PPD LMS

PPD LMS

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPD LMS, Government Organization, Jalan TAMING SARI, Taiping.

Photos from PPD LMS's post 18/09/2026

✨ FESTIVAL INSANIAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 ✨
πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah mengharumkan nama Daerah Larut Matang dan Selama dalam Festival Insaniah Asrama Harian Peringkat Negeri Perak Tahun 2026.

πŸ† SM Khas Redang Panjang
πŸ₯‰ Tempat Ke-4 – Kuiz Ilmuan Cilik Sekolah Rendah

πŸ† SMK Taman Tasik
πŸ₯‰ Tempat Ke-4 – Hafazan Sekolah Menengah (Lelaki)

Pencapaian ini merupakan hasil komitmen, usaha gigih, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para murid serta bimbingan berterusan daripada para guru dan warga sekolah.
πŸ‘ Syabas kepada semua murid, guru pembimbing, pengurusan asrama dan seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

🌟 Tahniah dan teruskan kecemerlangan!
πŸ’ͺ TERUS MELANGKAH, TERUS CEMERLANG!

Photos from PPD LMS's post 18/09/2026

🏫 MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAMBU, TAIPING, PERAK

πŸ“… 18 SEPTEMBER 2026

Satu detik bermakna telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping, Perak yang mengandungi 1 bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai (AK6056).

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran

Yang Berusaha Ir. Maria binti Marcus
Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)

Yang Berusaha Puan Norhayati binti Hamzah
Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha En. Mohd Izam bin Ramly
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Yang Berusaha Puan Siti Alpiah binti Mat Ali
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu

Yang Berusaha Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim
Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak

Pembinaan kemudahan baharu ini merupakan satu langkah penting dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan selamat kepada murid-murid prasekolah. Kemudahan yang disediakan diharapkan dapat menyokong perkembangan pendidikan awal kanak-kanak serta memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.

Majlis ini turut mencerminkan kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama serta pihak sekolah dalam memastikan pembangunan infrastruktur pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik demi kepentingan anak-anak didik.

Semoga bangunan prasekolah yang baharu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi ruang yang menyemai ilmu, kreativiti, sahsiah serta kecintaan terhadap pembelajaran dalam kalangan generasi muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, komitmen dan kepakaran dalam menjayakan projek ini.

🌟 Semoga kemudahan ini terus memberi manfaat dan menjadi asas kepada pendidikan yang lebih berkualiti untuk anak-anak SK Kampung Jambu.

16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar bernama Malaysia. Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar mengenang sejarah pembentukan negara, tetapi menjadi ruang untuk kita menghayati erti perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan rakyat Malaysia.

Dengan semangat β€œMalaysia MADANI – Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus memupuk rasa kasih dan bangga terhadap tanah air. Kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi warna-warni yang mencorakkan keunikan Malaysia.

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama berdiri teguh bersama seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan demi masa depan generasi yang lebih gemilang.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta kekal menjadi tanah air yang kita cintai bersama. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Malaysia 2026!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada:
YBrs. Encik Mohd Izam bin Mohd Ramly
Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Photos from PPD LMS's post 14/09/2026

πŸ“š DIALOG PRESTASI ONE THIRD HIGH SPM SIRI 2/2026

πŸ“… TARIKH: 14 September 2026 (Isnin)
πŸ“ TEMPAT: SMK TAMAN TASIK, Taiping

Telah berlangsung Dialog Prestasi One Third High SPM Siri 2/2026 yang menjadi platform penting dalam memperkukuh usaha dan strategi peningkatan prestasi akademik, khususnya dalam memastikan sasaran kecemerlangan SPM terus diberi perhatian dan tindakan yang berfokus.

Dialog ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Khairuddin Abu Hanipah, Exco Pendidikan Negeri Perak.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, JPN Perak; serta Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Perbincangan dan perkongsian dalam dialog ini diharapkan dapat memperkukuh perancangan, intervensi serta tindakan susulan secara lebih strategik dan berimpak bagi memastikan kecemerlangan akademik murid terus dipacu.

