PAS Pahang

PAS Pahang

Share

PAS Negeri Pahang - wadah rakyat untuk bersama mewujudkan negeri dan negara berkebajikan

14/06/2026

Sorotan Ucapan YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timb. Presiden PAS) di Ceramah Isu Semasa (PAS Kaw. Kuala Krau)

14/06/2026

πŸ”₯[LIVE] CERAMAH ISU SEMASA: PAS HARAPAN TERAKHIR RAKYAT MALAYSIAπŸ”₯

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan isu panas dan perkembangan politik semasa daripada barisan panel berpengalaman.

πŸ—“οΈ 14 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•˜ 9.00 Malam

πŸ‘‰ Kongsikan siaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
πŸ‘‰ Tinggalkan komen dan pandangan anda sepanjang siaran berlangsung.
πŸ‘‰ Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada perubahan.

"Rakyat Bangkit, Suara Rakyat Didengari!"



https://web.facebook.com/share/v/1BRCRewuvJ/

14/06/2026

πŸ”₯[LIVE] CERAMAH ISU SEMASA: PAS HARAPAN TERAKHIR RAKYAT MALAYSIAπŸ”₯

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan isu panas dan perkembangan politik semasa daripada barisan panel berpengalaman.

πŸ—“οΈ 14 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•˜ 9.00 Malam

πŸ‘‰ Kongsikan siaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
πŸ‘‰ Tinggalkan komen dan pandangan anda sepanjang siaran berlangsung.
πŸ‘‰ Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada perubahan.

"Rakyat Bangkit, Suara Rakyat Didengari!"

13/06/2026

Ahlan wa sahlan Parti Wawasan Negara

12/06/2026

πŸ—³οΈ PRN Johor & Negeri Sembilan Semakin Hampir!

Pastikan anda peka dengan tarikh-tarikh penting pilihan raya. Semak status pengundi, rancang perjalanan p**ang mengundi dan tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk menentukan masa depan negeri.

βœ… PRN Johor
πŸ“Œ Penamaan Calon: 27 Jun 2026
πŸ“Œ Pengundian Awal: 7 Julai 2026
πŸ“Œ Hari Mengundi: 11 Julai 2026

βœ… PRN Negeri Sembilan
πŸ“Œ Penamaan Calon: 18 Julai 2026
πŸ“Œ Pengundian Awal: 28 Julai 2026
πŸ“Œ Hari Mengundi: 1 Ogos 2026

Satu undi anda amat bermakna. Jangan lupa keluar mengundi!

11/06/2026

PN Milik Rakyat

PAS kekal komited bersama Perikatan Nasional demi memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Prinsip perjuangan yang berteraskan keikhlasan, kejujuran, hormat, integriti dan kepimpinan bersih akan terus menjadi asas dalam memperkukuhkan gabungan yang diyakini rakyat.

Dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang matang, PAS akan terus memperkasa PN bersama rakan-rakan yang berkongsi nilai perjuangan yang sama. Demi rakyat, demi kestabilan, demi masa depan Malaysia yang lebih baik. PN Best! πŸ’šπŸ’™

10/06/2026

πŸ”₯ [LIVE] CERAMAH UMUM ISU SEMASA: RAKYAT BANGKIT πŸ”₯

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan isu panas dan analisis terkini daripada barisan panel istimewa:

πŸŽ™ YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
πŸŽ™ Roslan Zainal
πŸŽ™ Chegubard

πŸ“… 10 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 Malam

πŸ‘‰ Kongsikan siaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
πŸ‘‰ Tinggalkan komen dan pandangan anda sepanjang siaran berlangsung.
πŸ‘‰ Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada perubahan.

"Rakyat Bangkit, Suara Rakyat Didengari!"

10/06/2026

MENGHENTIKAN KERJASAMA POLITIK BUKAN MEMUTUSKAN SILATURAHIM

Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik bukan bermaksud memutuskan hubungan dan silaturahim.

Keputusan ini dibuat bagi memberi ruang kepada PAS dan BERSATU menentukan hala tuju parti masing-masing tanpa terikat antara satu sama lain.

Walaupun kerjasama politik terhenti, persahabatan dan ukhuwah tidak seharusnya terputus.

Pengalaman kerjasama PAS dengan BERSATU sebelum ini memperlihatkan wujudnya pelbagai kesukaran dan kekangan, khususnya apabila PAS berusaha menjemput Ahli Parlimen atau pimpinan daripada pasukan Dato’ Sri Hamzah ke program-program anjuran PAS.

Sebagai contoh, tindakan PAS Melaka menjemput YB Mas Ermieyati, Ahli Parlimen BERSATU, dalam program PAS tidak disenangi oleh rakan-rakan daripada BERSATU.

Justeru, jika penjemputan seperti itu pun sudah menimbulkan rasa tidak selesa, apatah lagi jika ia melibatkan pasukan yang dikenali sebagai RESET untuk duduk bersama dalam gerak kerja Perikatan Nasional.

Selain itu, usaha untuk menyatukan parti-parti lain seperti BERJASA, PEJUANG dan PERKASA ke dalam PN turut menemui jalan buntu akibat bantahan BERSATU.

Mungkin BERSATU khuatir penerimaan parti-parti ini akan membuka ruang kepada bekas pimpinan mereka untuk menyelinap masuk melalui parti-parti tersebut.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Tambahan p**a, tindakan BERSATU di Perlis dan Negeri Sembilan, serta kenyataan provokatif sebahagian pemimpin BERSATU yang menyerang PAS secara terbuka, semakin kerap berlaku.

PAS akhirnya tidak mempunyai pilihan lain melainkan membawa isu kerjasama ini kepada Majlis Syura. Hasil kajian dan mesyuarat yang dibuat, Majlis Syura telah mengemukakan pandangannya untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Maka, setelah melalui perbincangan yang panjang, PAS membuat keputusan secara sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan BERSATU.

