Darul Ulum Diniah Rasmi
" Pelajaran Agama Warisan Terbaik "
SEKOLAH RENDAH (AGAMA) DARUL ULUM DINIAH TANAH MERAH
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku keafiatan yang berpanjangan serta kekuatan yang berterusan dalam memayungi rakyat serta keberkatan dalam memikul amanah sebagai Ketua Negara. Mudah-mudahan Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku.
YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud*l
Menteri Besar Kelantan
31/05/2026
Hiba. Tanggal 24 Mei yang lalu Cikgu Nik Noor Azizun, guru akademik SRUDUD melengkapkan log terakhir perkhidmatannya kerana bersara wajib.
Terima kasih cikgu atas segala jasa yang dicurahkan kepada SRUDUD khasnya kepada murid-murid yang pernah berada di sini. Ribuan anak murid telah menjadi manusia berguna daripada air tangan cikgu yang mengajar matematik.
Selamat Bersara Cikgu. Terima Kasih Cikgu.
27/05/2026
Aidiladha mengingatkan kita akan pentingnya nilai pengorbanan, keprihatinan dan keikhlasan dalam memperkukuh hubungan sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
26/05/2026
๐ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas diberi ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT dan membawa ketenangan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga serta insan tersayang.
Dalam setiap pengorbanan ada hikmah, dalam setiap ujian ada kekuatan. Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat kita semua dan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada semalam.
Ikhlas daripada,
Pengarah & seluruh warga Yayasan Islam Kelantan
26/05/2026
Hari Arafah merupakan hari yang sangat besar buat seluruh umat Islam. Pada hari Arafah ini, marilah kita memperbanyakkan amalan seperti berpuasa sunat Arafah, berzikir, beristighfar, membaca al-Quran serta memperbanyakkan doa memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
โSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.โ
(HR at-Tarmizi)
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam seluruhnya.
UNTUK ORGANISASI SEKOLAH
โุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ู
ุงููุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ููููุ ููุงููุนูุงููุจูุฉู ููููู
ูุชูููููููุ ููููุง ุนูุฏูููุงูู ุฅููููุง ุนูููู ุงูุธููุงููู
ูููู
ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู
ูุฑูุณููููููุ ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนูููู
โYa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Pada hari Arafah yang penuh barakah, penuh rahmat, dan keampunan ini, kami seluruh warga SRUDUD menadah tangan dengan penuh rasa kerdil dan hamba, memohon doa dan pengharapan kepada-Mu. Di hari yang paling mustajab doa ini, dengarlah rintihan kami, Ya Allah.
โYa Allah, kurniakanlah barisan pentadbir dan pemimpin sekolah kami kebijaksanaan yang tinggi dalam menerajui organisasi ini.
โHiasilah hati-hati pemimpin kami dengan sifat amanah, adil, sidiq, dan fathanah.
โBerikanlah mereka kekuatan untuk membuat keputusan yang tepat demi maslahat agama, bangsa, dan negara.
โJauhkanlah organisasi kami daripada sifat pecah amanah, salah guna kuasa, dan pilih kasih.
โSatukanlah visi dan misi pengurusan kami agar sentiasa selari menuju keredaan-Mu.
โKurniakanlah kesabaran yang tinggi kepada pentadbir dalam menghadapi karenah dan cabaran dunia pendidikan.
โJadikanlah setiap perancangan strategik sekolah kami sentiasa dipermudahkan dan membuahkan hasil yang lumayan.
โBerkatilah setiap sen dan dana yang diuruskan oleh sekolah ini agar ia membawa kebaikan yang berpanjangan.
โBukakanlah pintu-pintu jalinan kerjasama (jalinan korporat dan komuniti) yang luas buat sekolah kami.
โJadikanlah barisan pemimpin kami sebagai contoh teladan (qudwah hasanah) yang dihormati dan disayangi.
โYa Zakiy, Ya Jami', kurniakanlah kesihatan yang rukun, tubuh badan yang sihat, dan minda yang cerdas kepada semua guru dan staf sokongan kami.
โAngkatlah segala penyakit, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan kerja daripada diri kami.
โLimpahkanlah rezeki yang halal, berkat, dan mencukupi buat seluruh warga kerja sekolah ini.