Bersama mengorak langkah, memperkukuh usaha, melonjakkan prestasi dan merealisasikan kecemerlangan pendidikan. πŸŽ“βœ¨

14/09/2026

πŸ† SYABAS DAN TAHNIAH! πŸ†

PASUKAN GOLF PSKPP
LARUT MATANG DAN SELAMA

πŸŽ‰ TEMPAT KE-5 πŸŽ‰

KEJOHANAN GOLF PSKPP
NEGERI PERAK 2026

πŸ“… TARIKH: 11–12 SEPTEMBER 2026
πŸ“ TEMPAT: CINTA SAYANG GOLF CLUB, SUNGAI PETANI

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!
Teruskan semangat, kekalkan prestasi dan terus mengharumkan nama PSKPP Larut Matang dan Selama! πŸŒοΈβ€β™‚οΈβ›³

β€œSatu Pasukan β€’ Satu Semangat β€’ Satu Kejayaan”

Photos from PPD LMS's post 14/09/2026

πŸ† SYABAS DAN TAHNIAH! πŸ†

PASUKAN TENPIN BOLING PSKPP LARUT MATANG DAN SELAMA

🎳 BERJAYA MENDUDUKI TEMPAT KE-6 🎳

KEJOHANAN SUKAN TENPIN BOLING PSKPP NEGERI PERAK 2026

πŸ“… 11 – 13 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Ampang Superbowl, Ipoh

Tahniah atas semangat juang, kerjasama dan usaha yang telah diberikan!
Teruskan kecemerlangan dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.

πŸ”₯ SYABAS PASUKAN! TERUSKAN STRIKE KEJAYAAN! πŸŽ³πŸ†

Photos from PPD LMS's post 14/09/2026

SYABAS DAN TAHNIAH! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw PSKPP Larut Matang dan Selama atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 dalam Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Negeri Perak 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang, kerjasama berpasukan, disiplin dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Teruskan berjuang, teruskan melangkah!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

TAHNIAH WIRA PSKPP LARUT MATANG DAN SELAMA! πŸ’ͺπŸ†
β€œBersatu, Bersemangat, Berjuang Demi Kecemerlangan!”

Photos from PPD LMS's post 13/09/2026

🏐 SEMANGAT WARGA PPDLMS! 🏐
BOLA TAMPAR LELAKI

πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
πŸ“Gelanggang RTSS AllSPARKS, Kuala Kangsar Perak

Warga kerja PPD Larut Matang dan Selama (PPDLMS) tampil berani dan penuh semangat dalam menyertai Pesta Sukan dan Kebudayaan PSKPP Perak Kali Ke-53, Tahun 2026,

Turun bertanding bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membawa nama, maruah dan semangat kebersamaan warga pendidikan PPDLMS. πŸ’ͺπŸ”₯

Bertanding dengan penuh kesungguhan, menjunjung semangat kesukanan, memperkukuh ukhuwah dan memberikan yang terbaik hingga ke titik akhir.

πŸ† PPDLMS β€” Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu Matlamat!
Teruskan berjuang. Main dengan hati, menang dengan maruah! πŸ’ͺπŸ’›πŸ–€

Photos from PPD LMS's post 13/09/2026

πŸ† SYABAS DAN TAHNIAH TEAM PETANQUE PSKPP LMS! πŸ†

JUARA KESELURUHAN PETANQUE
PSKPP PERAK KE-53 | KUALA KANGSAR

Satu pencapaian yang cukup membanggakan! πŸ’ͺπŸ”₯
Team Petanque PSKPP LMS membuktikan bahawa ketenangan, strategi, disiplin dan semangat berpasukan mampu membawa kejayaan ke puncak.

πŸ₯‡ 1 EMAS
πŸ₯ˆ 2 PERAK
πŸ₯‰ 2 GANGSA
πŸ… NO. 4 – 1
πŸ… NO. 9 – 1

Bukan sekadar bertanding, tetapi datang untuk mencipta sejarah.
Setiap balingan penuh keyakinan, setiap mata penuh perjuangan, dan setiap kemenangan adalah hasil daripada semangat satu pasukan!

Tahniah dan syabas kepada seluruh Team Petanque PSKPP LMS atas kejayaan bergelar JUARA KESELURUHAN! πŸ‘πŸ”₯

LMS bukan datang untuk melengkapkan kejohanan.
LMS datang untuk MENDOMINASI!

πŸ”₯ DNA JUARA πŸ”₯
πŸ’™ PSKPP LMS – SEMANGAT β€’ STRATEGI β€’ JUARA πŸ’™

Photos from PPD LMS's post 13/09/2026

MAJLIS MAKAN MALAM
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) NEGERI PERAK KALI KE-53, TAHUN 2026

Majlis telah disempurnakan oleh
YB DATO’ KHAIRUDIN BIN HAJI ABU HANIPAH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian
Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 malam
πŸ“ Dewan Yusof Razak, SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar

✨ Malam penuh kemeriahan, penghargaan dan ukhuwah warga pendidikan Negeri Perak dalam meraikan kejayaan serta semangat kesukanan warga pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Jalan TAMING SARI
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD LMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Taiping.