AMOSH Official
Assistant Medical Officer Sibu Hospital Official Pages
16/03/2026
11/03/2026
SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026, PERINGKAT HOSPITAL SIBU
"Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"
Anjuran : AMOSH
Bilik Mesyuarat, Blok B, Hospital Sibu
ποΈ 10 Mac 2026 (Selasa)
Aktiviti:
β
CME Teknikal: Basic Echo & Pain Free
β
Majlis Sambutan Rasmi
β
Flag Off: Jelajah Kasih Madani (AMOSH Prihatin) ke Unit Hemodialisis, KK Selangau
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti ini. Selamat Hari PPP 2026 kepada seluruh PPP Malaysia.
Admin : AR
Photo Credit : PPP Frederick
05/03/2026
Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar a/l Thirunavukkarasu mewakili Cardiac Unit, Hospital Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ta Ann Holdings Berhad atas sumbangan sebuah mesin USG Siemens Maple kepada unit kami.
Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuhkan perkhidmatan Echocardiogram bagi pesakit yang meliputi zon tengah Sarawak. Dengan adanya mesin ini, kualiti pemeriksaan jantung dapat dipertingkatkan seterusnya membantu dalam diagnosis dan rawatan yang lebih tepat serta efisien.
Selain itu, sumbangan ini juga secara langsung memperkasa bidang tugas Penolong Pegawai Perubatan di Cardiac Unit Hospital Sibu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih profesional, kompeten dan berkualiti tinggi kepada komuniti.
Semoga sumbangan murni ini menjadi asbab kebaikan berterusan dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.
Terima kasih.
Admin:snh
https://www.facebook.com/share/p/1HocfjmJdF/?mibextid=wwXIfr
04/03/2026
π’ JOM HADIR: SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026! π©Ί
Panggilan buat semua warga Hospital Sibu! Ayuh raikan hari istimewa kita sambil menimba ilmu dalam majlis sambutan peringkat hospital tahun ini.
π Di mana? Bilik Mesyuarat, Blok B, Hospital Sibu
ποΈ Bila? 10 Mac 2026 (Selasa)
β° Masa: 8:00 Pagi β 12:00 Tengahari
Antara pengisian menarik:
β
CME Teknikal: Basic Echo & Pain Free ( 2 MyCPD Point)
β
Majlis Sambutan Rasmi
β
Flag Off: Jelajah Kasih Madani (AMOSH Prihatin)
"Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"
Jumpa anda di sana! Letβs make this celebration memorable! ββ¨
04/03/2026
π PANGGILAN AMOSH PRIHATIN : JELAJAH KASIH MADANI 2026 π
Salam rakan-rakan seperjuangan! Sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026, AMOSH akan mengadakan aktiviti turun padang yang penuh bermakna. Inilah masanya untuk kita zahirkan semangat keprihatinan kepada komuniti!
Kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sibu yang mempunyai kelapangan masa dan semangat untuk berbakti.
π Butiran Aktiviti
Destinasi: Unit Hemodialisis, KK Selangau.
Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa).
π Info Pergerakan (Flag Off)
Jangan terlepas! Kita akan bergerak secara konvoi dari Hospital Sibu.
Tempat Berkumpul: Pekarangan Parking Blok B, Hospital Sibu.
Masa Berkumpul: 1.00 Petang.
Pakaian: Baju Seragam Rasmi PPP (longsleeve + Tie)
"Satu langkah kita, seribu senyuman buat mereka."
Ayuh, kita penuhkan ruang parking Blok B dengan semangat merah-putih AMOSH! Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan suasana, malah membawa impak besar kepada pesakit di Selangau. Sebarang pertanyaan sila hubungi PPP George Gabriel - 0146229247
03/12/2025
Salam takziah kepada keluarga Kak Diana. Seorang PPK yang cukup berdedikasi dan peramah dalam menjalankan tugas sebagai PPK di Hospital Sibu dan pernah menabur bakti menjadi barisan hadapan Covid 19 di PKRC Sibu. Semoga keluarganya bertabah di dalam menempuhi ujian ini.
21/11/2025
Buletin AMOSH, 21 Nov 2025:
Seminar Teknikal Pembantu Perawatan Kesihatan telah jayanya diadakan di Dewan Rajang Hospital Sibu hari ini. Kehadiran Timb Pengarah H. Sibu, Dr Nizam dan Ketua PPP Negeri Sarawak, En Samsuri Md Isa bersama rombangan PPP dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut memeriahkan Seminar ini.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa penganjur iaitu C4P JKN Swk, C4P H. Sibu bersama PPK H. Sibu diatas penganjuran ini. Malah komitmen PPK dari seluruh Sarawak untuk hadir ke program ini cukup membanggakan. Semoga PPK Sarawak kekal komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Admin
AR
24/10/2025
Buletin AMOSH, 24 Okt 2025.
Selesai sudah Kursus Pemantapan Teknikal PPP Hosp Sibu selama 2 hari di sebuah hotel di Sibu. Ketua PPP Hosp Sibu, En Liu Wei Ping berucap semasa Majlis Penutupan kursus petang tadi mengatakan kursus ini amat baik dalam memberikan pengetahuan kepada PPP Hospital Sibu berkaitan teknikal pengurusan kendiri (bukan clinical). Diharapkan kursus sebegini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan dan En Liu juga berharap PPP Hosp Sibu memberikan sokongan kepada penganjur iaitu AMOSH agar mendaftar sebagai ahli persatuan AMOSH.
Admin AR.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Hospital Sibu
Sibu
96000