Datuk Dr. Aliakbar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N16 Karambunai page rasmi YB Dr. Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Lantikan)
Hijrah yang lebih luas adalah perjalanan hati yakni meninggalkan kebiasaan lama yang merosakkan diri ke arah kebiasaan baru yang mendekatkan diri dengan Allah.
Semoga semangat hijrah Rasulullah SAW menjadi inspirasi kita semua untuk berubah ke arah yang lebih diredhai Allah SWT.
Santai bersama penduduk kampung sambil hirup kopi o dan dihidangkan juga kuih cempiang yang baru naik dari kuali 😁.
16/06/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijrah.
Semoga tahun 1448 Hijrah membuka lembaran yang lebih indah, menghamparkan keberkatan dalam kehidupan dan mengiringi setiap usaha dengan kejayaan yang diredai Allah SWT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PASTI Tawau atas penganjuran Majlis Sukaneka yang sangat meriah dan teratur.
Acara sebegini bukan sahaja menceriakan anak-anak, malah mengeratkan hubungan di antara guru, ibu bapa dan komuniti.
𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐞𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡?
Namun, lebih penting daripada angka usia ialah apa yang telah kita perbaharui dalam kehidupan setiap kali tibanya Maal Hijrah. Adakah iman semakin bertambah, amal semakin diperkemas, dan diri semakin dekat kepada Allah SWT?
Hijrah bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi ruang muhasabah, meninggalkan yang kurang baik menuju kehidupan yang lebih bermakna.
Semoga Maal Hijrah kali ini menjadi titik muhasabah buat kita semua; memperbaharui niat, memperkemaskan amal, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kaamatan bukan sekadar pesta menuai, tetapi lambang kesyukuran atas rezeki, kekuatan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri tercinta ini.
Dalam kepelbagaian budaya dan adat, kita terus dipersatukan dengan semangat saling menghormati, bekerjasama dan hidup dalam suasana aman damai.
Memahamkan masyarakat untuk mengenal Allah dan Rasul adalah tanggungjawab kita semua.
13/06/2026
Insya-Allah malam ini 13 Jun saya akan berada di Masjid Al Azhar Kg. Sepakat Jaya. Semua diundang untuk hadir.
Saya doakan agar ahli keluarga terus diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan.
Peringatan buat kita semua bahawa
ancaman ajaran sesat bukanlah isu baharu di negeri ini.
Ajaran sesat ini masih bergerak aktif di celah-celah masyarakat kita, menyelinap dengan cara yang tersembunyi, memanfaatkan kelompongan ilmu agama dan kelalaian kita dalam menjaga akidah diri, keluarga, dan komuniti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tuaran
88450