NThree HomeNet
Kami menjual Madu Kelulut 100% dijamin Asli, Ready stock dan Harga yang Mampu Milik. Untuk tempahan sila PM kami di page ini
03/10/2024
Ada tak kawan2 saya yang nak join Grand TBOSS ni di KL. Bolehlah PM saya. Saya bagi free ja tiker ni...
Jauh bebenor nak pi ni....
23/09/2024
Kita naik opis Getb dulu macam biasa hantar document client kalau ada apa2 yang kena minta. Beginilah tugas seorang agent yang sentiasa nak jaga polisi setiap clientnya. Walaupun td dah kena saman DBKK walau kejap ja parking huhuhu... Nilah namanya ujian dan pengorbanan...
X pelah sendiri punya salahkan double park huhuhu....
Bayangkanlah kalau anda tiada agent dan terpaksa urus ni semua seorang diri dari A to Z. Mesti turun naik opis bercampur dengan penat, letih dan kos macam nilah kena saman hahahaha... belum kira minyak lagi, makan lagi....
Jadi carilah agent yang boleh jaga polisi dan bantu anda.... 😊
21/09/2024
Cintai orang tersayang
Bayangkan, satu hari kita tiada lagi di dunia ini. Harta dan simpanan yang kita kumpul sepanjang hayat, adakah akan sampai kepada yang tersayang?
Tanpa hibah, keluarga yang kita tinggalkan mungkin berdepan dengan proses pembahagian harta yang panjang, rumit, dan penuh duka. Ibu yang kita sayangi, pasangan yang setia menemani, atau anak-anak yang kita besarkan dengan penuh kasih, mungkin akan terpinggir tanpa pembelaan.
Hibah bukan soal harta semata-mata, tetapi soal kasih sayang yang kita titipkan sebagai amanah. Jangan biarkan mereka terumbang-ambing, uruskan hibah kita hari ini demi ketenangan di masa depan
06/08/2024
Miliki 1 Familly 1 HIBAH.
Dalam kehidupan, tiada yang lebih berharga daripada ketenangan dan kebahagiaan keluarga kita. Hibah adalah satu bentuk kasih sayang dan tanggungjawab yang dapat menjamin kesejahteraan mereka walau setelah kita tiada.
Bayangkan, di saat kita tidak lagi bersama mereka, hibah yang kita tinggalkan akan menjadi pelindung dan sokongan dalam menghadapi kesulitan hidup. Ia adalah hadiah cinta yang terus memberi, memastikan mereka tidak terbeban dengan kewangan dan dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.
Marilah kita merenung sejenak dan bertanya kepada diri, adakah kita telah menyediakan yang terbaik untuk mereka yang kita cintai? Hibah adalah satu cara untuk menunjukkan betapa kita peduli, betapa dalamnya kasih sayang kita, dan betapa kita ingin mereka hidup dalam keadaan terjamin dan bahagia.
Usah biarkan mereka menanggung kesulitan apabila kita tiada. Hibah adalah wasiat cinta yang abadi, tanda kasih yang tidak berkesudahan.
Suziana Ahmad
Agent Takaful
05/08/2024
Agency Meeting adalah perkara wajib untuk kami sebagai agent kena hadir sbb masa nilah Leader akan bg info2, kata2 semangat dan ilmu untuk kami terus maju ke hadapan.
Tahniah semua.
Noriz Mel
Jee Fauzia
Mahani Jasli
Nana Kandar
26/07/2024
Perlindungan untuk Orang Tersayang 🔒
Adakah anda sudah menyediakan perlindungan kewangan untuk keluarga anda jika berlaku sesuatu yang tidak diduga? Dengan Hibah Takaful, anda boleh memastikan orang tersayang anda dilindungi walau apa pun terjadi.
✅ Ketenangan Minda: Hibah Takaful memberikan anda ketenangan kerana tahu keluarga anda akan mendapat bantuan kewangan.
✅ Proses Cepat dan Mudah: Tanpa prosedur wasiat yang rumit, manfaat hibah takaful disalurkan terus kepada penerima yang anda tetapkan.
✅ Perlindungan Menyeluruh: Melindungi keluarga daripada beban kewangan yang tidak dijangka seperti hutang, kos pendidikan, dan perbelanjaan harian.
Jangan tunggu lagi. Dapatkan Hibah Takaful hari ini dan pastikan masa depan keluarga anda terjamin. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan cara memohon.
📞 https://wasap.my/60198009761/takaful
Suziana Ahmad
Advisor Takaful
15/07/2024
Kursus wajib yang perlu di ikuti bila nak jadi leader. korbankan cuti 4 hari demi kursus ni...
Cayo2 Nana Kandar sebelum kita exam tahun ni...
15/06/2024
"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐡𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐮𝐧 𝐛𝐢𝐥 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟒𝟎,𝟎𝟎𝟎. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐬”
Azlee Senario ni, bukan dia taknak mencarum Medical Card, tapi keadaan dia yang dulu dah ada sejarah kesihatan yang tidak membolehkan dia mencarum takaful.
Bukan semua orang tiada takaful sebab tak nak, tapi kadang sebab tak layak (dah sakit).
Kita ambil pengajaran je dari kisah macam ni. Sediakan perlidungan semasa masih sihat.
Dan kalau ada yang tanya, kenapa tak pergi government? Untuk kes Azli ni, dia pergi ke IJN. Hospital Sg Buloh yang hantar.
So kena ingat, dekat government pun, bukan semunya free. Kalau sakit jantung dan pembedahan lain, tetap kena bayar.
Kalau tak ada duit, kena jumpa pegawai bantuan hospital. Pegawai bantuan akan carikan alternatif bantuan kewangan yang boleh dipohon.
Orang yang dah ada sejarah sakit, mereka ralat sebab nak apply dah tak layak. Untuk mereka yang masih lagi sihat dan mampu, applylah sebelum terlambat.
08/06/2024
Kami bertiga ada backgroud yang berbeza sorang swasta, sorang gomen, sorang surirumah. Tapi kami mempunyai matlamat yang sama.
jumpa kita next kursus lagi yee...
08/06/2024
Paling semangat kami sampai di Opis Great Eastern Takaful di gaya street.
Road AUM 2024
01/06/2024
Hari ni kita Pi orang kahwin dulu bawa bodyguard ni heheh... dari karambunai ke termenung.
Memandangkan esok ada temujanji hari ni kita bawa dulu budak2 ni jalan2...ngam betul gan selera. Isnin balik asrama sudah...
30/05/2024
Kenapa Claim Client lambat?
Nak tahu kenapa? sebab client tak bagi kerjasama untuk bagi document yang di minta sebab tu claim selalu lambat. Agent balik2 followup tanya client dan ingatkan client tapi client emmmm buat benda ni tak penting. Ni syukur ada agent bayangkan kalau tiada agent!! kita kenana pergi opis agency tu turun naik untuk buat claim penat tak? mesti penat kan... Tulah pentingnya kena ambil kat instrument yang ada agent....
Syukur jugalah kerja saya dipermudahkan dapat orang2 yang baik sudi membantu. kalau tak entah bila dapat close case client ni. Dia tak tahu selagi tak close casenya sekiranya berlaku apa2 kat dia susah nak claim balik sbb case lama still on.
Jadi agent Takaful nampak senang tapi tak semudah yang di sangka kalau tiada perasaan nak tolong orang dan tahan tukul. Bila tak dapat cepat nak mengalah. usaha tangga kejayaan.
Agent sedia membantu
Suziana Ahmad
Great Eastern Takaful
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Tuaran
Tuaran
89208