut tahun baru dengan matlamat baru dan kecapi kejayaan dengan sambungan internet yang pantas dari WiFi Smart Selangor. Teruskan menggunakan WiFi Smart Selangor untuk capai matlamat dan impian anda! 🌐✨
24/12/2023
Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua rakyat Selangor yang beragama Kristian. Kekal terhubung di perayaan ini dengan WiFi Smart Selangor! 🎄
#
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Rawang