Kesepakatan mendukung keputusan parti ini terzahir melalui laungan takbir yang bergema di dalam dewan mesyuarat sebaik keputusan tersebut diumumkan.

Keputusan ini bukan bermaksud PAS utamakan permusuhan. Penghentian kerjasama politik ini merupakan ruang kebebasan bagi setiap parti untuk menentukan hala tuju masing-masing.

Hubungan dan ukhuwah antara ahli serta pimpinan kedua-dua parti akan terus terjalin dan terpelihara.

Saya berharap agar kita akan terus bersatu demi kebaikan ummah.

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
10 Jun 2026

09/06/2026

1. Kepentingan kelompok tertentu atau kepentingan ummah. Itulah yang menjadi asas keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Jika PAS terus bersama Bersatu, ia adalah kepentingan kelompok tertentu, bukan kepentingan ummah.

2. Seperti yang diketahui umum, Bersatu tidak menerima kemasukan parti-parti lain ke dalam PN. Sedangkan bagi PAS, menerima kemasukan parti lain ke dalam PN dapat memenuhi jalan untuk penyatuan ummah. Jalan inilah yang dihalang oleh Bersatu. Terlihat jelas, kepentingan kelompok lebih mereka utamakan berbanding kepentingan ummah. Sikap dan gelagat Bersatu dalam banyak kemelut politik sebelum ini memperlihatkan mereka lebih utamakan kepentingan kelompok tertentu.

3. PAS berfikir panjang, bemesyuarat banyak kali. Jika jalan untuk penyatuan ini dihalang, PAS tiada pilihan lain. Pilihan yang ada ialah menghentikan kerjasama dengan pihak yang menghalang jalan penyatuan.

4. Oleh kerana jalan yang sedia ada tidak mampu sampai kepada matlamat penyatuan, maka PAS perlu meneroka jalan yang lain. Namun, tempat tujunya sama, penyatuan ummah. Penyatuanlah asas kekuatan untuk melawan dan menentang segala kerosakan yang sedang dan telah dibuat oleh PH sejak mereka berkuasa selama ini.

5. Sikap yang sama PAS ambil ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. DAP menghalang jalan melaksanakan syariat di Kelantan dan Terengganu. Maka, dengan tegas PAS buat keputusan batalkan kerjasama dengan DAP.

6. Penyatuan ummah pernah berjaya ketika PAS bersama UMNO di dalam MN. Walaupun MN hanya sekerat jalan, namun jalan penyatuan itu diteruskan oleh PAS di dalam PN. PN adalah jalan lain, namun agendanya sama, penyatuan ummah. Natijahnya, undi orang Melayu Islam banyak beralih kepada PN di dalam PRU yang lalu. PN dilihat dan dipercayai membawa agenda penyatuan ummah. Ramai ahli parti lain beri undi kepada PN. Pengundi atas pagar juga beri undi kepada PN. Mereka percaya dan letak harapan tinggi untuk penyatuan ummah.

7. Dalam setiap sejarah kerjasama PAS atas agenda penyatuan, PAS yakin ianya bukan satu kerugian. Undi Melayu Islam semakin bertambah. Kerusi Melayu Islam semakin bertambah. Negeri yang ditadbir oleh Melayu Islam semakin bertambah. Penyatuan ummah semakin berjaya, walaupun namanya berbeza-beza.

8. Kali ini sekali lagi, agenda penyatuan ummah itu dihalang. Maka PAS terpaksa buat keputusan seperti yang telah sedia maklum. Henti kerjasama, dan teroka jalan kerjasama yang baru.

9. Benar, jalan yang PAS pilih ini lebih mencabar. Mengekalkan jalan sedia ada dengan Bersatu, itu lebih mudah. Tak perlu banyak kerja. Kerusi dah ada. Platform dah ada. Jenama dah ada. Bisnes seperti biasa untuk PRU seterusnya. Jentera pakai PAS punya. Ini lebih mudah. Tapi, ianya menghalang agenda utama, penyatuan ummah.

10. Disinilah beza cara PAS berpolitik dengan cara parti lain berpolitik. Parti lain berpolitik hanya untuk kepentingan kelompoknya semata. Berapa kerusi dia dapat, apa jawatan ditawarkan. Semuanya berkisar kepada apa habuan diri masing-masing dan apa nak buat untuk terus kekal dapat habuan. Setakat itu sahaja.

11. PAS berpolitik melihat kepada untung rugi Islam dan Melayu. Jika untung Islam, manfaat pada Melayu (sebagai kaum majoriti), maka PAS akan pergi ke situ, walaupun jalan itu mungkin lebih jauh penuh berduri. Jalan itu lebih baik berbanding jalan yang singkat tapi akhirnya terjun jatuh dalam gaung yang dalam.

Afnan Hamimi
9 Jun 2026

09/06/2026

MENGHENTIKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN BERSATU

1. PAS tidak mengambil keputusan berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek, sebaliknya berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara. Ia bukan menggembirakan tetapi ia ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar.

2. Perkara yang paling utama bagi PAS ialah penyatuan ummah. Apabila BERSATU di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mengambil sikap menentang kemasukan parti-parti seperti BERJASA, PEJUANG, IMAN dan PUTRA walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini.

3. Ditambah p**a dengan kronologi sikap BERSATU di Perlis dan Negeri Sembilan, keadaan itu telah menjejaskan moral jentera PAS untuk terus bekerja bersama BERSATU dalam pilihan raya akan datang.

4. Kedudukan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya. Sudah tentu PAS dan BERSATU tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam.

YB Ustaz Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS Pusat

Want your organization to be the top-listed Government Service in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Temerloh

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00