APM Tuaran

APM Tuaran

Share

Telefon Pejabat Operasi: 088-787991(24Jam)
Telefon Pejabat Pengurusan: 088-785585 (Office Hours (0800hrs-1700hrs)

Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah's post 13/06/2026
Photos from APM Tuaran's post 12/06/2026

POKOK TUMBANG HALANG LALUAN UTAMA (PT)

πŸ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ“ Kompleks Pertanian, Tuaran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada RC 999 berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan. Bimbang akan keselamatan diri dan orang awam, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 4x anggota LLP segera dikerahkan ke lokasi tersebut. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok hutan dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan bersaiz setengah pemeluk orang dewasa telah tumbang serta menghalang kedua-dua laluan jalan utama.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan bantuan orang awam sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 11/06/2026

POKOK TUMBANG HALANG LALUAN (PT)

πŸ“… 11 Jun 2026 (Khamis)
πŸ“ Kampung Kionsom Baru, Tamparuli

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada RC 999 berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan keluar masuk ke kampung.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang merentangi jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 5x anggota LLP telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan kepada RC 999 bagi tujuan respon kes tersebut. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok hutan dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan bersaiz sebesar botol mineral telah tumbang serta menghalang laluan.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Syabas kepada skuad DeltaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 10/06/2026

KUNCI TERTINGGAL DI DALAM RUMAH (KHIDMAT KHAS)

πŸ“… 10 Jun 2026 (Rabu)
πŸ“ UUC Blok P, 1-10, Telipok

APM Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kunci tertinggal di dalam rumah.

Menurut pengadu, semasa tiba di rumah dan ingin membuka pintu, beliau menyedari kunci tersebut tiada di dalam beg miliknya. Berikutan itu, pengadu telah menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

🚨 Seramai 4x anggota segera dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan kepada RC 999 bagi tujuan respon kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan dan mendapati pintu rumah dalam keadaan berkunci. Skuad bertugas kemudiannya membuka tingkap berjeriji di bahagian dapur menggunakan peralatan seperti tukul dan pemutar skru tanpa menyebabkan sebarang kerosakan. Skuad berjaya membuka pintu rumah tersebut dengan selamat.

Syabas kepada skuad DeltaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 09/06/2026

POKOK TUMBANG MENGHALANG LALUAN (PT)

πŸ“… 9 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ Kampung Penampang Baru, Tuaran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang menghalang kedua-dua laluan jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Sejurus menerima maklumat, skuad APM Tuaran telah digerakkan ke lokasi. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok jenis safoda dengan anggaran ketinggian 25 kaki dan saiz sebesar setengah pemeluk orang dewasa telah tumbang serta menghalang laluan jalan utama.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan selamat sehingga laluan kembali boleh digunakan. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Syabas kepada skuad Bravo πŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

08/06/2026

🌊 PERSEDIAAN AWAL APABILA TSUNAMI 🌊

"AWAL ANU! AWAL ANU!" - OYEN

Bencana boleh berlaku tanpa diduga. Namun, persediaan awal dan pengetahuan yang betul mampu menyelamatkan nyawa.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau menyeru masyarakat agar sentiasa peka terhadap amaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku ancaman tsunami.

Antara tindakan penting yang perlu diketahui adalah mengenal pasti laluan pemindahan, bergerak segera ke kawasan yang lebih tinggi apabila menerima amaran, serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Jangan abaikan tanda-tanda awal seperti gegaran gempa bumi yang kuat atau surutnya air laut secara luar biasa. Setiap saat amat berharga dalam situasi kecemasan.

πŸ“’ Ingat! Bersedia sebelum bencana berlaku adalah kunci utama untuk mengurangkan risiko dan menyelamatkan nyawa.

Bersedia Hari Ini, Selamat Esok.
APM Sentiasa Siap Sedia Demi Keselamatan Komuniti.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 08/06/2026

POKOK TUMBANG MENGHALANG LALUAN (PT)

πŸ“… 08 Jun 2026 (Isnin)
πŸ“ Kampung Tinambak, Topokon

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan keluar masuk ke kampung.

Menurut pengadu, kejadian disedari semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang menghalang laluan jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Sejurus menerima maklumat, seramai 4x anggota telah digerakkan ke lokasi. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok jenis safoda dengan anggaran ketinggian 35 kaki telah tumbang dan menghalang satu laluan jalan.

Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut menggunakan chainsaw sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Syabas kepada skuad CharlieπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Photos from APM Tuaran's post 08/06/2026

POKOK TUMBANG (PT)

πŸ“… 08 Jun 2026 (Isnin)
πŸ“ Sekolah Pendidikan Khas, Tuaran

APM Daerah Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang di kawasan sekolah.

Menurut pengadu, semasa hendak ke sekolah, beliau terlihat sebatang pokok tumbang di kawasan sekolah, bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarganya. Beliau segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 4x anggota segera dikerahkan ke lokasi tersebut. Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebatang pokok mangga dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan saiz sebesar 1x pemeluk orang dewasa tumbang di kawasan padang.

Anggota bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan selamat. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Syabas kepada skuad BravoπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Want your business to be the top-listed Media Company in Tuaran?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tuaran