โSemai di dalam hati kami rasa kasih sayang, ukhuwah yang utuh, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
โJauhkanlah kami daripada sifat hasad dengki, umpat keji, perselisihan faham, dan perpecahan.
โKurniakanlah kebahagiaan dan ketenteraman dalam rumah tangga semua guru dan staf, agar mereka dapat berkhidmat dengan tenang.
โTiupkanlah ke dalam jiwa kami keikhlasan yang murni dalam mendidik, menumpahkan ilmu, dan menjalankan tugas harian.
โBerikanlah kami kekuatan untuk sentiasa istiqamah, bersemangat, dan tidak mudah berputus asa dengan ujian dunia pendidikan.
โPeliharalah keselamatan kami, baik ketika berada di sekolah mahupun dalam perjalanan pergi dan balik kerja.
โJadikanlah setiap peluh yang mengalir dan penat lelah kami sebagai amal soleh yang berat di timbangan mizan-Mu kelak.
โYa Alim, Ya Hakim, kurniakanlah kepada anak-anak didik kami terang hati, kefahaman yang mendalam, dan daya ingatan yang kuat untuk menyerap ilmu.
โMudahkanlah mereka untuk memahami apa yang diajar dan lembutkan lidah mereka untuk menuturkan kebaikan.
โHiasilah peribadi anak didik kami dengan akhlak yang mulia, sifat sopan santun, dan hormat kepada guru serta ibu bapa.
โLindungilah anak-anak murid kami daripada terjebak dalam gejala sosial, buli, ketagihan gajet, dan anasir-anasir yang merosakkan iman.
โKurniakanlah kecemerlangan yang luar biasa kepada mereka dalam bidang akademik, sukan, mahupun kokurikulum.
โJadikanlah mereka generasi yang mendirikan solat, mencintai al-Quran, dan taat kepada perintah-Mu.
โBangkitkanlah dalam diri mereka sifat dahagakan ilmu, rajin berusaha, dan berdisiplin tinggi.
โSelamatkanlah masa depan mereka, jadikanlah mereka insan yang berguna kepada masyarakat, agama, dan tanah air.
โBerikanlah mereka kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan dan cabaran hidup.
โJadikanlah mereka asbab kebahagiaan dan kebanggaan bagi ibu bapa mereka di dunia dan di akhirat.
โYa Hafiz, Ya Muhaimin, jadikanlah kawasan sekolah kami tempat yang aman, kondusif, harmoni, dan sentiasa dinaungi rahmat-Mu.
โPeliharalah sekolah kami daripada segala bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut, dan kerosakan harta benda.
โJauhkanlah premis kami daripada gangguan makhluk halus, pencerobohan, kecurian, dan sebarang bentuk kejahatan manusia.
โBerkatilah setiap bilik darjah, makmal, perpustakaan, dan ruang legar di sekolah ini agar menjadi taman-taman ilmu yang barakah.
โPermudahkanlah urusan penyelenggaraan dan naik taraf prasarana sekolah demi keselesaan warga sekolah.
โJadikanlah suasana kerja dan suasana belajar di sekolah ini sentiasa ceria, positif, dan penuh motivasi.
โSuburkanlah budaya saling menghormati, tolong-menolong, dan tegur-menegur ke arah kebaikan di sekolah ini.
โJauhkanlah sekolah kami daripada sebarang publisiti negatif, fitnah, dan perkara yang mencemarkan nama baik organisasi.
โJadikanlah sekolah ini sebagai institusi yang disegani, dihormati, dan menjadi penanda aras kecemerlangan bagi sekolah lain.
โLuaskanlah manfaat sekolah ini agar kewujudannya memberi kebaikan yang besar kepada komuniti sekeliling.
โYa Wahhab, Ya Razzaq, eratkanlah hubungan silaturahim dan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
โKurniakanlah kesedaran kepada ibu bapa untuk sentiasa menyokong usaha murni pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mereka.
โSatukanlah hati-hati kami dengan komuniti luar demi memacu kegemilangan sekolah ini.
โYa Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa para pemimpin kami, dan dosa seluruh warga organisasi sekolah ini.
โAmpunkanlah juga dosa-dosa bekas guru, bekas staf, dan bekas murid sekolah ini yang telah kembali menemui-Mu.
โJadikanlah segala usaha kami di sekolah ini sebagai asbab Engkau reda kepada kami dan memasukkan kami ke dalam syurga-Mu.
โJanganlah Engkau jadikan usaha kami sia-sia disebabkan oleh sifat riyak, ujub, Sum'ah, mahupun takabur.
โYa Allah, kurniakanlah kami pengakhiran yang baik (husnul khatimah) dalam setiap tugasan dan dalam kehidupan kami.
โDi hari Arafah yang mulia ini, kami memohon agar Engkau makbulkan seluruh hajat kami yang tersimpan, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.
โSelamatkanlah kami di dunia dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.
โุฑูุจููููุง ุขุชูููุง ููู ุงูุฏููููููุง ุญูุณูููุฉู ููููู ุงููุขุฎูุฑูุฉู ุญูุณูููุฉู ููููููุง ุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑู
ููุตููููู ุงูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ููุณููููู
ู
ุณูุจูุญูุงูู ุฑูุจูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุฒููุฉู ุนูู
ููุง ููุตููููููุ ููุณูููุงู
ู ุนูููู ุงููู
ูุฑูุณููููููุ ููุงููุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููู
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐
Di hari Arafah yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan doa, istighfar dan amalan kebaikan serta menginsafi diri. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita.
Sempena hari Arafah jom sama-sama kita menyumbang kepada Dana Awam Baitulmal MAIK dan juga berwakaf bersama kami.
Salam Hari Arafah.
๐ธDana Awam Baitulmal MAIK:
https://dab.e-maik.my/v1/index.php #
๐Wakaf Tunai MAIK
https://waqaf.e-maik.my/
26/05/2026
MENYINGKAPI MESEJ PENYATUAN UMMAH DI HARI ARAFAH
Buat para tetamu Allah, Wukuf di Arafah merupakan persinggahan agung dalam menyempurnakan ibadah haji. Namun, kemuliaan Hari Arafah yang dikurniakan Allah SWT tidak terbatas hanya di bumi Arafah, bahkan rahmat dan fadilatnya melimpah luas merentasi sempadan serta jarak ribuan kilometer. Anugerah ini diberikan kepada seluruh hamba-Nya sebagai ruang untuk bermuhasabah serta kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menghayati keberkatan 10 hari terawal Zulhijjah yang sangat dikasihi Allah SWT ini, khususnya pada Hari Wukuf di Arafah, marilah kita memperbanyakkan amal kebajikan, zikrullah serta menadah tangan memohon keampunan dan kesejahteraan di dunia serta akhirat. Sabda Rasulullah SAW:
โุฎูููุฑู ุงูุฏููุนูุงุกู ุฏูุนูุงุกู ููููู
ู ุนูุฑูููุฉู
Maksudnya: โSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.โ [Riwayat al-Tirmizi]
Dalam mencapai kelebihan Hari Arafah, tersingkap mesej penyatuan ummah. Di padang Arafah, jutaan manusia berhimpun di tempat yang sama, mengadap kiblat yang sama, berpakaian jenis dan warna juga yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat mahupun kedudukan, semuanya tunduk merendah diri di hadapan Allah Azza Wajalla.
Inilah mesej besar penyatuan ummah yang wajar dihayati oleh seluruh umat Islam. Perbezaan tidak seharusnya membawa kepada perpecahan, sebaliknya menjadi asas untuk saling memahami, memperkukuhkan persaudaraan dan membina kekuatan bersama demi agama serta ummah.
Kerajaan Negeri Kelantan juga menjadikan Hari Wukuf ini sebagai cuti umum bagi membesarkan syiar Allah SWT dan memberi ruang kepada seluruh rakyat menghayatinya dengan amal ibadah, khususnya melalui ibadah puasa sunat hari Arafah. Dalam pada itu, turut dilaksanakan pada setiap tahun, Program Penghayatan Hari Wukuf di seluruh kawasan parlimen di negeri Kelantan sebagai usaha menyemarakkan kesedaran rakyat serta membina suasana penghayatan terhadap hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan masyarakat.
Saya mengharapkan dengan iringan doa agar Hari Arafah ini benar-benar menjadi medan penyatuan hati umat Islam. Marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, mengetepikan segala perbezaan yang kecil serta bersama-sama membina dan memperkukuhkan sebuah negara yang sejahtera bersama Islam.
26/05/2026
Meraih Maghfirah Ilahi di Hari Arafah
9 Zulhijah 1447H
Ada hari-hari tertentu yang Allah hamparkan di atas perjalanan usia manusia sebagai ruang untuk jiwa kembali pulang. Hari Arafah ialah salah satu daripadanya; hari ketika langit terbuka luas dengan rahmat, pintu keampunan dibuka tanpa batas dan doa-doa yang lahir daripada hati yang pecah oleh penyesalan lebih dekat untuk diangkat ke sisi Tuhan.
Pada hamparan hari yang agung ini, jutaan tetamu Allah berhimpun di Padang Arafah dalam pakaian yang serba sederhana, meninggalkan segala pangkat, kemewahan dan kebesaran dunia. Di tanah yang gersang itu, manusia diingatkan bahawa di hadapan Allah, yang membezakan hanyalah taqwa dan hati yang tunduk.
Bagi yang tidak menunaikan haji, Allah tetap membuka jalan untuk meraih limpahan rahmat Hari Arafah melalui ibadah puasa. Rasulullah SAW bersabda:
โPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ. [Riwayat Muslim (1977)]
Betapa luas kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya. Dengan lapar yang dipelihara kerana-Nya, Allah menghadiahkan pengampunan buat dosa-dosa yang pernah menggelapkan hati. Puasa Arafah mendidik manusia bahawa menahan kehendak diri ialah jalan untuk menyucikan jiwa kerana hati yang terlalu sarat dengan dunia sering lupa untuk merindui akhirat.
Hari Arafah juga ialah hari untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan munajat dengan penuh kehinaan di hadapan Allah. Hari untuk menangisi dosa yang lama dipendam, memohon taubat yang selama ini tertangguh dan merayu agar hati yang jauh dikembalikan semula kepada Tuhan.
Sebaik-baik zikir yang dianjurkan Rasulullah SAW pada hari yang mulia ini ialah:
ููุง ุฅูููฐูู ุฅููููุง ุงููููฐูู ููุญูุฏููู ููุง ุดูุฑูููู ููููุ ูููู ุงููู
ููููู ูููููู ุงููุญูู
ูุฏู ูููููู ุนูููููฐ ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู
Sabda Rasulullah SAW:
โSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah (Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).โ (Riwayat al-Tirmizi)
Kalimah tauhid ini menghidupkan kembali hati yang mati oleh dosa, meruntuhkan kebergantungan kepada dunia lalu membawa jiwa bersandar sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Esa.
Pada Hari Arafah, jangan hanya memohon kehidupan yang mudah, tetapi pintalah hati yang sentiasa hidup dengan zikrullah. Mohonlah agar Allah mengampunkan dosa yang tersembunyi dan yang terang-terangan, menerima taubat yang sering tertangguh, menenangkan jiwa yang gelisah, melembutkan hati yang keras, memelihara keluarga dalam rahmat-Nya dan menetapkan iman hingga ke hembusan nafas yang terakhir.
Mintalah kepada Allah agar dipadamkan segala kelalaian yang pernah menjauhkan diri daripada-Nya. Pintalah agar air mata taubat yang jatuh pada Hari Arafah menjadi saksi bahawa seorang hamba masih ingin kembali kepada Tuhannya. Berdoalah agar Allah tidak membiarkan hati ini bergantung kepada dunia yang fana, sebaliknya dikurniakan hati yang sentiasa rindu kepada akhirat.
Barangkali ketika matahari Arafah sedang tenggelam, ada jiwa-jiwa yang selama ini tenggelam dalam dosa sedang dipilih Allah untuk diselimuti keampunan-Nya. Ada hati yang lama gelap sedang diterangi dengan hidayah. Ada hamba yang sekian lama jauh sedang dipanggil pulang dengan penuh kasih sayang oleh Tuhan Yang Maha Pengampun.
Maka jangan biarkan Hari Arafah berlalu tanpa doa yang bersungguh-sungguh tanpa air mata penyesalan dan tanpa harapan yang tinggi kepada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada dosa yang terlalu besar bagi keampunan-Nya, dan tiada hati yang terlalu kotor untuk disucikan apabila seorang hamba benar-benar kembali kepada Allah SWT.
Video Hari Guru SRUDUD 2026
Alfu Syukran Para Murabbi Sekalian !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Padang Siam
Tanah Merah
17500