UUM Open Channel
UUM Open Channel is the new route for admission of students into Bachelor Degree programmes. Through
30/05/2022
Jom Sertai Hari Terbuka PACE UUM untuk mendapatkan maklumat penting tentang program-program PJJ Sarjana Muda, Sarjana (Master), Program APEL dan MUET on Demand seperti berikut:
Tarikh: 3 - 5 Jun 2022
Masa: 10:00am - 5:00pm
Tempat: UUMKL - Tower 2
Pendaftaran dibuka dan anda perlu mendaftar dengan online sebelum hadir ke Hari Terbuka PACE UUM : https://bit.ly/3MS06G6
Home | PJJ UUM Program PJJ UUM Terbaik di Malaysia | Akreditasi Penuh MQA | PJJ Online | Pembayaran Yuran Fleksibel | Pinjaman PTPTN | Pengeluaran KWSP
04/03/2022
CONGRATULATIONS NEW STUDENT!
Congratulations !!!!! Congratulations !!!!!Congratulations !!!!! for all student for being offered the Degree Programme for FEBRUARY 2021/2022 Intake. Welcome to the Universiti Utara Malaysia (UUM). Please click here for the shortlisted successful candidates for February 2021/22 intake https://bit.ly/3Kloz5b
03/03/2022
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
PACE UUM ingin menjemput anda menyertai SESI LIVE BERSAMA ALUMNI pada hujung minggu ini bersama para panel jemputan istimewa yang akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka sebagai Alumni PJJ UUM.
Jom sama-sama dengarkan sesi bual bicara dan perkongsian pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 5 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dalam talian di Facebook PJJ UUM
Link FB :https://buff.ly/3hwle6Z
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Ridzuan: 018-409 2477
Sekian, Terima kasih.
16/02/2022
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐔𝐌) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟑𝟖
'𝐵𝐸𝑅𝑆𝐴𝑀𝐴 𝑀𝐸𝑁𝐽𝑈𝐿𝐴𝑁𝐺 𝑁𝐴𝑀𝐴𝑀𝑈 𝑈𝑈𝑀'
Semoga UUM terus cemerlang dalam merealisasikan visi menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka serta terus unggul di persada dunia sebagai sebuah institusi yang melahirkan insan hebat dalam menabur ilmu, budi, bakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
11/02/2022
Program PJJ UUM ditawarkan bagi kemasukan April 2022. Permohonan di buka sekarang
PACE UUM Pengarah Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE) Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
20/01/2022
🎓🎓🎓Tahniah kepada semua Pelajar yang Terpilih dan Berjaya Bagi Pemohonan Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di UUM bagi sesi kemasukan Februari 2021/2022. 🎓🎓🎓
Senarai CALON BERJAYA program UUM Saluran Terbuka (SALURAN ALTERNATIF) SEMESTER Februari 2021/2022 - FASA 1, boleh rujuk link di bawah: https://buff.ly/3rC04Zy
19/01/2022
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐢𝐦 𝐇𝐢𝐥𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐔𝐌) 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝟏𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐
Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT : BIACARA KOMUNITI - JAKUN @ SAKAI - SENSITIVITI ATAU KEBIASAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pelajar PJJ Program Pembangunan Masyarakat IV Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan program khidmat Masyarakat - Bicara Komuniti : JAKUN @ SAKAI - Sensitiviti atau Kebiasaan.
Program Bicara Komuniti ini merupakan suatu program bual bicara yang akan memberi input kepada masyarakat umum berkaitan Komuniti Orang Asli di Malaysia yang akan disampaikan oleh panel jemputan yang arif dengan komuniti Orang Asli di Malaysia.
Tarikh :9 Januari 2022 @ Ahad
Masa :2.30PM -4.30PM
Penyertaan :Terbuka
Medium :FB Live
Link : https://buff.ly/33j1eAV
Pendaftaran : https://buff.ly/3GcGHfL
Sijil Digital disediakan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi*
Azli : +60 18-9795489
Belinda : +60 11-6194 9985
15/12/2021
🔊PRORGAM PJJ UUM – KEMASUKAN JANUARI 2022/2023 DIBUKA SEKARANG🔊
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pengambilan JANUARI 2022/2023 sudah dibuka dan akan ditutup bagi FASA 1 pada 19 Disember 2021. LIMA (5) Program program Ijazah Sarjana Muda PJJ (separuh masa) adalah seperti berikut:
✅ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] – Semua pusat – 5 Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] – Main Campus UUM & KL – 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] – Main campus Sintok & KL - 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] – KL - 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] – KL – 5 tahun
BERIKUT adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.
