ALBEE Express
Your One Stop Courier Solution
Assalamualaikum buat pelanggan Albee Express. sedikit informasi ingin disampaikan, seperti yang sedia maklum J&T Semarak dah tamat beroperasi pada bulan lalu.
Tapi sukacita ingin dimaklumkan bahawa, perkhidmatan Albee Express Semarak / Felda Umas / Kalabakan / Balung masih beroperasi seperti biasa.
Bagi yang telah menggunakan Alamat premis kami boleh diteruskan seperti biasa. Urusan pengambilan barang khusus bagi "Albee Semarak" boleh dilakukan seperti biasa~
Sekian Harap Maklum & Terima Kasih!
15/09/2022
Selamat Hari Malaysia 2022
"Keluarga Malaysia, Teguh Bersama"
31/08/2022
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 65. Kami hanya beroperasi sehingga Jam 2 Petang pada hari ini.
09/07/2022
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2022. Semoga ibadah qurban kita diterima oleh Allah SWT.
29/05/2022
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada Seluruh rakyat Sabah.
Hayati Kebersamaan kita dalam pesta ini untuk kemakmuran bersama.
Kotobian Tagazo Do Kaamatan..
16/05/2022
SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2022
"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"
Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi,
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk,
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
SELAMAT HARI GURU🌷
TERIMA KASIH CIKGU ❤️
08/05/2022
Selamat Hari Ibu kepada kepada ibu-ibu terhebat. Engkau penyeri di setiap keluarga. Ikhlas dari ALBEE EXPRESS
01/05/2022
Albee Express Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelanggan yang sentiasa support dengan perkhidmatan Kami. Maaf Segala kesilapan dan kecuaian kami sepanjang perkhidmatan yang kami tawarkan. Maaf Zahir & Batin..0-0
28/03/2022
PELANGGAN YANG KAMI SAYANGI,
SETIAP PENGHANTARAN PARCEL RM10 KE ATAS AKAN KAMI BERIKAN JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA BERMULA ESOK. DAPATKAN DI ALBEE EXPRESS SEMARAK, J&T MEROTAI DAN J&T FAJAR.
19/03/2022
BANTUAN KEBAKARAN KG KURNIA JAYA, BT 4, TAWAU, SABAH.
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE :
NAMA AKAUN : ALBEE EXPRESS
BANK : AGRO BANK
AKAUN NO : 1006981000075339
🔥Mohon letakkan rujukan : Bantuan Kebakaran Batu 4 semasa membuat transfer ya
Segala jasa baik kalian, mudah mudahan di balas dengan ganjaran pahala dari ALLAH SWT.
Hasil sumbangan akan disalurkan kepada mangsa mangsa kebakaran.
ALBEE EXPRESS BERSAMA MU PRIHATIN ❤️
31/12/2021
Happy New Year Everybody!!Thanks For your support in 2021. Stay tune and give me chance to make something big in this year..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
GROUND FLOOR, LOT 3, TB14903, TAMAN SEJATI, Jalan KUHARA
Tawau
91000