Tagal Kampung Ranggu
Semoga dengan adanya Tagal Kampung Ranggu ini, akan dapat memenuhi ruang riadah bersama keluarga.
06/07/2023
Gambar Sekitar Perasmian Tagal Tradisi Kampung Ranggu Tawau
UCAPAN TAHNIAH dan PENGHARGAAN
Asalamualaikum buat semua Ahli Jawatankuasa Tagal Kampung Ranggu. Kerana telah bersama-sama menjayakan dan menzahirkan wujudnya Tagal Sungai Ranggu dan seterusnya Majlis Perasmian Tagal Kampung Ranggu.
Kepada semua Ahli Jawatankuasa Tagal Kampung Ranggu. Ucapan Penghargaan dan Ribuan Terima Kasih diatas kerjasama yang diberikan dalam merealisasikan wujudnya Sistem Tagal di Sungai Ranggu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Daerah Tawau atas bimbingan yang diberikan.
Kami pihak Pengurusan dengan rendah hati memohon kemaafan kepada semua yang terlibat, atas terkasar bahasa, tersilap kata, dalam memberi arahan, teguran, gurau senda, ketidaksamaan pandangan sepanjang kebersamaan kita melakukan kerja-kerja, di Pusat Tagal Kampung Ranggu. Sekali lagi kami mohon kemaafan andainya ada yang terasa dan tersinggung atas keputusan dan tindakan kami.
Semoga kerjasama antara kita semua akan dapat terus terjalin, untuk kebaikan secara sejagat kepada komuniti kampung kita.
Tanpa anda semua apa yang kita hasratkan tidak akan dapat tercapai.
Lestarikan Ekosistem Alam Semulajadi.
Cintai Sungai Kita.
Laporan media Perasmian Tagal Kampung Ranggu
Jawatan Kuasa Tagal Kampung Ranggu
04/07/2023
Semua dijemput hadir
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the hotel
Website
Address
Jalan Ranggu
Tawau
91000
Opening Hours
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |