Nadia Baking Class

Nadia Baking Class

Share

Nadia Baking Class - Memberi Khidmat mengajar membuat kek,pelbagai aneka roti dan menerima tempahan.

28/04/2023

🌸 NASI HUJAN PANAS 🌸

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Kredit: Pak Engku

Photos from Lubuk Resepi Viral's post 25/03/2023
17/03/2023

Donut Pandan- (resepi tanpa telur)

Bahan A-
----------------------------------------
4cawan tepung, *
Garam 1 sudu tea*
Baking powder 2 sudu tea*
1 sudu mkn majerin*
(gaul rata)
Bahan B-
-------------------------------
1 cawan air suam + 2sudu makan gula + 2 sudu besar Susu pekat + paste pandan 1sudu besar kacau.. Last skali masuk yis 1pkt kacau.. Pastu tutup Biarkan kembang..

Dah kembang masukkan kat tepung td

Uli doh agak2 dah sebati.. Ambil 1 sudu majerin.. Uli lg dalam 5minit

Biarkan kembang dalam 1jam..pastikan doh td tutup.. yana tutup dgn kain lembab

Lps 1 jam uli kejap.. Pastu bulatkan Biarkan kembang dalam 10-15minit pastu boly goreng

Panas Minyak jgn guna api besar.. Biar panas dgn api sederhana kecil..

Goreng donut 2x pusing je.. Jgn b*k kali nnti donut serap minyak
*resepi nie tanpa telur*
kredit empunya resepi

15/03/2023
09/03/2023

Kuih Talam Pandan.. Versi acuan 💚

TALAM PANDAN

Bahan

LAPISAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
8 - 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
Secubit garam

Cara2 :

👉Blend daun pandan dgn air.. Tapiskan
👉Tuang dlm tepung2, santan & garam..kacau rata semuanya..tapis ke dlm bekas lain
👉Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu s**atan metrik) adunan pandan kat dlm acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.. Api jangan terlalu besar..sederhana

LAPISAN ATAS

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 kotak kecik santan kara (brand lain pun boleh)
3 cawan air
Sedikit garam

Cara2 :

👉Masukkan semua bahan..kacau & tapis
👉Bila adunan lapisan bawah dah masak..tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan ke dlm acuan tadi
👉Kukus selama 15 - 20 minit
👉Siap.. Tunggu sejuk baru keluar kuih ni dari acuan
P/s: ikut s**a nak tuang samada yg putih atau yg hijau dulu..
*Nak kukus dlm loyang yg 10x10..alas loyang dgn plastik..kukus lapisan pertama 20 minit..lapisan kedua juga 20 minit

Kredit Resepi : zura zul

Want your school to be the top-listed School/college in Tuaran?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
Tuaran
88450