✳️ Pengambilan Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
✳️ Semua program mendapat pengiktirafan penuh akreditasi MQA
✳️ Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang berpengalaman.
✳️ Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
✳️ Modul bercetak yang komprehensif dalam Bahasa Malaysia.
✳️ Pembayaran yuran yang Fleksibel
✳️ UUM kini mempunyai 13 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia
Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berikut: https://buff.ly/3ijvlMY
Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://buff.ly/3us5Ttx
Maklumat lanjut hubungi Perunding Akademik kami seperti berikut
https://buff.ly/3zfie55
https://buff.ly/3hFpkde
https://buff.ly/2Xxin7k
24/11/2021
Dimaklumkan bahawa untuk kemasukan semester Februari akan datang, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya akan membuka permohonan kemasukan melalui Saluran Terbuka (Open Channel) sahaja.
Bagi kemasukan melalui Saluran Terbuka, calon-calon perlu membayar yuran pengajian sepenuhnya tanpa mendapat subsidi daripada pihak kerajaan sepertimana kemasukan melalui UPU. Untuk mendapatkan maklumat dan info selanjutnya tentang kemasukan Saluran Terbuka, calon boleh melayari laman sesawang www.paceuum.edu.my. Permohonan bagi kemasukan Saluran Terbuka ini akan dibuka mulai 25 November 2021 untuk calon-calon yang berminat.
Maklumat berkenaan yuran dan program boleh dirujuk di laman berikut: https://paceuum.my/admission/uum-oc.html
Permohonan boleh dibuat di link berikut:
https://paceuum.my/admission/online-application.html
Pemohon perlu membuat pembayaran wang proses RM100 bagi setiap permohonan. Cara Pembayaran boleh dirujuk di link berikut:
https://paceuum.my/admission/online-application.html
Terima kasih
03/11/2021
Ketua Pegawai Eksekutif dan semua warga UECSB & Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE) mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali 2021 kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.
03/11/2021
Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya disenaraikan dalam kelompok 100 universiti terbaik di Asia apabila Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022 mengumumkan kedudukan ranking universiti di rantau ini, petang tadi.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kedudukan UUM di tangga ke-98 berbanding 107 tahun lalu merupakan pencapaian terbaik universiti, sekali gus membuktikan bahawa segala perancangan yang dilakukan sejak bermula Pelan Strategik UUM pada 2011 sememangnya tepat dan universiri berada di landasan betul.
Menurutnya, lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan saban tahun merupakan usaha bersama yang patut dibanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia, apatah lagi di Asia kerana ia melibatkan reputasi sesebuah universiti.
“Kita berjaya tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia ini berdasarkan peningkatan dalam reputasi dari sudut akademik dan reputasi majikan. Pencapaian tersebut dibantu dengan elemen atau asas yang dirangka dalam pelan strategik berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan membangun mahasiswa secara holistik.
“Di samping itu, kualiti kurikulum yang dirangka juga mendapat kepercayaan ahli akademik luar yang impaknya dapat dilihat melalui jumlah akreditasi yang diterima, sekali gus menunjukkan kualiti kurikulum UUM merupakan antara yang terbaik dan terjamin sehingga memberi keyakinan kepada majikan terhadap kualiti graduan yang kita hasilkan,” katanya lagi.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, universiti akan terus memperkukuhkan jenamanya bukan sekadar di persada nasional, malah antarabangsa agar kepercayaan dan keyakinan terhadap reputasi UUM meningkat.
Menurutnya, beliau berharap agar warga universiti dapat melipatgandakan usaha bekerja secara berpasukan bagi menjayakan agenda universiti termasuk Gagasan Gemilang Akademia & Admin Holistik (GAGAH) kerana masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Professional & Continuing Education Center (PACE), Universiti Utara
Sintok
06000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |